Bab 3

144 10 0
                                    

Hud sedang menaip sesuatu di McBooknya di ruang bilik kerjanya. Frame gambar di atas meja kerjanya dijeling sekilas. Tiga sahabat yang sedang berpeluk bahu di pantai melihat sunset. Frame itu diambil.

"Tak sangka ni gambar terakhir kita, Adha. Enam tahun dah kau tinggal kita orang." Gambar yang diambil semasa Hud, Faris dan Naufal bercuti di Pulau Pangkor. Mereka bersahabat sejak di akademi penerbangan lagi. Namun Nayla tidak pernah mengetahui bahawa Hud merupakan salah seorang rakan karib abangnya.


Ting!

Satu notifikasi Whatsapp naik. Hud mengerling sekilas telefon yang berada bersebelahan McBooknya. Frame gambar diletakkan semula ditempatnya.

2100 ;
Adeena: Hud Hud :)

Lima belas minit kemudian,

Ting!
Ting!
Ting!

2115 ;
Adeena: Hello! Hud!
Adeena: Hud Haydar
Adeena: Pakcik Frozen Handsome!

Hud mengeluh malas lalu dia membalas chat Nayla.

2116 ;
Hud Handsome : apa?

Apa?! Dia reply aku 'Apa?' ja! Dah la sidai Nayla 15minit pastu reply 'apa?'. Sabar Nayla sabar. Nak pikat pakcik frozen ni kena sabar. Baru Allah shayang. Kenapa Nayla panggil Hud pakcik? Sebab Hud tua 5 tahun dari Nayla.

2116 ;
Nayla : awak terbang pula bila?

read,
typing....

2118 ;
Hud Handsome: Next week

2118 ;
Nayla : Bila awak nak datang kafe saya? sejak-sejak balik dari fly tak datang pun kafe saya. :( Nayla is sad.

Hud Haydar merupakan regular customer Nayla sejak dari awal pembukaan Nayla's Cafe. Hud sering meluangkan masanya membaca dan melakukan kerja di kafe itu. Kebetulan pula Datin Fatima juga gemar menempah kek dari kafe nya apabila keluarganya mengadakan special event. Nayla juga boleh dikatakan agak rapat dengan Datin Fatima dan Dhia Huda.

Mananya si Nayla ulat bulu ni tak tangkap cintan dengan si Hud frozen itu. Dah la tinggi, badan tegap, mempunyai alis tebal yang terbentuk cantik dengan mata coklat cair lagi. Siapa je tak pandang dua kali kalau bertembung dengan Hud si frozen ni? Nayla pun salah sorang daripada golongan itu lah tetapi Nayla tak pandang dua kali.... Dia pandang selagi mampu..

read,
typing.....

2121 ;
Hud Handsome: busy

Nayla mencebik. Busy konon! Bukannya ada flight pun. Macam mana Nayla tahu jadual penerbangan Hud? Nayla Adeena kan suka jaga tepi kain Hud Haydar. Mesti lah dia akan tanya Hud jadual penerbangannya yang akan datang.

Kalau Hud tidak menjawab, Nayla ke kaunter pertanyaan yang kedua iaitu Dhia Huda. Pandai tak Nayla?

read,
typing.....

2121 ;
Nayla : Esok saya ada di kafe. Saja bagitahu. :)

Nayla : goodnight , Hud. Bye-bye.

√√ seen.

"Argh!! Dia seen je!" Nayla meraung sambil menumbuk bantalnya tangannya terlajak sedikit ke depan dan tertumbuk telefonnya. Aduh! Dia menggosok perlahan kekuranya.

Eiii! Nayla Benci Hud 1 minit! Terlompat Bubu yang sedang tidur di ruangannya.

Hud memandang sepi telefonnya yang masih menyala sambil menggeleng perlahan. Sudah terbiasa diganggu Nayla pada waktu-waktu begitu. Kemudian Hud menyambung semula menaip di McBooknya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now