Bab 9

124 9 0
                                    

Dhia Huda berjalan melewati kawasan Hyde Park sambil mengambil gambar. Setiap kali tiada kelas yang perlu dihadiri, dia pasti akan mengambil peluang untuk berjalan meneroka kota London itu. Playing tourist gitu.

Sangat cantik! Terasa tenang melihat berjalan melintasi pokok-pokok hijau di situ. Sesekali dia mengambil gambar bunga yang mula mengembang segar.

Kena tunjuk dekat Kak Nayla ni! Kak Nayla pasti suka tempat tenang macam ni.

"Dhia? Dhia Huda ke tu?" Sapa seseorang. Dhia mengalih tubuhnya ke arah gerangan suara yang menyeru dia.

"Kak Mai," Ujarnya perlahan. Mukanya yang berubah sedikit tegang cuba dinaturalkan. Senyuman nipis dilemparkan kepada seorang wanita yang berambut panjang paras pinggang itu.

"Dhia buat apa kat sini? Sorang ke?"

Dhia menjatuhkan kepala.

"Dhia sambung belajar di sini."

"Lama dah ke?"

"Baru aje" Acuh tak acuh sahaja dia menjawab.

"Dhia gerak dulu ya." Belum sempat dia membuka langkah, tangan kanannya dipegang oleh wanita itu.

"Kejap! Ermm..." Dhia mengalih tubuhnya menghadap wanita itu.

"Ermm.. Along Dhia apa khabar?" tanya wanita itu teragak-agak.

"He is very fine and very happy now. He will get married to the love of his life soon. Sorry, I've gotta go." kata Dhia dengan sinis. Laju dia mengatur langkah meninggalkan wanita itu.

Maisara. Seorang wanita yang telah menghancurkan hati Hud Haydar suatu ketika dulu. Lagi beberapa minggu sebelum akad nikah, Hud yang baru pulang dari penerbangannya menangkap Maisarah bersama lelaki lain memasuki kawasan hotel.

Hud mengikut langkah mereka sehingga ke bilik. Sudah acap kali dia mendengar rumors tentang kecurangan Maisara ketika ketiadaannya di Malaysia tetapi dia tidak percaya.

Setelah menangkap perbuatan keji Maisara, terus dia memutuskan hubungan mereka ketika itu juga.

"You've caught red-handed Maisara. Now I've seen it myself. Before this I just ignore what people around me told about you cheating on me. Today, you show it yourself. Congratulations! From now on, you are no longer my fiancee. YOU ARE NO ONE TO ME. We are strangers. I don't know you." kata Hud dengan suara yang tenang tetapi sangat menakutkan. Penuh dengan benci dan sinis. Tiada lagi Hud yang lembut.

Memerah matanya ketika itu. Dadanya berombak kasar dan terus melangkah keluar dari hotel itu.

Sejak dari itu, segala hubungan dengan keluarga Maisara diputuskan. Disekat semua media sosial serta nombor Maisara. Dia sudah tawar hati.

Setiap kali Maisara datang ke rumah, dia dihalau oleh penjaga rumah itu. Semuanya atas arahan Hud sekeluarga.

Sejak kejadian itu, dia sudah tutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana perempuan. Dia sudah tidak mahu menerima mana-mana perempuan lagi selain ibu dan adiknya dalam hidupnya.

******

"Along.. Tadi Dhia bertembung dengan Mak Lampir tu. Dia datang tegur Dhia. Dia tanya pasal along." Mereka sekarang sedang video call. Nayla juga menurut serta kerana Dhia mahu menunjuk kepada Nayla muzium seni dan perpustakaan yang dikunjunginya.

Di London sekarang sudah jam 3 petang.
Di Malaysia pula sudah jam 10 malam.

"Habistu Dhia jawab apa?" Wajah Hud terus menegang. Benci mendengar sebaris nama itu. Nayla hanya diam mendengar sambil tangan membelai Bubu.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now