Bab 28

87 5 0
                                    

"Awak tahu kan kak Nayla pregnant?"

Adam menggumam.

"Mesti bestkan? Ada baby. So cute. Mix muka kak Nayla dengan Abang Hud. Eeeii tak sabarnya."

Minda sudah terbayang bayi yang bakal dilahirkan itu nanti.

"Excited macam hang yang pregnant."

Sabiha mencebik geram. Ayat tu kalau tak sinis sehari tak boleh ke?

"Suka hati orang lah. Sibuk je pakcik ni."

Adam menjeling tajam. Mata menikam wajah gadis di depannya.

"Apa tengok-tengok. Ada hutang?" Penumbuk di tayangkan ke depan.
Sabiha kemudian berlalu pergi. Tidak betah duduk di situ lama-lama.
Geram!

Adam mengulum senyum. Suka tengok muka memerah Sabiha menahan geram. Dia bangkit membuntut Sabiha.

"Teman aku lunch nak?" Ajak Adam sambil bertenggek di kaunter.

Sabiha geleng.

"Tak mau. Pi lah makan sorang-sorang." Balas Sabiha dengan loghat utara yang tak berapa jadi.

"Sombong amat." Sabiha menjeling tajam.

"Jom lah. Esok aku dah tak mai sini dah. Kena duk laut tiga bulan."

Berubah mendung seketika wajah Sabiha namun sempat dikawalnya.

"Lamanya. Memang nelayan kena tunggu tiga bulan dulu baru dapat ikan ke?"

Adam angguk iyakan saja.

"Awak jangan tipu saya. Kalau saya tahu awak tipu, ini last saya bercakap dengan awak." Sabiha memincing matanya.

"Nanti hang tau lah kerja sebenar aku. Aku janji, lepas saja tiga bulan aku bagitau hang. Jom lah. Aku lapar dah ni."

*****

Hud tersedar dari lena apabila terasa Nayla tiada dalam pelukannya.

Mata terkenyit-kenyit melihat jam di telefon. 3 pagi. Dia melepas tawa nipis seraya menghempas kepala ke bantal semula. Tahu dah isterinya di mana pada waktu-waktu begini.

Dia bangkit dari baringan dan berlalu keluar dari kamar tidur mereka.

Cahaya lampu menyimbah terang di dapur.

"Again sayang? Harini apa pula? Ice cream with KitKat?" Nayla yang baru sahaja mahu menyuap aiskrim bersama coklat KitKat di atas ke dalam mulut mengeras.

Perlahan-lahan dia menoleh kepada Hud sambil tersengih sumbing.

"Sikit je. Boleh la abang. Sikittt je." Jari menunjukkan sikit. Muka dicomelkan untuk memujuk Hud.

"One spoon only. Sayang dah makan banyak dah siang tadi. Nanti senang dapat penyakit tahu?"

Sudu ditangan Nayla diambil dan menyuapkan aiskrim itu ke dalam mulut Nayla.

Hujung bibir si isteri yang sedikit comot di lap dengan ibu jarinya.

Sejak masuk bulan keempat ni, kerap sahaja mak buyung itu memunggah peti sejuk pada waktu-waktu begini.

Ada sahaja makanan manis yang dimakan senyap-senyap. Kalau dihalang mahunya jadi drama air mata.

Jadi Hud memberi syarat, hanya satu sudu sahaja yang dibenarkan pada waktu malam. Tidak dapat tidak, Nayla akur sahaja. Bolehlah buat hilang cravingnya itu.

Hud menyimpan semula bekas aiskrim ke dalam peti sejuk. Dia menggeleng pasrah melihat isi peti sejuk itu. Tiga per empatnya hanyalah aiskrim, coklat, air kotak, air botol dan dessert. Semua jenis ada. Dah boleh buka kedai runcit ni.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now