Bab 27

101 5 0
                                    

"Abang betul ke okey ni? Dah tiga hari abang macam ni. Nayla risau lah."
Nayla mendudukkan tubuh tegap yang lemah itu di katil.

Sudah tiga hari Nayla tidak menjenguk kafenya. Semuanya diserahkan kepada Sabiha untuk uruskan. Hud kerja mahu berkepit aje dengannya. Makan pun bila dia suapkan baru mahu makan. Itu pun sikit saja. Semuanya dibuang semula ke mangkuk tandas.

Hud kelihatan sangat lembik dan tidak bermaya. Wajahnya pucat tak berdarah.
Tepi badan bersandar lemah di kepala katil. Tenaganya sudah habis pergi bersama muntahnya.

"Abang okey."

"Kita pergi klinik nak?" Hud menggeleng laju. Dia tak suka klinik. Tangan merangkul erat pinggang Nayla.

Sudah beberapa kali diajak oleh Nayla tetapi dia tetap tidak mahu.

"Abang dah tak sayang Nayla ke?" Dengar sahaja suara sayu si isteri terus badan ditegakkan.

"Hey, apa cakap macam tu. Mestilah sayang kesayangan abang ni." Hud lepas keluh sebelum mengangguk kepalanya.

"Okey, okey kita pergi klinik. Tapi check je tau. Tak nak cucuk-cucuk." Itulah sebab kenapa dia tak suka akan hospital. Dia takut akan jarum dan tak gemar akan bau hospital. Bau ubat yang mencucuk hidung.

Yes! berjaya lakonan murahannya itu.
Kalau tahu semudah ini, dari hari pertama lagi dia patut buat drama air matanya.

"Okey kejap Nayla pergi tukar baju dulu. Duduk sini diam-diam. Kalau nak muntah jerit je panggil Nayla." Ciuman dilabuhkan di pipi suaminya.


"Encik sihat saja. Tak ada apa-apa pun. Sekarang boleh saya check puan pula?"

Dahi Nayla berkerut.

"Eh? kenapa nak kena check saya? saya sihat je?"

Hud sepertinya dapat mengagak sesuatu terus bersetuju.

"Pergi aje lah sayang."

Nayla yang masih terpinga-pinga hanya turut sahaja.

Doktor memberi bekas untuk ujian air kencing.

Beberepa ketika kemudian Nayla muncul dan menyerahkan bekas itu kepada doktor.

Dia mengambil tempat disisi suaminya.

"Abang abang. Kenapa Nayla kena ambil air kencing? Padahal abang yang sakit." bisiknya perlahan.

Hud menyimpul senyum lucu. Alahai isteri. Blur betul.

Hud hanya diam sahaja. Tangan naik mengelus belakang kepala Nayla.

Dadanya menahan debar. Nayla masih terkebil-kebil memandang Hud yang tidak memberi respons kepada soalannya itu.

Doktor muncul semula ke meja kerjanya.
Doktor itu masih diam meneliti kertas dimeja.

"Puan. Encik." Doktor mendongak memandang pasangan itu.

Nayla yang masih tidak faham situasi dan Hud yang sedang menahan debar didada. Dia tak mahu menaruh harapan tinggi. Takut kecewa dihujungnya.

"Tahniah." Doktor itu menahan senyum melihat gelagat Nayla.

Hud meraup mukanya mengucap syukur. Tubuh Nayla di tarik ke dalam pelukan. Tepi kepala dikucup tanpa henti.

Nayla teragak-agak membalas pelukan suaminya.

"Kenapa? Apa yang tahniah? Abang?" Rasa seperti mahu menangis. Kenapa dia tak faham apa-apa pun ni. Rasanya doktor tadi cakap Bahasa Melayu.

"Berapa bulan dah doktor?" Dia meleraikan pelukan.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now