Bab 16

114 5 0
                                    

Nayla mengenakan oversized hoodie milik Hud dan sweatpant. Rambut yang basah dia keringkan dengan pengering rambut. Minyak wangi disembur sedikit di leher dan di nadinya. Bibir comel itu terkumat kamit bernyanyi kecil. Hidung menghidu wangian di pergelangan tangannya. Hmm! Bau peach!

Hud awal lagi sudah berperang di dapur. Tadi Hud bersiap dahulu kerana perlu ke groceries untuk membeli sedikit bahan memasak.

Setelah bersiap, Nayla bergerak ke dapur. Semerbak bau masakan Hud memenuhi ruang.

Nayla melabuhkan punggung di island di dapur itu. Mata tak lepas menikam belakang tubuh tegap Hud yang sedang memasak. Seperti chef professional. Otot-ototnya turut bergerak ikut rentak tubuh Hud.

Tangan Nayla memangku dagunya.

Seksi!

"Yeah I know. You should take a picture at least." Kata Hud sambil tangan rancak bergerak sana sini. Sangat cekap.

Nayla termalu sendiri. Kantoi! Dia berdehem menghilangkan gugup.

"Abang masak apa?"

"Älplermagronen." berkerut muka Nayla.

"Apa tu?"

"Basically dia macam mac and cheese but in Swiss style."

"Sounds delicious. Nayla perlu tolong apa?" Nayla baru sahaja mahu bergerak ke arah Hud untuk membantu, Hud sudah berpaling dari dapur ke arah Island kitchen.

"No need , honey. Duduk je situ. Abang dah siapkan semua dah."

Hud meletakkan Älplermagronen di atas meja itu dan berlalu untuk membersihkan bahan masakannya tadi.

Nayla berdesup lari ke bilik dan kembali semula. Dia mengambil telefonnya.

Beberapa gambar Älplermagronen diambil untuk dimuat naik ke Instagram.
Selesai membersihkan dapur, Hud melabuhkan punggung disisi Nayla. Dia mencium sekilas pipi Nayla.

"Hmm. Smells like a peach. I like." Nayla hanya memakai wangian ketika bersama Hud dan di rumah sahaja.

"Let's feed your angry tummy."
Hud membaca doa makan sebelum menyuap Nayla.

Sejak berkahwin Nayla sudah tidak reti makan sendiri. Hud juga yang mengajarnya begitu. Hud lebih gemar menyuap Nayla makan.

Awalnya agak segan juga Nayla. Terasa seperti budak kecil. Tetapi Hud bertegas untuk makan bersuap makanya Nayla pun sudah terbiasa sebegitu. Kata Hud mahu mengikut sunnah dan supaya dapat mengeratkan lagi kasih suami isteri.

"MasyaAllah abang." Meluas matanya apabila merasa air tangan suaminya itu.

"Sedap sangat! Pandai abang masak. Abang belajar mana?"

"Alhamdulillah. Abang memang minat memasak. Kalau abang ada masa free.. Abang akan cuba masakan luar dan dalam negara. Mostly , luar negara lah."

Nayla memandang Hud kagum.

"I thought you just love to read. Now Nayla dah tahu another thing about you."

Hud hanya tersenyum nipis.

" Abang pun learn something new just now about you." balas Hud dengan senyuman misteri. Tangan masih menyuap Nayla.

"Apa?"

"You love to take a shower with me and love to rape me with your beautiful eyes." Tersedak Nayla. Selamba betul pakcik ni!

Uhuk! Uhuk!

Hud segera menyerahkan segelas air putih kepada Nayla. Nayla meneguk dengan rakus. Memerah wajah Nayla menahan malu dan tersedaknya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now