Bab 26

94 4 0
                                    

Haruman masakan Nayla semerbak bau memenuhi ruang dapur. Bertungkus lumus dia menyediakan santapan tengahari untuk penghuni rumah mentuanya. Sudah dua hari dia menetap di sini.

Dia memasak sambal petai udang, ikan goreng, sedikit ulam-ulaman dan air sirap. Sempat juga dia menyediakan puding karamel untuk pencuci mulut. Dia mengambil beberapa keping gambar masakannya.

Semuanya Nayla yang masak. Dia dari awal lagi sudah tegah Datin Fatima, Dhia dan Mak Som dari menjejak kaki ke dapur.

Siap sahaja makanan dihidang di meja dan mengemas pekakas masak, dia berlalu ke bilik Mak Som.

Sempat mata mengerling ke jam dinding di dapur. Sudah jam 2 petang.

Tok! Tok!

Mak Som membuka pintu.

"Ada apa Nayla?" Mak Som muncul dengan memakai telekung.

"Makanan dah siap. Boleh la nak makan. Nayla naik bersihkan diri dulu. Nak solat."

Kaki diatur berlalu ke tingkat atas. Pintu bilik mentuanya diketuk juga.

"Bonda. Papa. Nayla dah siap masak." Laungnya dari luar.

Dia kemudian terus bergerak ke bilik tidur. Dia melabuhkan punggung di birai katil seketika. Terasa penat. Gambar masakannya dihantar kepada Hud.

Selepas itu Nayla bergerak membersihkan diri dan solat. Selesai sahaja solat dia terus ke ruang makan.

"Turun pun. Ingatkan tak nak makan. Bonda baru nak pergi panggil Nayla tadi." Nayla melabuhkan punggung di kerusi makan. Nasi dicedok ke dalam pinggan beserta lauk.

"Sorry lambat sikit. Nayla solat tadi."

"Tak apa. Mari makan. Sedap ni. Papa dah tambah kali kedua dah ni." Dato' Idris menyuap nasi ke dalam mulut.

Nayla membaca doa makan sebelum menjamah makanannya.

"Jari tu kenapa?" Bonda bertanya. Nasi dipinggan sudah licin.

"Terkena pisau sikit masa hiris bawang tadi." Puncak hidung digaru.

"Ada je lah kamu ni. Hud balik karang bising dia nanti." Dato' Idris menggeleng kepala. Menantunya sorang ni ada aje lah yang tercedera. Mujur cedera ringan je. Tahulah dia nanti Hud membebel panjang kepada isterinya.

"Nayla ikut bonda dengan Dhia pergi shopping nak tak?" Datin Fatima yang sedang membasuh pinggan bertanya.

"Jom, akak. Lama tak shopping dengan akak." Sampuk Dhia dengan mulut penuh.

"Boleh, boleh. Lama dah tak berjalan dalam mall." Laju sahaja dia menjawab.


Beg kertas sudah penuh di tangannya. Entah berapa pusingan sudah mereka buat dalam mall ini pun tak terkira. Kuat betul tenaga ibu mentuanya ni. Nayla yang masih muda pun dah separuh nyawa dah tinggal. Rasa macam baru habis marathon aje.

"Bonda ada nak pergi mana-mana lagi ke? Dhia?" Nayla mengambil duduk di kerusi bersama Datin Fatima. Penat.

"Akak okey ke? Nampak letih sangat ni. Tak sihat ya?" Soalan Nayla dibiar berlalu.

Tangan Datin Fatima naik menyentuh dahi Nayla.

"Okey je. Penat sikit."

"Kalau macam tu jom lah balik. Lagipun dah nak masuk Maghrib dah ni. Bonda pun dah habis membeli."

Tangan Nayla di genggam Dhia. Nayla memegang beg-beg kertas Datin Fatima. Banyak betul beli!

Di tangan Datin Fatima dan Dhia turut terdapat beberapa beg kertas.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ