Bab 18

92 4 0
                                    

Hud berjalan masuk ke restoran yang dia dan Maisara selalu pergi ketika bercinta dahulu dengan keterpaksaan. Kalau dia nak patah balik boleh tak? Tak senang hati sahaja dia berasa sekarang.

Dia melabuhkan punggung berhadapan Maisara. Tidak pandang langsung wajah wanita itu. Riak wajahnya hanya kosong.

"Sir, would you like to order?"

"Just plain water."

Pelayan itu berlalu pergi

"Ada apa ajak aku jumpa?"

"I-i actually I nak minta maaf dekat you. I just realized yang I masih sayangkan you. I perlukan you, Hud."

"Aku dah kahwin."

"B-but I boleh jadi your second wife. I tahu you masih sayangkan I"

"Nama kau Nayla ke? Tak kan? Only Nayla Adeena sahaja yang akan jadi isteri aku sampai mati. Jangan pernah berangan nak jadi isteri aku. Kau tak layak pegang title sebagai isteri aku."

"Bare this in your mind. I am no longer in love with you or should I say , aku tak pernah cintakan kau. Dulu tu cuma attraction with different gender aje. Aku tak akan cintakan orang lain kecuali isteri aku. Aku je bodoh dulu sebab terima kau."

Minuman yang di pesan diteguk perlahan.

"Tapi Hud takkan semudah itu je you lupakan I? Takkan disebabkan kesilapan I yang satu tu you terus hukum I macam ni?"

"Apa yang perempuan kolot tu ada yang I tak ada?" Hud memandang tajam Maisara.

Kepalanya terasa berdenyut. Dada mula berombak kasar. Peluh sejuk terasa di dahi dan leher. Dua butang baju yang teratas dibuka. Terasa tidak selesa.

"K-kau jangan mengata isteri aku dengan mulut murahan kau tu." Tegas. Mata mencerlung tajam Maisara.

Panasnya!

Dia memandang sekilas ke arah air kosong yang sudah diteguk itu. Wajahnya menjadi bengis.

"Kau letak apa dalam air aku?!" Hud mula tak senang duduk. Dirinya terasa sesuatu.

'Ya Allah, please help me!' Dia berdoa di dalam hati.

"T-tak.. I tak letak apa pun. You yang order kan air tu? You dah kenapa?"

Maisara bangkit dari duduknya dan mendekati Hud. Dia memegang lengan Hud namun cepat sahaja Hud menepis.

Shit! What happen to me? You are stupid Hud!

"D-do not touch me!" suara dia naik satu oktaf. Maisara sudah terkulat- kulat disitu apabila di tengking oleh Hud.

Hud menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbitnya.

"S-sayang.. Come to me. I need you now!" Lemah sahaja suaranya meminta tolong dari si isteri. Gigi dikacip rapat menahan rasa.

"Kau duduk jauh dari aku. Blah dari sini lagi bagus." arah Hud garang. Maisara masih statik di sebelah Hud.

Hud bangun dari duduknya untuk beredar. Maisara terus memegang lengan Hud untuk membantu.

"Hands off me, stupid!" Kuat suaranya menjerkah.

Tak faham bahasa ke?

Flashback

Selepas mengambil Nayla pulang dari kafe, Hud membawa Nayla ke KFC.

Nayla khusyuk menjamah ayam KFC nya. Dah kalau dapat ayam goreng itu, lupa terus sekelilingnya. Hud pun tidak dilayannya.

"Sedap sangat ke?"

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now