Bab 43

73 3 0
                                    

Hud yang lengkap berpakaian sukan sedang menyediakan peralatan badminton. Beg galas besar diisi dengan beberapa batang raket, tuala kecil, sebekas panjang bulu tangkis serta beberapa botol air mineral.

Rakan akademinya mengajak untuk friendly badminton malam ini sekaligus reunion. Sudah lama mereka tidak bersua muka sejak-sejak mereka tamat latihan di akademi penerbangan dulu.

"Abang nak ke mana handsome-handsome ni?" Nayla muncul dengan baju tidur berlengan pendek dipadankan dengan seluar pendek atas lutut. Dia memeluk erat belakang tubuh Hud yang sedang bersiap itu walaupun ada halangan iaitu perut besarnya. Ada dia kisah? Peluk tetap peluk.

"Abang nak pergi court badminton. Ada friendly. Sayang-"

"Nak ikut! Nak ikut!" Nayla mencelah dengan suara teruja. Mata sudah bersinar. Lamanya tak tengok perlawanan badminton!

Hud menghentikan kerjanya sekaligus memusing tubuhnya menghadap Nayla. Mata memandang raut teruja isterinya.
Berkira-kira mahu bawa ke tidak budak kecil ini. Pinggang Nayla dipeluk longgar.

"Boleh ya, abang? Nayla dah lama tak tengok game badminton." Mata dikerdip-kerdip memujuk Hud supaya membawanya bersama.

"Nanti sayang tengok lelaki la-"

"Nayla tengok abang aje. Tak tengok lelaki lain. Nayla sokong abang je. Janji!" potong Nayla lagi bersama tangan diangkat separas bahu, tanda janji.

Hud ketawa mendengar pujukan Nayla. Nampak bersungguh sangat nak pergi ni.

"Janji janji janji! Menang ke... kalah ke... Nayla tetap sokong suami Nayla. Boleh eh, sayang?" Tahu Hud suka Nayla memanggilnya sayang.

Hud senyum lebar seraya mengangguk kepalanya. Nayla terus bersorak gembira sambil mencium segenap wajah Hud. Terkekeh ketawa Hud apabila diserang dengan ciuman Nayla.

"Sekejap Nayla tukar baju. Tunggu tau! Jangan tinggal Nayla!" Dia terus berjalan laju ke arah almari baju untuk menukar pakaian. Hud geleng kepala kemudian memeriksa semula peralatan yang perlu dibawa.

********

Jejaka tampan itu berjalan melintasi gelanggang badminton menuju ke arah gelanggang yang kumpulannya sudah tempah.

Tangan kanan menggalas beg besarnya manakala di sebelah kiri pula, tangan kasarnya memimpin tangan halus isterinya.

Terkedek-kedek Nayla berjalan, cuba menyaingi langkah Hud yang dua kali langkahnya itu. Mata meliar memerhati suasana di dalam gelanggang. Bunyi dentuman orang membalas pukulan bulu tangkis bergema segenap ruang.

Dari jauh rakan-rakannya sudah melambai, menyapa Hud. Hud membalas dengan mengangkat tangan sekilas bersama senyum nipis.

"Abang... Slow sikit. Nayla penat," omel Nayla dengan termengah-mengah. Laju betul suaminya berjalan. Teruja agaknya nak bertemu rakan-rakan lamanya.

"Eh, eh... Lupa pula ada sayang. Ingatkan tak ikut tadi," balas Hud dengan nada mengusik sejurus memperlahankan langkahnya.

Nayla menjeling manja suaminya dan mencebik bibirnya sebelum memeluk lengan kiri Hud. Kalau tak peluk macam ni, laju sahaja langkah Hud meninggalkan dia di belakang.

"Sorry. Jom. Kawan-kawan abang dah tunggu tu."
Hud senyum seraya mencuit hidung Nayla. Nayla turut membalas senyuman Hud sambil mengangguk kepalanya.

Tiba di gelanggang mereka, Hud meletakkan begnya di atas sebuah bangku panjang dan terus menyapa rakan-rakannya, bertanya khabar.
Sesekali matanya meliar mencari sesuatu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now