Bab 35

76 4 0
                                    

Salam kanan diberi diikuti salam kiri. Nayla berwirid sebentar sebelum menadah tangan membaca doa.

Elok saja tangan mengaminkan doa, notifikasi dari telefonnya berbunyi.
Segera tangan mencapai telefon yang berada di atas katil.

Abang!

2300

Suami 💕 : Tidur dah ke?

seen√√

Nombor telefon Hud didail. Hanya dua deringan saja panggilannya disambung.

"Assalamualaikum cinta abang." Bibir comel itu terus mengoyakkan senyuman lebar.

"Waalaikumussalam suami."

"Buat apa tu?"

"Nayla baru lepas solat. Abang sihat?"

"Tak." Berubah terus riak wajah Nayla. Serta-merta senyumannya mati.

"Abang sakit kat mana?" Bibir bawahnya digigit.

"Abang sakit dekat dada kiri." Tangan diletakkan di dada kirinya. Dia mengerang sakit. Bibir menahan senyum. Usik sikit tak apa kan?

"A-abang tak pergi klinik ke?" Suara isterinya mula kedengaran cemas. Tersengih lebar senyuman Hud.

"Tak. Sakit ni tak ada ubat kat sini. Ubat dia jauh. Argh!" Nayla teresak perlahan.

"Abang jangan buat Nayla risau. Abang pergi lah klinik." Air mata mengalir laju. Terlampau risaukan suaminya.

Panggilan terputus. Nayla cemas. Baru saja mahu membuat panggilan baru, video call dari Hud terpampang di skrin.

Laju tangannya meleret butang hijau.

"Hi sayang." panggil Hud dengan senyum lebar.

"Abanggg." rengeknya sambil mata dilap dengan hujung kain telekungnya.

"Shhh. Alahai gurau sikit aje dah macam air terjun pun dia menangis."

"Abang sakit lagi ke?" Matanya sembab dan merah.

"Hmm. Sakit rindu Deena sayang. Ubat tu ada pada isteri abang je. Klinik mana ada jual ubat kasih sayang Nayla Adeena." Dada kirinya diusap. Nayla menghela nafas lega.

"Suka usik Nayla." Bibir comel Nayla melengkung tersebik. Air mata disapu.

"Hobi abang." Hud menjungkit bahu selamba. Nayla sudah menjeling tajam dengan wajah sudah comot dengan air mata.

"Dah dah. Tak nak menangis dah. Abang tak ada nak peluk pujuk isteri abang ni." tenang saja dia berkata.

Nayla angguk. Mereka berborak panjang. Sudah lama tidak berborak begini. Macam-macam yang diceritakan Nayla. Hud tekun mendengar sambil mata redup tenung wajah bersih isterinya.
Dengan senyum lebar dibibir. Seronok mendengar celoteh isterinya.

Ah! angau dengan isteri sendiri tak apa.

"Oh ya, abang."

Hud gumam lembut.

"Perfume Nayla dalam bilik ni tak ada lah. Abang ambil ke?" Pelik juga dia semasa mencari pewanginya yang ditinggalkan di rumah ini. Cari punya cari, tak jumpa pun.

Hud berdehem lalu menayang sengih menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.

"Ada kat abang. Abang tak boleh pakai perfume abang tu. Nak termuntah. Malas nak beli yang baru." Nayla mengecilkan mata memandang Hud.

"Ala bagi je lah kat abang. Nanti-nanti abang rindu Deena abang sembur je kat abang. Lagipun abang suka bau sayang. Bau peach."

Nayla mengguling matanya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now