Bab 29

84 6 0
                                    

"Medium cup, ya."

Hujung baju Hud ditarik. Toleh kebelakang, Nayla mimik muka sedih. Hud jongket kening.

"Nak large cup." Mata dikerdip beberapa kali. Hud kembali toleh ke depan tanpa memberi respons kepada Nayla.

"Change. I nak large cup. Sorry." Terus ceria raut wajah Nayla.

"Pistachio sauce and chocolate balls. Itu je." Lagi lebar senyuman Nayla namun cepat saja senyuman dia hilang, masih merajuk dengan Hud. Dia tak bagitahu pun toppings itu yang dia inginkan kepada Hud.

"Jom duduk sana." Bekas aiskrim diserahkan kepada Nayla setelah membuat bayaran. Tangan Nayla dipimpin bersama groceries bag di sebelah tangannya.

"Boleh habis ke satu cup besar ni?" Nayla gumam. Tumpuannya hanya pada aiskrim yogurt itu sepenuhnya. Malas mahu melayan suaminya.

"Baby saya merajuk ke?"

"Taklah. Suka," Kata Nayla sarkastik. Hud simpan senyum. Senyap-senyap dia mengambil gambar isteri yang khusyuk amat dengan aiskrimnya.

"Hud? I mean Captain Hud?" Pantas dua kepala itu toleh kepada suara yang menyapa.

Seorang gadis tinggi lampai, rambut beralun cantik. Tampak sangat lembut bersama mekap yang nipis, kelihatan natural dengan maxi dress paras bawah lutut berona dusty pink. Tersenyum manis wanita itu kepada mereka atau kepada Hud lebih tepat.

"Bella." Sapa Hud dengan lagak biasa.

"You buat apa sini?" Tanya Bella, mesra. Langsung tak pandang Nayla di depannya.

"Shopping barang dapur sikit. You? Tak ada flight ke hari ni?"

Nayla mengguling mata ke atas. Dia mendengus perlahan. Tumpuannya kembali kepada aiskrim. Tiba-tiba terasa panas. Laju saja aiskrim itu dihabiskan.
Aiskrim yang manis masam itu terasa tawar. Dalam hati dia sudah meraung kegeraman.

Mereka berdua berborak seolah dia tiada di situ. Makin panas hatinya. Habis saja aiskrim itu, dia bangun.

"Eh? Sorry I tak perasan you dekat sini. Kawan Hud ke? Or adik?" Nayla berdecit perlahan sebelum mengoyak senyum palsu. Tak perasan konon! Ini penyondol kuasa dua ke?

"Bibik." Kemudian terus dia berlalu untuk membuang sisa makanan. Hud terkedu dengan balasan Nayla. Bella juga.

"Cantik betul bibik you! I ingatkan-"

"Wife. She's my wife. Sorry I gotta go." Cantas Hud segera mencapai groceries bag dan berjalan laju mengejar Nayla yang terkedek-kedek itu.

"Dah kahwin. Baru aje nak cucuk jarum. Melepas." Kata Bella perlahan sambil melepas keluh kecewa.

"Tak apa Bella. Kumbang bukan seekor. Banyak lagi ada," Gumamnya perlahan dan melangkah pergi.

"Sayang." Tangan Nayla disela dan digenggam kemas. Nayla abaikan saja.

Sampai di kereta, pintu penumpang dibuka oleh Hud. Nayla membolos masuk dengan riak wajah kosong. Pintu belakang dibuka dan diletakkan beg di belakang sebelum Hud berjalan ke pintu pemandu.

Nayla memeluk tubuh dan keras memandang hadapan. Mulut terkunci rapat. Hud merapati Nayla dan memasang tali pinggang keledar. Nayla biarkan saja kelakuan Hud.

"Sayang." Bahu Nayla dipegang dan dipusing menghadapnya.

"Sayang-"

"Don't sayang-sayang me. You not sayang me anymore." Keluar terus broken English nya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now