Bab 33

72 3 0
                                    

"Tokma. Ada nak tolong apa lagi ke?" tanya Nayla sambil berdiri di beranda rumah. Melihat Mak Cik Sarima sedang bercucuk tanam di halaman rumah.

"Tak ada apa pun. Hang toksah duk buat benda berat Nayla. Laki hang bising nanti tokma tak tahu." Terbongkok-bongkok tubuh tua itu mencangkul tanah. Dhia membantu Mak Cik Sarima menanam anak pokok bunga mawar dan bunga kertas.

Sudah hampir seminggu mereka di kampung, esok mereka perlu pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang mereka di kampung tak duduk diam mak buyung seorang itu. Ada saja kerja yang dia lakukan senyap-senyap. Lagi dihalang lagi dia buat. Nasib baik kerja yang ringan-ringan saja yang dibuat. Naik pening kepala Mak Cik Sarima melayan kerenah cucu tunggalnya.

"Akak. Along ada call tak? Harini flight dia pukul berapa?" Terkenyit-kenyit matanya melangut memandang Nayla. Terik matahari harini. Walhal hari baru menginjak pukul 10 pagi. Tok Babah awal pagi lagi sudah ke ladang jagung. Harini lori datang mengutip jagung untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga pasar.

"Belum. Flight dia pukul 12 nanti." Bukan Nayla tidak mahu telefon tetapi dia takut jika mengganggu Hud bekerja. Jadi biarlah Hud yang menelefonnya. Lagipula masa mereka berbeza menyukarkan sedikit untuk mereka berkomunikasi.

Janji Hud untuk video call setiap hari tak dapat dipenuhi dek keadaan yang tidak mengizinkan. Nayla faham situasi mereka sekarang. Dia reda saja. Tidak mahu suaminya bersusah hati jika dia membuat perangai manja tak bertempatnya itu.

Nayla melabuhkan duduk di anak tangga sambil memerhati Dhia dan Tokma berkebun. Bosan juga bila tidak boleh melakukan apa-apa kerja.

Sesekali telefon di tangan direnung sekilas. Takut-takut jika Hud mesej atau telefonnya.

Baru lima hari berpisah, harinya sudah terasa sunyi. Minda sedang mengira hari untuk bersua muka dengan Hud. Lambat lagi. Keluh berat dilepas perlahan. Esok pagi mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Tidak tenang dia meninggal kafenya lama.

Tengah diri mengelamun tiba-tiba terasa getaran di tangannya. Laju saja mata melihat nama gerangan yang menelefonnya. Lebar terus senyum dikoyak.

"Abang!" Sapa Nayla teruja. Dia mengatur langkah ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, sayang abang," sindir Hud.

Nayla hanya sengih malu. Teruja apabila menerima panggilan dari si suami.

"Waalaikumussalam," jawabnya perlahan. Dia mengambil duduk di sofa ruang tamu. Tudung sarung dibuka.

Panas!

"Buat apa? Dah makan apa? Baby okey? Isteri abang okey?" Macam peluru soalan Hud.

Nayla tertawa kecil.

"Baby okey. Nayla okey aje. Harini tokma buat masak lemak ketam. Bosan lah abang. Semuanya tokma tak kasi Nayla buat. Disuruh duduk dan tengok saja," adunya dengan manja. Soalan suaminya dibalas satu per satu.

"Bagus lah tu. Sayang jangan buat kerja berat. Kalau abang tahu sayang buat kerja berat, jangan cakap dengan abang. Abang nak merajuk," ugut Hud. Tahu sangat perangai isterinya itu. Lagi dihalang lagi mahu dibuatnya.

"Sikit pun tak boleh ke abang?"

"Sikit pun tak boleh. Kalau sayang abang, dengar aje cakap abang dengan tokma. Okey isteri saya?"

Nayla hembus nafas pasrah.

"Baik suami saya. Saya yang menurut perintah. Abang dah nak masuk pesawat dah ke?"

Hud gumam.

"Abang," panggilnya perlahan.

"Hmm."

"Rindu."

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now