Bab 41

138 5 0
                                    

"Mana pergi?" getus Hud perlahan. Laci meja kerjanya digeledah satu per satu. Dahi usah kata lah, sudah berkerut teruk dah. Hud tolak dan tarik buku-bukunya yang tersusun kemas di rak buku tinggi. Keluhan berat terlepas dari bibir Hud.

"Ajaib! Tak pernah-pernah buku tu aku letak di tempat lain!" tangan naik menyerabutkan rambut yang sudah sedia messy itu. Muka diraup sekilas sebelum Hud mencekak pinggang.

Elok dia melabuh punggung di kerusi kerjanya, pintu bilik itu diketuk. Kepala Hud dipanggung ke arah pintu yang dibuka dari luar. Nayla melangkah perlahan ke dalam bilik kerja Hud. Dengan jubah tidurnya berwarna biru lembut yang separas lutut dan secawan coklat panas di tangan kanannya. Rambut diikat ekor kuda.

Berani betul Nayla berpakaian begini dalam rumah mentuanya! Itu sebab kedua orang tua itu tidak ada di rumah selama 2 hari. Datin Fatima baru sahaja memaklumkan kepada Hud pada petang tadi. Mak Som pun selalunya sudah masuk bilik waktu-waktu begini.

Hud hanya mengabaikan Nayla. Dia masih dengan silent treatment nya lagi. Sebal Nayla dibuatnya.

Kita tak sengaja lah abang! Panjat kerusi pendek itu aje! Itu pun tak oleh!

Baru ingat nak mengada sedikit dengan Hud. Nak merajuk sekejap aje pun.
Alih-alih Hud pula yang lancarkan silent treatment dengannya.

Coklat panas itu diletakkan di atas meja kerja Hud dengan berhati-hati.

"Air abang," kata Nayla sejurus berdiri tegak di hadapan meja itu.

"Hmm," balas Hud sambil tangan rancak menekan papan kekunci laptopnya.

Nayla terkelip-kelip mata memerhati Hud yang melayannya seolah dia halimunan itu.

Lama Nayla menilik raut tampan suaminya. Lagi lama tenung lagi dia tersungkur jatuh cinta dengan Encik Frozen dia ini. Dengan baju pagodanya itu. Ah Nayla suka!

Mata masih ralit memerhati dari alis Hud yang sedikit tebal jatuh ke kelopak mata yang ralit merenung laptop itu. Tampak iris coklat cair milik suaminya bergerak-gerak. Fokus betul! Turun pula ke hidung Hud yang mancung itu. Nayla suka! Nayla suka! Kemudian mata hazel Nayla turun pula ke bibir Hud yang... menawan.

Ah sudah! Nayla meneguk kesat air liurnya. Tak berkelip dia tenung bibir suaminya.

"Tengok apa?" tanya Hud bersahaja. Terjungkit keningnya sebelah.

Nayla tersentak terus mata naik memanah mata Hud. Sengih tidak bersalah ditayang kepada Hud.

"Hehe... Tak... Tak ada apa lah." Tangan dilambai di hadapan Hud. Adoi malu oi!
Hujung bibir Hud ternaik sedikit.

Heh! Ingat orang tak nampak ke?

"Abang minum lah. Nanti dah sejuk." mug air ditolak mendekati Hud.

Hud tanpa banyak kata mengambil mug air itu dan meneguk perlahan coklat panas yang sudah sedikit suam itu. Mata masih tajam menikam Nayla.

Nayla sudah tidak senang duduk diperhati begitu. Jantung sudah mula bekerja keras mengepam darah.

Nayla tak mula langkah lagi ni, encik suami! Sabar dulu!

Habis saja hirup air coklat itu, mug kosong itu diletakkan di atas meja dan Hud menjilat sekilas bibirnya.

Nayla yang melihat meneguk air liur sekali lagi.

Damn! Hud seksi! Nayla rasa nak pitam!

"Anything else?" tanya Hud masih dengan suara beku.

Nayla menggeleng.

Hud menjungkit bahu menerima balasan dari Nayla dan terus sambung bermain game di laptopnya. Terlupa terus dia dengan buku yang menghilang secara tiba-tiba itu.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now