Bab 6

116 8 0
                                    

Sudah seminggu berlalu setelah Saleha berangkat ke Sarawak. Nayla tinggal bersendirian di rumahnya. Ya, rumah peninggalan keluarganya.

Ting!

Yeay! brownies dah siap! Nayla bakar sebiji brownies untuk dibawa pulang ke kampung untuk menziarah tokma dan tok babahnya.

Sudah lama dia tidak menjenguk kedua orang tua itu. Apa khabar mereka? Sihatkah? Rindukah mereka dengan dia?

Setelah memastikan semua sudah selamat untuk ditinggal, Nayla mengunci pagar rumahnya sebelum memulakan perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam itu. Kampung Nayla terletak di Pulau Pinang.


"Assalamualaikum, Tokma! Tok Babah!" sambil berlari anak ke arah kedua orang tua itu sebelum memeluk mereka erat.

"Waalaikumussalam, Nayla. Sihat ka? Lama tak mai jenguk kami noh." ujar tokma sambil mengusap lembut kepala Nayla.

"Busy urus kafe, tokma. Tok ma sihat? Tok babah mana?" balas Nayla tersengih menunjukkan barisan gigi yang tersusun cantik.

"Mai masuk. Tokma hang masak lauk favorite hang ni. Tokma sihat macam ni lah. Tok babah ada kat ladang." ajak tok babah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Bersinar mata Nayla. Lauk favorite nya? Nasi daging? OMG Nayla suka! Nayla suka! Laju dia mengatur langkah ke dapur bersama tokma.

"Ni tokma. Nayla bawak brownies." Nayla meletakkan kotak brownies di atas meja makan dan bergerak ke sinki, membasuh tangan untuk mengisi perut.

"Apa nis? bronies? tokma mana makan benda-benda moden ni Nayla." jawab tokma cuba menyebut nama makanan tersebut.

Nayla tergelak kecik, "Brow. Nies, tokma. Takpe, boleh lah tokma buat hidang untuk tetamu kalau ada yang datang nanti." Tokma cuma angguk tanda setuju.

Pinggan diambil dan dicedok nasi. Bismillah dibaca. Laju sahaja tangan menggaul nasi yang masih berasap itu.

"Oww.." Dia mendesis perlahan.

"Hang kalut nak pi mana Nayla oi. Nasi tu tak lari aih." TokMa menegurnya..

Ada saja si Nayla ni.

Nayla hanya tersengih sumbing sebelum berhati-hati menggaul nasi daging itu.

*******

Hud dan Faris berjalan beriringan menghirup udara malam di Sarawak. Sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah kerana jadual penerbangannya yang padat.

"Hud, kau dengan Nayla tu masih macam tu ke?" tanya Faris sambil memandang ke arah langit yang gelap.

"Kenapa?" soalan dibalas dengan soalan. Tipikal Hud.

"Takde lah. Aku tengok Nayla tu bersungguh sukakan kau."

Hud mengangguk kepalanya,"Hmmm."

"Habistu kau? Kau suka dia tak? Sayang dia tak?" Hud hanya diam tidak menjawab kerana dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.

"Kau jangan biar dia tergantung macam tu, Hud. Kesian dia. Kalau kau suka, sayang dia, kau bagitahu. Kalau tak suka pun kau kena bagitahu jugak, bro. Jangan bagi harapan dekat Nayla."

Kan dah bagi tazkirah dekat Hud. Faris menepuk bahu rakannya itu.

"Tak semua perempuan sama Hud. Terutamanya Nayla. Aku boleh nampak, dia lain. Tak sama dengan si Maisara tu. Bagi peluang untuk kau dan untuk Nayla. Kau pun makin tua bukan makin muda. Dah 3 series bro. Baik kau ikat dia cepat sebelum orang lain masuk line." sambung Faris lagi. Hud memincing tajam rakannya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now