CHAPTER 4

39 5 0
                                    

Aunty Lily. Dia bukanlah Mak Cik sebenar aku. Walaupun dia berstatus Mak Cik, tapi dia masih belum punya suami. Dia lebih suka digelar Aunty sebab umurnya juga dah mencecah 50 an. Dia baik dengan aku dah macam mak aku. Tapi ada kalanya dia mementingkan diri sendiri. Itu tak membuatkan aku sedih lagi. Dan sekarang aku kecewa sebab? Sebab dia putuskan nak berkahwin tanpa memberitahu aku terlebih dahulu. Majlisnya juga akan diadakan tiga hari lagi. Maknanya, dia dah prepare awal-awal!

" kenapa Aunty tak bagitau saya tentang ni? Sampai hati Aunty rahsiakan daripada saya?! Aunty tahu tak betapa kecewa saya bila dapat tau hal ni?! ". Marahku terhadapnya.

" Oh my god! MIA! Please calm down! Aunty tahu semuanya salah Aunty! Tapi Aunty terpaksa juga, nak. Maafkanlah Aunty! Aunty tahu... Aunty..- "

" apa?! Saya tak nak dengar lagi! Cukuplah! " aku lantas memotong ayat Aunty Lily tu. Mahu bergegas keluar dari rumahnya. Tapi laju tanganku ditarik olehnya.

" MIA! Dengar dulu penjelasan Aunty! Please! " aku duduk di sofa dengan terpaksa. Melihatkan ada lelaki di depanku. Ya dia lah bakal suami kepada Aunty aku. Nampak muda orang nya. Tak padan langsung! Aku menjeling.

" maaflah sebab huru-hara kan kamu. Tapi Aunty nak jelaskan sesuatu. Aunty dah tak boleh duduk dengan kamu lagi, Mia. Aunty nak merasa ada suami di sisi Aunty. Nak merasa jadi isteri. Nak merasa ada anak. Kalau dapatlah, hehe. Lagipun, kamu selalu busy kan sampai lupa Aunty kat rumah ni. Jadi.." aku terus membantah kata-kata itu,

" shut up, Aunty. Mia dah tak kisah apa Aunty nak buat. Mia pun malas nak ambil tahu semua benda tentang Aunty. Suka hati Aunty lah. Saya ingatkan yang Aunty boleh jaga saya sampai saya kahwin. Saya selalu ingat Aunty ni macam mak kandung. Tapi Aunty selalu selfish! Saya tak peduli lagi! " ujarku tegas. Aku menengking kerana sakit hatiku tak terkata.

Aku menyambung " sejak kecil lagi, saya tak pernah tahu siapa ibu bapa saya yang sebenar! Saya hidup dipenuhi dengan segala rahsia! Tapi tak ada sesiapa bagitau sehinggalah saya sendiri terpaksa berkorban deminya! Aunty cuba rasa macam saya? Ada Aunty rasa? Hidup tanpa ibu bapa. Walaupun saya ada harta, tapi saya tak nak semua tu! Saya nak hidup macam orang lain! Tapi sekarang ni, Aunty cadangkan nak kahwin. Dan Aunty sanggup tinggalkan saya seorangan! Aunty tahu tak betapa sunyinya saya?! Aunty tak pernah fikir!! " aku menangis. Akhirnya keluar air mataku di depan dua manusia. Tapi yang peliknya, kenapa lelaki tadi asyik diam? Tak nak pertahankan aku ke?

" saya cuma ada Elina. Elina saja kawan yang saya dapat. Orang lain? Betray saya! Hina saya sebab tak ada ibu bapa! Tapi ada Aunty pertahankan saya?! " kali ni tubuhku menggigil. Air mata deras mengalir. Aku tak dapat tahan lagi. Sampai tersengguk-sengguk bahuku akibat kesedihan yang teramat.

Aunty Lily mengusap lembut bahuku. Konon-konon nak tenangkan aku. Tapi aku menolak dengan kasar. " Aunty tahu. Aunty sayangkan kamu, Mia. Kamu cantik, kamu baik dengan Aunty. Kamu selalu jaga Aunty juga. Tapi Aunty minta maaf sangat-sangat, Mia. Tolonglah faham Aunty... Aunty juga hidup sunyi. Selama 50 tahun ni, Aunty tak ada suami "

" penting sangat ke ada suami?! Mana tahu kalau dia ni ada niat jahat?! " aku memandang ke arah bakal suami Aunty Lily dengan jelingan maut. Jelas nampak dahi lelaki itu berpeluh dan nervous. Dia tak mampu berkata apa-apa.

"MIA! Tak baik bersangka buruk dengan orang! Dia baik dengan Aunty! Kamu apa tahu?! Jangan sesuka hati salahkan orang lain! Dia tak bersalah! Salahkah Aunty saja! "

" oh?! Jadinya Aunty percayakan lelaki bodoh ni?! Aunty nak kena sapu ke?!! "

Terus ada orang duduk menghalang di antara kami.

" bawa bertenang, semua! Please! " Kata lelaki itu.

Kami bertiga duduk di sofa. Aku masih lagi menangis tersedu-sedan. Tapi mereka hanya buat tak tahu.

Usai saja perbincangan setelah dua jam lebih di sofa bersama dua idiots, aku berlalu pergi. Mataku bengkak dan merah. Aku sumpah tawar hati dengan Aunty aku sendiri. Sekarang ni, rumah itu menjadi hak aku dan di bawah nama aku sendiri. Harta lagi? Sampai bila aku nak terima harta daripada terima kasih sayang dan cinta? Aku mengeluh.

Sudah seminggu, aku duduk keseorangan di rumah agam aku sendiri. Aku sunyi. Tapi kadang-kadang aku ajak Elina tidur sekali. Sekali-sekala apa salahnya. Tak adalah sunyi sangat kalau ada kawan segila itu. Dan sekarang, Elina dah balik. Aku tinggal keseorangan lagi. Aku masih sedih. Teringat kelibat Aunty Lily lalu lalang di rumah ni. Jadi sangat sedih. Aku bosan. Aku perlukan seseorang untuk berborak,ketawa, sedih dan sebagainya. Tapi apa ada di depanku adalah harta harta dan harta saja. Kalaulah sofa ni boleh bercakap, kalaulah TV besar ni boleh bercakap, tak apalah juga kan?

Aku berjalan sekeliling rumah tu. Mengemas kalau ada habuk. Susun cantik-cantik macam yang aku nak. Susunan Aunty buruk. Jadi aku cuba perbaiki untuk jadi lebih menarik sejak ni dah menjadi rumah aku sendiri. Semasa mengemas, aku ada perasan satu bilik yang aku tak pernah masuk. Bila aku cuba buka, pintu terkunci. Aku musykil dan ingin tahu apa ada di dalamnya. Aku mengambil semua kunci di peti kunci dan cuba membuka dari semua kunci itu. Dah lebih 2 minit.

Dan akhirnya aku dapat buka. Terkejut. Sebab dalam tu ialah office Aunty aku. Dalam tu ada banyak fail dan dokumen. Ada rak besar dan banyak buku-buku. Aku membelek setiap yang tersebut. Dan ada yang aku buang kerana sudah berhabuk dan buruk. Tiba-tiba aku ternampak album gambar di satu sudut rak. Nampak tersorok. Aku dengan perasaan ingin tahu, terus mengambil dan membelek-belek album tersebut. Ada gambar aku sewaktu kecil hinggalah remaja. Tapi semuanya dengan Aunty.

Aku perasan sesuatu yang tak kena. Gambarku bekerja berkumpul bersama Elina dan seorang lelaki sewaktu remaja. Aku pelik. Siapa lelaki tu? Kepala tak nampak dia hanya tunduk. Jadi aku tak tahu siapa. Kenapa aku tak ingat semuanya semasa aku junior dulu? Ni ke penyebab stres teramat sampai memori lenyap? Aku rasa curious dan aku membelek lagi sehingga belakang. Yang ada cuma sekeping gambar tu saja. Aku kecewa. Aku tak dapat jumpa lagi siapa ibu bapa sebenar aku.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now