Bab 38

83 4 0
                                    

"Sayang!" Kedengaran suara yang sayup memanggilnya.

"Sayang!" Suara yang amat dia rindui itu masih kedengaran sayup-sayup sahaja. Kedengaran sangat jauh.

"Abang? Abang dekat mana? Jangan tinggal Nayla macam ni!" Raungnya lagi. Mata meliar mencari susuk tubuh Hud.

Suara itu masih memanggilnya.
Suara kegemarannya. Lagi kuat tangisannya. Suara itu sangat jauh darinya. Mulut tak henti memanggil suaminya. Mata galak memerhati sekeliling. Suara itu memanggil dirinya tapi susuk tubuh malah bayang pun tak kelihatan.

"Adeena!" Makin jelas suara garau itu menyapa gegendang telinganya.

"Nayla Adeena!" Terus matanya terbuka luas. Badan masih kaku. Mata terpasak ke arah siling. Dada berombak kasar. Otak masih cuba memproses keadaan sekarang. Terkebil-kebil matanya.

Terasa ada jemari kasar mengelap pipinya. Basah!

Terus Nayla toleh kepala ke kanan. Mata di hidang dengan seraut wajah Hud yang masih berpakaian uniform pilot sedang duduk mengiring ke arahnya.
Matanya tak berkelip menatap wajah itu.

"Are you okay? Having a nightmare? You are crying," Kata Hud yang masih mengelus pipi Nayla. Nayla masih tidak memberi respons.

Mimpi?
Semua itu hanya mimpi?
Suaminya masih ada?

"Talk to me, sayang. Jangan diam macam ni." Hud merebahkan tubuhnya di sisi Nayla. Tubuh mengiring menghadap isterinya. Peluh dingin di dahi Nayla di sapu perlahan.

Tangan Nayla perlahan naik menyentuh pipi Hud. Pipi yang tidak cengkung. Pipi yang bebas dari calar tapi masih berjambang. Wajah yang tidak pucat lesi seperti mayat. Kemudian naik menyentuh kepala Hud. Kepala yang tidak berbalut.

Betul ke semua itu hanya mimpi?
Kenapa ia terasa seolah realiti?
Realiti yang menyakitkan?

"A-abang?" Mata hazel itu menikam dalam anak mata coklat cair Hud.
Mata yang celik dan masih cantik seperti selalu.

"Ya sayang. Saya Hud Haydar. Suami awak." Nayla mencari tangan kiri Hud. Dia mengelus tangan kiri itu. Tidak berbalut. Tangan yang masih sempurna untuk bergerak. Tangan yang tidak kaku.

"You are alive, suami. You're back. My husband is safe." Menitis lagi air matanya. Murah betul air matanya bila melibatkan Hud.

Baru dia tersedar yang tadi selepas solat Isya', dia membaca diari Hud kemudian terus terlelap. Mujur dia sempat sorok buku itu di bawah bantalnya. Mampus kalau Hud tahu dia baca.

Lega sedikit terasa. Syukur kerana semua itu hanya mainan tidur sahaja. Sungguh! mimpi itu terasa seperti betul-betul berlaku.

"Ya, sayang. Abang dah balik. Abang selamat sampai dalam pangkuan Deena." Kata Hud dengan lembut. Nayla terus memeluk erat tubuh Hud.

Dia yakin Nayla bermimpi buruk tentangnya. Sampai sebegini reaksinya apabila Hud berada di depannya. Hud menepuk belakang badan Nayla lembut. Selawat dibaca di cuping telinga Nayla. Sesekali dia mencium ubun-ubun isterinya.

Awak mimpi apa sayang?

Soalan itu hanya terluah di dalam hati. Nanti-nanti lah dia soalkan. Biar isteri dis tenang dahulu. Tak sanggup melihat Nayla begini.

Sudah sepuluh minit mereka berkeadaan begitu. Nayla masih kemas memeluk suaminya. Tangisannya sudah reda.
Hud cuba meleraikan pelukan mereka. Nayla merengek tidak mahu.

Muka ditekup di dada bidang suaminya. Hidung menghirup bauan suaminya. Bau peach. Bau pewanginya.

"Abang bau macam Nayla," nyata Nayla yang masih melekap sepenuhnya muka di dada Hud.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now