Bab 14

117 7 0
                                    

Datin Fatima yang sedang menyediakan sarapan pagi untuk keluarga terjerit kecil apabila dipeluk erat oleh seseorang.

"Good morning, bonda!"

Lantas Datin Fatima memaling kepalanya.

"Hud! Bila sampai? Bukan sepatutnya ada baki lagi 3 hari ke?"

Hud menunduk sedikit mencium pipi Datin Fatima.

"Semalam. Pukul 12:30 Hud sampai sini. Hud saja balik awal. Rindu bini, bonda."

Karipap yang berada di atas pinggan diambil. Doa makan dibaca sebelum menjamah kuih itu.

"Ohh... Patut menantu bonda tak turun-turun lagi. Selalunya awal aje dia masuk dapur."

Datin Fatima tersenyum senget.

Hud hanya mengangguk mengiyakan saja.

"Deena okey aje kan, bonda?" Hud bertanya.

"Alhamdulillah okey. Tapi tulah kurang ceria sikit. Along tak ada kan. Kerja termenung je."

"Bonda tahu tangan dia cedera?" Mulut mengunyah karipap buatan bonda.

Datin Fatima angguk.

"Dia kata kena tray oven masa baking."

Hud menggumam. Mengiyakan sahaja. Malas mahu cerita lebih. Nanti bondanya susah hati. Bukan boleh buat main dengan bondanya. Mahu masuk hospital si Maisara tu kena serang dengan Datin Fatima. Nasiblah dapat bonda brutal.

"Pergi panggil Nayla. Sarapan sama-sama."

"Bonda date dengan papa aje lah ya. Hud nak buat breakfast in bed untuk Deena."
Hud tersengih nakal.

"Mengada." Datin Fatima menjulingkan matanya.

"Kita dah ada bini tahu!" ujar Hud dengan penuh bangga. Datin Fatima menggeleng kepala sahaja dengan kerenah anaknya itu. Jarang-jarang sisi Hud yang satu ini ditonjolkan.

Hud segera menyediakan hidangan untuk dibawa naik ke bilik.

"Dhia ada ke?" Hud bertanya sambil tangan lincah bergerak. Dia tahu adiknya pulang untuk majlis resepsinya nanti. Habis sahaja majlis resepsinya, Dhia akan terbang semula ke kota London.

"Ada. Duk terbongkang atas katil lagi. Semalam tidur pukul berapa entah. Duk layan K-drama dia tu tak habis-habis." Datin Fatima mula membebel fasal adiknya. Dhia kalau tak cari masalah dengan bonda memang tak sah.

Hud hanya mendengar. Menyesal pula tanya. Itu lah, tanya lagi. Dia juga yang kena tadah telinga. Tak apa nanti dia pula pergi membebel dekat adiknya itu.

Siap kau, Dhia Huda!

********

Pintu kamar tidurnya dikuak perlahan dengan sebelah tangan memegang dulang yang berisi sepinggan nasi goreng, beberapa biji karipap dan segelas teh o panas untuk santapan pagi bersama si isteri.

Elok sahaja Hud menutup pintu biliknya kedengaran pintu bilik air dibuka dari dalam.

Nayla keluar dari bilik air dengan bathrobe berona merah hati dengan rambutnya yang basah dilap dengan tuala kecil.

Nayla masih tidak perasaan Hud sedang memandangnya tidak lepas sambil meletakkan dulang ditangan di meja kecil bersebelahan katil.

Dia mengatur langkah ke closet.

Tiba-tiba...

"Arghh!"

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now