Bab 34

76 5 0
                                    

Dhia dan Nayla berjalan membuntuti Tok babah keluar menyusuri ladang jagung.

Abang Azman selaku pekerja Tok babah sudah siap mengasingkan beberapa jenis jagung yang sudah matang untuk mereka bawa pulang sebentar lagi ke dalam van. Dia akan menghantar jagung-jagung itu ke rumah Tok babah.

"Banyaknya Tok babah bagi. Tak terhabis nanti nak makan." Motosikal beroda tiga dinaiki mereka bertiga. Dhia duduk di tepi penunggang manakala Nayla duduk di bahagian pembonceng di belakang.

"Ela sedekah lah pada sesiapa. Mentua hang pun ada. Tu Ayyad ada. Bagi la sorang sikit. Pekerja-pekerja hang pun ada." Nayla angguk saja.

"Abang Yad duk laut tiga bulan, Tok babah. Entah bila pula boleh berjumpa," kata Nayla. Angin sepoi-sepoi menampar lembut wajahnya. Motosikal beroda tiga bergerak menyusuri kebun getah dan dusun durian untuk pulang ke rumah.

"Nak buat lagumana... memang kerja dia dah."

Sesekali Tok babah membunyikan hon, menyapa kawan sekampungnya.

"Dah sampai. Hati-hati turun tu," kata Tok babah sambil berjalan ke pasu besar yang berisi air. Batok diambil dan dicedok air untuk membasuh kaki.
Kaki dihayun masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, Imah."

Tok ma yang berada di dalam bilik segera keluar dengan telekung masih elok tersarung di kepala.

"Balik dah. Awai hari ni." Tangan Tok babah disalam.

"Cucu dah nak bertolak satgi. Kena balik awai la."

Bonet kereta dibuka luas. Jagung-jagung yang dibawa oleh Abang Azman disumbat masuk ke dalam bonet. Tangan ditepuk-tepuk membuang sisa habuk di tangan.

"Terima kasih, Abang Azman," kata Dhia sambil tangan menutup semula pintu bonet kereta.

"Sama-sama. Hangpa balik hari ni ka?" Nayla di sisi Dhia angguk.

"Kena balik hari ni, bang. Kafe tu dah tinggal lama dah."

"Kirim salam Hud nah. Bila-bila mai sini lagi. Boleh ajak Hud memancing sekali. Abang minta diri dulu," Azman meminta diri untuk beransur. Dia mempunyai tempat lain lagi untuk dituju.

"Baik bos. Hati-hati, bang!" Dua wanita itu melambai tangan kepada Azman sebelum bergerak untuk membasuh kaki sebelum menaiki ke rumah.

"Beg nanti Dhia angkat. Akak dah siap pack dah kan?" Dua wanita itu menaiki anak tangga setelah siap membasuh kaki.

"Dah."

****

Dua minggu sudah berlalu. Nayla dan Hud sudah kurang berkomunikasi kerana zon masa yang berbeza. Mereka hanya berbalas mesej sahaja. Perutnya juga sudah makin membulat. Kandungannya harini sudah masuk bulan yang ke-6, akhir trimester kedua.

Seminggu saja lagi, Nayla. Sabar. Setiap masa pasti dia akan mengira bekalan hari yang tinggal sebelum bersua muka dengan cinta hatinya.

Harini dia tidak masuk ke kafe. Dia menyerahkan kepada Sabiha dan Sofia untuk uruskan kafe nya. Dia mahu menemani ibu mentuanya di rumah dan mahu menguruskan data kafenya.

Selesai saja solat Asar, Nayla mengatur langkah ke tingkat bawah. Taman kecil Datin Fatima dituju. Terlihat Datin Fatima sedang duduk di buaian sambil bermain telefon. Sesekali terdengar tawa dari bibir mentuanya itu.

"Bonda." Datin Fatima terus menoleh kepada Nayla.

"Nayla. Mari. Duduk sini." Ruang kosong di sisinya ditepuk. Nayla patuh. Punggung dilabuhkan di sebelah Datin Fatima.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now