Bab 19

93 4 0
                                    

"Assalamualaikum."
Kasut disusun di rak kasut luar rumah.

"Waalaikumussalam. Lamanya keluar. Abang rindu." Hud yang sedang menonton television ditemani Bubu terus bangun mendekati Nayla.

Seharian Nayla meninggalkan dia. Merajuk sungguh ni!

"Awak makan dah?"
Hud menjatuhkan kepala. Dia hanya makan maggi sahaja. Tiada selera kerana isterinya masih merajuk dan tinggalnya seharian di rumah.

Hud rindu nak dengar Nayla berceloteh.

Nayla membuka langkah untuk ke kamar tidur. Hud segera menggapai tangan Nayla. Dipeluk tubuh genit itu dari belakang. Kepala dijatuhkan di bahu Nayla.

"Marahkan abang lagi ke?"

"Tak. Saya tak marah pun."

"Habistu kenapa guna 'saya' 'awak'? Kenapa tak nak cakap dengan abang?" Wajahnya cemberut. Tidak gemar Nayla menggunakan panggilan seperti sebelum mereka kahwin.

"Saya sibuk sikit harini." Jujur Nayla juga rindu akan Hud. Dia mana boleh berenggang dengan Hud.

"Tengok tu... kata tak marah? Kenapa guna 'saya' 'awak' dengan abang? Abang tak suka." Wajahnya masam mencuka.

Hud melepaskan pelukan dan menarik Nayla ke sofa. Dia mendudukkan Nayla di ribanya. Kaki Nayla dilunjur ke sisi. Nayla menundukkan pandangan. Bermain dengan jemari sendiri.

"Tell me." Kata Hud dengan suara lembut. Dia mengusap kedua belah pipi gebu Nayla.

Nayla mendongak memandang Hud.

"Tell me everything. Apa yang sayang fikir? Apa yang sayang nak luahkan. Tell me. Abang tak sanggup nak hadap Nayla Adeena yang dingin macam ni. Abang rindu Nayla Adeena abang. Baby manja abang ni. Abang rindu."

Tubir mata Nayla terasa panas. Hud masih mengelus lembut pipinya.

"Nayla takut tengok keadaan abang semalam. Macam-macam Nayla fikir."

Dia diam seketika kemudian menyambung kembali.

"Macam mana kalau Nayla tak ada kat situ?

Macam mana kalau plan dia berjaya?

Nayla takut kalau plan dia berjaya, abang akan abaikan Nayla. Nayla tahu dia buat macam tu sebab nak abang semula. Dia nak ambil abang dari Nayla."

"Nayla tak nak share abang. Abang Nayla punya sorang je. Tak nak share. Nayla ada abang sorang je. Kalau dia jadi madu Nayla, Nayla kena share kisses and hugs abang dengan dia."

"Nayla minta maaf sebab tarik muka dengan abang. Minta maaf sebab abaikan abang tadi. I'm sorry. Sepatutnya Nayla tak suruh abang berjumpa dengan dia. I'm sorry."

Tangan Hud dikucup tanpa henti dengan air mata mengalir laju.

Tersedu-sedan dia bercerita. Bibir comel tersebik-sebik. Hud tersenyum.

Gugup dia mendengar luahan si isteri. Rama-rama berkepak dalam perutnya.

"I love you sayang. I'm sorry okay? Sepatutnya abang tak minta cadangan dari sayang. Abang tak patut cerita idea tak bernas Aidil tu. Kesian baby abang ni makan hati."

Hud mengesat air mata Nayla.

"My kisses and hugs are specially for you. Only you can have and taste that. Okay? Merajuk lagi tak?"

"Mmm" Nayla angguk dengan tangan mengesat air mata yang tidak mahu berhenti itu.

"Kenapa? Abang ada buat salah lagi ke?" Tenang sahaja Hud bertanya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें