Bab 5

116 8 0
                                    

Hud yang memandu dengan Ray-Ban tersangkut di hidung mancungnya itu sesekali menjeling Nayla yang mengelamun jauh. Seperti berada di alam lain.

'Senyap je budak ni harini? Kalau tak ada je nak ganggu aku.' bisik Hud di dalam hati.

"Kau menangis ke?" Laju Nayla menoleh ke arah Hud.

"Hah?" Nayla terpinga-pinga.

"Kau nangis ke?" soal Hud sekali lagi. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu ditanya pula.

"M-mana ada."

"Habistu apasal mata sembab aje?"

Nayla menggeleng, "S-saya tak boleh tidur semalam."


Kelopak matanya disentuh-sentuh. Rasa macam tak nampak sembab dah. Macam mana Hud boleh tahu ni!

"Kalau kurang tidur selalunya jadi mata panda, Cik Nayla oi" jawab Hud dengan sinis.

Nayla mengetuk perlahan kepalanya. Biul la kau pagi-pagi ni Nayla. Nak kelentong pak cik frozen ni pun agak-agaklah.

"Merajuk ke? Ke marah aku?"

"Tak."

"Habis tu?"

Banyak tanya pulak mamat ni harini. Seperti tertukar personaliti dengan Nayla pula.

Nayla berdehem..."None of your business." jawab Nayla ringkas sebelum membuang pandangan ke luar tingkap.

Hud hanya mengangguk. Malas bertanya lebih. Betul lah tu, bukan urusannya. Period kot!

Sesungguhnya Hud terasa janggal dengan situasi sekarang. Nayla tidak berceloteh seperti selalu. Terasa lain sangat.

Baru dia teringat tarikh harini. Hud mengeluh perlahan. Sesekali mata menjeling sekilas wajah Nayla di sebelah.

Adik kau menangis lagi. Getus Hud.

"Kau dah breakfast?"

Nayla menggeleng. Hud diam menerima jawapan Nayla. Dia terus memandu.

Belok saja kanan signal kiri diberi. Hud memberhentikan kereta di hadapan sebuah warung.

"Buat apa?" Nayla terpinga-pinga. Kenapa singgah sini? Kafe dia bukan di sini?

"Turun. Atau kau nak bungkus aje?" Soalan Nayla dibiarkan berlalu.

"Saya turun." Mereka berdua keluar dari kereta dan mengambil duduk di kawasan luar. Berangin sikit berbanding di dalam warung. Panas. Sesak.

"Nak apa? Aku ambilkan." Hud yang masih berdiri membuka kaca mata hitamnya dan sangkut di celahan butang baju T berona hitam.

Baru dia perasan mereka memakai pakaian sedondon.

"Tak apa saya ikut awak."

"Aku ambilkan. Kau duduk sini jaga meja. Ramai orang dekat dalam tu. Kau nak makan apa?" kata Hud dengan suara tegas. Kalau dia tak bertegas mana Nayla mahu mendengar. Keras kepala!

Nayla mengeluh pasrah. Dia sudah la tak ada mood hari ni. Malas mahu bertekak dengan Hud. Dia turutkan aje.

"Nasi lemak aje."

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now