Bab 20

108 5 0
                                    

"Sofia betul ni tak nak akak hantar?" Tanya Sabiha.

"Tak apa lah Kak Biha. Sofia ambil Grab je."

"Hospital dengan sini dekat je. Akak boleh tolong hantarkan. Jom. Alang-alang tu boleh akak ziarah ibu Sofia kejap. Simpan duit tu. Tak payah ambil Grab." Sabiha memberi kata putus.

Sofia akur dan menggapai beg tangannya lalu bergerak mengikut Sabiha ke kereta.

"Saya minta diri dulu, makcik." Sabiha minta diri setelah berborak sedikit dengan Ibu Sofia.

"Hati-hati drive akak. Terima kasih hantar Sofia." Mereka berpelukan seketika. Sabiha menyalami tangan ibu Sofia sebelum beransur pergi.

Dalam perjalanan ke kawasan letak kereta, dirinya terlanggar seseorang.

"Oww.. Sorry encik sorry." Tertunduk-tunduk badannya meminta maaf tanpa melihat gerangan yang dilanggarnya.

"Sabiha?"

Terus kepalanya terdongak.

"Eh Adam. Buat apa sini?"

"Hang buat apa kat sini?" Mata memandang Sabiha atas bawah. Mahu melihat jika terdapat kesakitan.

"Oh. Saya datang melawat ibu Sofia. Dah Alang-alang saya hantar dia sini terus ziarah je. Awak pula buat apa sini?"

"Check-up." Nak tak nak sahaja dia membalas.

Baru Sabiha perasan tangan kanan jejaka itu berbalut. Sepertinya patah. Membulat matanya.

" Tangan awak kenapa? Macam teruk je? Dengan luka dekat dahi tu. Awak buat apa?"

"Sikit ja la. Biasa la gaduh."

Sabiha memincing mata tidak percaya.
Tapi dia abaikan sahaja. Baru beberapa bulan tidak bersua muka. Bila dah berjumpa pasti ada sahaja calar di wajah jejaka itu. Bukannya Sabiha tidak perasan cuma dia malas mahu jaga tepi kain orang.

"Dah besar pun nak gaduh lagi ke? Macam budak kecil. Padahal umur dah boleh jadi bapak orang dah." Kutuknya perlahan tapi masih boleh didengari.

"Mulut tu ada ja nak mengata aku noh." Adam menjeling tajam.

Sabiha menjelir lidah sebelum berjalan ke keretanya.

"Hang nak pi mana?" Adam membuntuti.

" Kafe."

"Aku ikut." Terus Adam melangkah ke bahagian penumpang.

"Eh eh. Kereta awak mana?"

"Tak dak."

"Habistu datang sini naik apa?" Terjungkit keningnya.

"Kawan aku hantar. Cepat lah. Banyak tanya pula." Malas mahu bersoal jawab terus dia membolos masuk ke dalam kereta.

Keretanya ada saja di tempat parkir tapi di aras lain. Saja mahu mengganggu budak pendek di depannya itu.

Sabiha menghentak kaki sebelum masuk.

Eiii geram! Suka hati dia je tumpang orang. Orang tak kata pun boleh ke tidak.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now