Bab 10

138 9 0
                                    

Hud leka menatap wajah Nayla yang sedang ralit mengunyah ayam goreng KFC itu. Makan tak tengok keliling dah. Makan gaya macam kanak-kanak lima tahu. Pipi kembung penuh dengan isi ayam. Kaki dihayun ke depan dan ke belakang.

"Awak tak makan ke?" tanya Nayla dengan mulut penuh.

Hud menggeleng. Nayla mengangkat bahunya dan tersenyum gembira. Yeay! Semua ini dia punya.

"Minggu depan kita kahwin." kata Hud dengan suara yang senada.

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

MasyaAllah! Astaghfirullah!

Ayam ditangan dilepaskan ke atas pinggan. Nayla menepuk dadanya. Hud segera menghulur air kosong kepada Nayla.

Nayla meneguk air dengan rakus. Masih tidak reda batuknya. Mukanya sudah merah dan mata juga sudah berair.

"Take a deep breath" Hud cuba membantu. Nayla menarik nafas sedalamnya dan dihembus perlahan-lahan. Diulang beberapa kali.

Fuh! Nak aku mati awal ke mamat ni!
Nayla menjeling Hud dengan ekor mata.

"Makan tu cuba jangan gelojoh." Hud suakan tisu kepada Nayla.

"Awak yang buat saya terkejut!" Balas Nayla geram. Salahkan dia pula! Tisu dilap geram di hujung bibir. Mata menjeling Hud.

"Aku serius. Minggu depan kita kahwin." Hud berkata lagi dengan riak serius.

Berkerut muka Nayla, "Tak awal sangat ke? Kenapa nak terburu-buru? Persiapan semua tak buat pun lagi. Biar kebenaran awak ni."

"Benda baik jangan ditangguh." Hud tersenyum senget.

"Betul-betul la. Tokma dan tok babah pun tak tahu lagi ni." Nayla mengguling matanya.

"Aku dah hantar rombongan ke sana harini." terbeliak biji mata Nayla. Nasib aku tak tercekik kali kedua!

"Kau biar betul Jamal?!" ternaik satu oktaf suara Nayla. Beberapa pasang mata di restoran itu mula memberi perhatian ke arah mereka. Hud hanya tersenyum kekok.

Bakal bini siapa ni? Buat malu aje.

Hud mengangkat jari telunjuk ke bibirnya.

"Shhh. Perlahan lah sikit.Kau jangan nak Jamal Jamal kan aku ya, Senah." Hud menjeling Nayla. Nama elok Hud Haydar dipanggilnya Jamal.

Nayla berdecit perlahan apabila Hud memanggilnya dengan nama lain pula. Senah juga dia nak bagi nama pun.

"Kau tak perlu risau. Semuanya biar aku uruskan. Kau cuma prepare untuk jadi bini aku je." Nayla tertunduk malu. Perut terasa sebu dengan serangan rama-rama. Nayla berdehem. Terasa ayam tersekat di rengkungnya.

"Saya segan lah. Sekurangnya saya perlu bantu sikit. Mana boleh awa-" Hud mengangkat jari telunjuk ke muka Nayla dan menggerakkan ke kiri dan ke kanan.

Mukanya tegang. Nayla menjatuhkan bahunya lemah.  Tidak dapat tidak, dia akur sahaja dengan arahan Hud. Bila Hud sudah bertegas memang dia tak boleh nak buat apa. Akur sahaja.

"Tapi if you need any help just let me know. Urusan belah pihak saya biar saya yang uruskan. No buts!" balas Nayla tegas. Lama Hud menyepi sebelum menjatuhkan kepalanya.

"Kau okey ke kita tak tunang dulu?" Mahu mendapat kepastian dari Nayla.

"Takpe. Tak perlu nak membazir duit. Buat simple je pun dah okey dah."
Orang dah tolong uruskan segalanya takkan dia mahu minta lebih-lebih. Segan dia dengan Hud. Terlalu banyak lelaki di depannya itu berjasa pada dia.
Walaupun pada Hud, dia orang asing yang sering membebankan.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now