Bab 7

104 8 0
                                    

And it's new, the shape of your body,
It's blue, the feeling I've got,
And it's ooh, whoa, oh,
It's a cruel summer,
It's cool, that's what I tell 'em,
No rules in breakable heaven,
But ooh, whoa oh,
It's a cruel summer,

Bergema lagu Taylor Swift itu di ruangan dapur kafe itu dinyanyikan oleh Nayla dan Sabiha.

Mereka sedang membakar kek untuk di jual. Sambil Nayla mengadun bahan kek, dijadikan spatula itu sebagai mikrofon apabila bahagian korus lagu itu tiba.

Setibanya di bahagian...

'He looks up grinning like a devil'

Masing-masing menyanyi dengan suara yang kuat. feeling feeling pergi konsert gitu.

Ting!

Loceng kedai berbunyi tanda ada pelanggan hadir. Lagu diperlahankan. Nayla terus bergerak ke kaunter hadapan.

Pelanggan pertama harini!

Setiap hari, lima pelanggan terawal yang datang ke Nayla's Cafe akan menerima sepotong kek atau sebiji croissant secara percuma. Berniaga sambil bersedekah.

"Hai.. Sel- Hud!" Nayla tersenyum lebar apabila Hud Haydar yang memasuki ruangan kafe itu. Sudah hampir tiga minggu tidak bersua muka. Rindu!

"Bagi aku ho-"

"Hot chocolate with chocolate whip cream and croissant" potong Nayla dengan senyuman mesra terukir dibibirnya. Hud hanya mengangguk tanda betul. Memang itu menu yang akan dipesan sekiranya dia ke kafe Nayla pada waktu pagi.

Jika Hud ke situ pada waktu petang, dia akan memesan Iced chocolate.

Nayla menekan pesanan Hud di komputer.....

"Duduk dulu. Nanti saya hantar."

....kaki mengatur langkah berlalu untuk menyediakan pesanan itu.


Pelanggan mula ramai pada waktu kemuncak iaitu pada lunch hour. Tak menang tangan Nayla melayan pelanggannya. Nasib baik harini pekerja part time nya ada untuk membantu.

Setelah kafenya sudah reda, Nayla berjalan sambil memegang secawan kertas tinggi yang berisi iced latte menuju ke meja yang dihuni oleh Hud. Ya! Pakcik frozen itu masih berada di kafe Nayla.

Cawan kertas tinggi itu diletakkan di atas meja. Hampir sahaja terjatuh cawan kertas itu namun sempat digapai oleh Hud.

"Hati-hati lah." Nadanya mendatar. Cawan kertas diletakkan dengan selamat.

Nayla hanya menayang sengih.

'Lama betul dia kat sini? Tak bosan ke?' bisik Nayla. Jarang sekali Hud berlama di kafenya seperti ini jika Dhia tidak ada bersama.

"Awak tak ada rumah ke?" tanya Nayla selamba melabuhkan duduk dihadapan Hud.

Mata memerhati Hud santai berpakaian t-shirt kelabu yang tersarung kemas di tubuh sasanya dengan seluar slack hitam. Tidak lupa juga kaca mata yang tersangkut elok di hidung mancung itu. Jari-jemarinya bermain-main di McBook.

Hud mendongak memandang Nayla.

"Nak halau aku ke?" soalan dibalas soalan. Nayla mengguling matanya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now