Bab 8

131 10 0
                                    

"Tssskk"

"Shhh sorry, sorry" Hud meniup lembut sambil tangan bekerja mencuci luka torehan itu dengan iodin. Kemudian disapu pula krim antiseptik. Sepanjang proses merawat, dia memegang tangan Nayla dengan sapu tangan sebagai lapik. Tidak mahu bersentuhan. Hud kemudiannya membalut lengan Nayla dengan bandage.

Nayla hanya memerhati Hud yang tekun merawatnya. Caring jugak Pakcik Frozen ni! Nayla senyum nipis. Suka dirawat oleh Hud.

Siap sahaja merawat luka, Hud menampar perlahan balutan luka Nayla. Nayla menyeringai kesakitan. Nayla mengecilkan mata menjeling Hud.

"Degil! Orang cakap tu dengar! Kan dah menyusahkan. Kau kenapa bergelut juga dengan si bongok tu. Dia tu ada senjata. Nasib kena lengan aje. Mahunya kena tikam tadi macam mana?" Hud membebel panjang. Nayla hanya memekakkan telinganya dan menggaru puncak hidung yang tidak gatal itu. Nayla berdehem.

"Dalam beg tu ada dokumen penting saya." Jawab Nayla perlahan.

"Dokumen tu lagi penting dari nyawa kau ke? Dah tak sayang nyawa sendiri dah?" Bidas Hud, sinis. Masih memandang tajam wajah Nayla. Geram aje dengan budak depan dia ni.

Nayla hanya menunduk bermain dengan jemarinya. Tahu akan silapnya.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini? Awak follow saya eh?" Tiba-tiba teringat kembali situasi tadi. Meremang bulu roma. Mujur Hud muncul tepat pada masanya.

"Nah." telefon Nayla dihulur. Nayla menyambut huluran Hud. Dia kemudian mengelamun panjang. Pelbagai fikiran negatif ligat berlegar difikiran.

Macam mana kalau Hud tiada tadi?

Mungkinkah dia akan-

"Kau okey?" Hud tanya dengan nada yang lembut. Dapat dia agak apa yang difikirkan oleh Nayla.

Melihat Nayla diam tidak berkutik Hud memetik-metik jarinya dihadapan muka Nayla. Nayla tersentak kembali ke alam nyata.

"Hah?" Nayla terpinga-pinga.

"Aku tanya.. Kau okey ke?" Tanya Hud sekali lagi. Nayla menyimpul senyum nipis seraya menggeleng kepalanya. Tidak betah bertentang mata dengan Hud yang ralit memandangnya. Seolah ingin membaca apa yang bermain difikirannya tika ini. Takut tangisannya pecah.

"Okey je. Terima kasih Hud. Saya janji ini kali terakhir saya menyusahkan awak. Saya masuk dalam dulu." Nayla cuba menaturalkan riak muka dan suaranya. Hatinya sebak. Pekung dada terasa sesak.

Kenapa hidupnya seringkali perlu menyusahkan orang lain?

Mama, Baba, Abang.... Nayla tak kuat..

Pintu kereta Hud dibuka bersedia untuk keluar. Pantas Hud menarik hujung baju Nayla memberhentikan langkah.

"Deena. Pandang aku." Laju Nayla menggeleng. Tak nak! Tersebik-sebik bibirnya menahan tangisan. Muka masih menghadap pintu kereta. Bila dengan Hud saja pasti hatinya mudah tersentuh. Air mata mudah saja mengalir.

"Nayla Adeena." panggil Hud sekali lagi dengan suara sedikit tegas.

Perlahan-lahan Nayla memandang Hud dengan air mata yang sudah bertakung. Hanya tunggu empangan pecah sahaja.

"Jangan menangis. Kau tak susahkan aku langsung. Aku bersyukur aku tiba pada waktu yang tepat tadi. Aku tak boleh bayang kalau aku sampai lambat sikit. Nak terkeluar jantung aku tau. Lepas ni biar aku jaga kau. Ada masalah apa-apa ke, cari aje aku. Let me be your savior, cupcake. Hmm?" pujuk Hud lembut dengan suara garau.

"C-cupcake?" Hud angguk sekali.

Terkelip-kelip mata Nayla Adeena. Air mata yang meleleh sedikit diseka dengan hujung tudungnya. Tidak menyangka Hud akan berkata begitu. Mukanya mula memerah dan terasa panas. Nayla is blushing!

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now