Bab 4

126 10 0
                                    

"Terima kasih, awak." Nayla yang berada di seat penumpang menjeling sekilas Hud yang sedang memandu dengan riak yang mendatar. Nayla bermain-main dengan jemarinya.

Tadi sebaik sahaja Hud tiba di kafe nya terus dibebel Nayla tanpa sempat Nayla berkata apa-apa. Hud marah Nayla... Nayla mencebik sedih.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya diam. Sunyi sepi seperti di tanah perkuburan. Hanya kedengaran suara DJ radio sahaja. Nayla berasa gerun melihat wajah Hud yang tegang. Auranya juga sangat menakutkan.

Setibanya mereka di hadapan rumah Nayla, masing-masing tidak berganjak. Sudah seperti patung cendana.

Nayla menjeling Hud melalui ekor mata. Takut-takut sahaja dia mahu bersuara.
Tubir mata terasa panas. Dia terasa seperti dimarahi.

"N-Nayla masuk dalam dulu. Assalamualaikum." Suaranya perlahan sahaja. Baru sahaja tangan mahu membuka pintu kereta.....

"Esok aku ambil kau." suara Hud tegas.

Laju Nayla menoleh ke arah Hud lantas menggeleng kepalanya.

"Eh. Tak payah lah. Susahkan awak aje. Dah lah jauh. Esok saya naik gr-"

"Esok aku ambil. Full stop!" bidas Hud garang sambil memandang tajam Nayla. Eh budak ni!

"Hmm ye lah." akur dengan arahan Hud.

"Tak payahlah marah Nayla" gumamnya perlahan menahan air mata yang mahu membuat aksi terjunan somersault
itu.

"Tak marah. Geram aje. Ingat sikit kau tu perempuan. Jangan acah berani sangat. Kalau jadi apa-apa macam mana? Dah la kawasan tu gelap bila malam. Yang kau balik lambat hari ni kenapa?" balas Hud dengan suara yang sedikit lembut.

"Saya kena buat kek. Ada orang tempah esok."

"Dah tak boleh tunggu esok dah?" Nayla menggeleng.

"Kena hantar esok pagi. Tak sempat dah."
Dah macam kena soal siasat dengan polis pencen dah.

"Esok pukul berapa nak hantar?" Tanya Hud dengan suara biasa.

"Esok dalam pukul 9 pagi. Saya minta Sabiha hantarkan." Hud angguk tanda faham.

"Lepas ni kalau kau perlu balik lambat inform aku atau Dhia. Tak pun housemate kau tu. Faham?"

"Tapi kenapa nak kena inform awak?" Nayla berkerut.

"Habistu kau ada siapa lagi yang kau boleh minta tolong?" Bidas Hud. Bukan dia tak tahu, Nayla tak ada ramai kawan. Yang dia ada pun hanya Saleha dan pekerjanya. Itu saja.

Nayla diam seketika. Sebelum dia mengiyakan.

"Hmmmm. Nayla masuk dulu. bye." balas Nayla lemah sambil melangkah keluar dari kereta Hud. Dia tidak menoleh langsung ke arah Hud.

Setelah memastikan Nayla selamat masuk ke dalam rumah barulah Hud menurunkan handbrake bergerak laju membelah jalan malam yang sunyi pulang ke rumah. Jalan lengang, apa lagi? Tekan rapat la.

********

Hud menutup pintu rumah rapat. Rumah senyap sunyi tika itu.

"Along. Baru balik? Pergi mana? Bukan along ada dalam bilik kerja ke tadi?" Dhia yang sedang menuruni anak tangga terkejut melihat abangnya yang baru pulang.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now