CHAPTER 42

14 4 0
                                    

PRANG!

BANG!

Aku terdengar bunyi seperti pasu besar jatuh berderai beserta dengan tembakan dahsyat di tingkat bawah. Automatik aku mula untuk bangun dari katil secepat mungkin. Akan tetapi, pergerakan aku menjadi sedikit terganggu kerana perut aku yang mula membesar.

Perlahan-lahan aku berjalan dan ingin mengintai dari tangga. Perasan takut menerpa. Apa yang akan terjadi ya? Janganlah ada apa-apa malapetaka yang berlaku sekarang ini! Aku mohon ketenangan kepadamu, ya Allah!

Terketar-ketar lutut ketika berjalan. Bukannya rasa seperti mahu terjatuh, tapi rasa takut yang amat. Aku baru teringat bahawa Ender dan Lycus berada di bawah. Janganlah mereka bergusti di situ. Kalau ada barang aku pecah, aku takkan teragak-agak suruh mereka ganti.

Tapi masalahnya aku terdengar bunyi tembakan. Aku cukup kenal bagaimana bunyinya. Hidupku memang penuh dengan bunyi-bunyian yang menakutkan, membesar dengan pistol di mana-mana.

Dan apabila melihat, benar sangkaan aku. Ruang tamu yang tadinya elok tersusun, dah menjadi seperti baru kena rompak. Pasu besar yang menghiasi setiap sudut ruang tamu jatuh berderai beserta bunga bertaburan.

Pintu utama terbuka luas. Aku tak nampak susuk Ender dan Lycus. Aku mulai risau. Mahu bergerak untuk melihat apa yang terjadi. Siapa yang ditembak? Aku harap sangat bukan Ender.

Aku mengintai di sebalik pintu utama, waktu malam sebegini memang perlu berjaga-jaga sikit. Di tangan aku juga sudah tersedia pisau untuk keselamatan. Akan aku gunakan kemahiran pertahankan diri yang Ender telah ajar hari itu. Tapi mampukah aku?

"Mia! Tolong jangan dekat! Jangan keluar! Duduk dalam rumah! Please!" Jerit Ender sambil itu, sempat menggenggam erat tanganku. Dia muncul dari arah belakang dapur.

"Abang! Mana Lycus..?" Mukaku muka mempamerkan reaksi cemas. Aku juga risaukan Lycus. Dia baik dan peramah. Aku anggap dia sebagai bodyguard aku juga.

Ender memberi isyarat supaya senyap. Aku turuti isyarat yang dibuat. Kami kemudian perlahan-lahan berjalan ke arah pagar. Aku tetap setia mengikut di belakang Ender. Lengan aku digenggam erat tak mahu dilepaskan.

Dari pagar, aku nampak ada susuk terbaring, dan satu lagi susuk sedang bergelut dengan susuk yang lain. Ada juga kereta Toyota Vellfire yang tiba di situ. Mata aku terbeliak melihat susuk yang terbaring. Orang tu...papa!

Aku lantas berlari ke arah papa. Perutku terasa senak. Aku hampir terjatuh saat ini. Ender sempat mengikut langkah aku dan mahu menghentikan aku. Aku terduduk di hadapan susuk badan papa yang sudah terbaring. Ada kesan tembakan di bahagian kiri perutnya. Darah yang mengalir deras serentak dengan air mata aku yang mengalir.

"Papa! Please open your eyes. Please don't leave me alone! I need you, I love you, Papa! Please be strong! Mia ada papa seorang saja! Tolonglah bertahan untuk kami!" Air mata laju menitik. Kepala papa aku pangku. Mata papa seperti mahu terkatup rapat dan aku sangat takut.

Ender mula menolong Lycus yang lelah melawan musuh itu. Mereka bergelut berdekatan kami. Masing-masing menunjukkan kehebatan pertahankan diri. Apa yang aku terkejut, musuh itu ialah Liam.

Liam.. setelah lama kau menghilang, akhirnya kau kembali. Kau mesti akan mati di sini juga. Papa takkan lepaskan tangan begitu saja.

"Mia..Papa berjaya tangkap Liam..dia akan tanggung semua kesalahannya nanti" Suara serak papa kedengaran. Mukanya menghasilkan senyuman segaris.

"Papa! Janganlah bercakap. Nanti darah semakin banyak mengalir!" Jeritku. Aku nampak papa tersengih lagi. Dia memegang kawasan tembakan itu dengan erat. Aku tahu itu pasti sakit sangat.

Papa batuk kuat sehingga ada darah terpercik keluar daripada mulutnya.

"Mia jangan risau ya? Ni bukan kali pertama papa kena tembak. Jangan risau"

Papa berdiri perlahan-lahan dan mahu menuju ke kereta Toyota Vellfire itu. Aku cepat-cepat menghalang. Walaupun badan papa tegap dan sihat, tak bermakna dia tak perlukan rawatan.

Belum sempat aku mahu menghalang papa, ada beberapa orang bodyguard papa keluar dengan tangkas. Sekali gus membuatkan aku hampir terjatuh akibat dilanggar oleh mereka. Mereka turut serta bergelut dengan Liam.

Apa yang aku tak faham, kenapa Liam susah untuk mati seperti Damian? Berkali-kali papa cuba untuk tewaskan dia, tapi dia masih gagah berdiri untuk membalas dendam. Ah, sudah-sudah lah dengan sikap kau yang tak matang tu. Serah saja diri kau pada polis!

Dalam diam, aku sudah membuat panggilan ambulans. Maafkan Mia, papa. Mia sayangkan papa. Mia nak papa terima rawatan dan rehat di ward. Mia tahu papa mesti takkan berhenti kerja walaupun sakit.

...

Aku setia menunggu papa yang sedang membuat pembedahan. Katanya, peluru agak dalam sehingga termasuk ke dalam buah pinggang papa. Jam menunjukkan pukul 5:46 am. Aku cukup penat. Sudahlah aku sedang mengandung. Aku harap aku akan baik-baik saja.

Aku duduk di kerusi yang disediakan. Kemudian tak lama selepas itu, Ender tiba dengan muka dan tangannya yang berbalut sedikit akibat cedera. Lantas aku berdiri dan memeluknya. Jujur aku rasa sangat jauh dengannya. Aku rindukan pelukannya.

"Mia bersabarlah ya? Abang janji papa mesti okey. Jangan stres banyak sangat. Kasihan anak kita nanti. Kasihan awak juga" Lembut suaranya. Mengelap air mata aku yang mengalir.

Aku penat dan mahukan rehat.

"Perjalanan kita masih panjang. Jangan putus asa. Mia harus kuat. Jangan menangis" ujarnya lagi. Mengusap kepala aku. Aku baring di pangkuannya. Tak peduli jika ada jururawat atau doktor yang melihat.

"Mia doa banyak-banyak semoga papa okey"

Aku angguk perlahan sambil tersedu-sedan.

Tak lama selepas itu, doktor keluar daripada bilik pembedahan. Katanya, buah pinggang kiri papa diganti dengan buah pinggang baru. Aku agak terkejut. Siapa yang dermakan pada papa?

Aku memandang Ender. Wajahnya dingin dalam masa yang sama, wajahnya menunjukkan dia juga tak percaya. Aku syak dia juga tak tahu siapa yang dermakan papa buah pinggang baru.

"Doktor, boleh saya tahu siapa pendermanya?" Laju aku menanyakan soalan.

Kami menuju ke bilik doktor. Beberapa helai kertas dikeluarkan. Identiti penderma dan beberapa surat yang wajib diisi terletak di atas meja. Aku membaca setiap satu.

Aku menekup mulut tak percaya. Penderma itu..kawan Ender sendiri. Kawan yang dianggap mentor oleh Ender, dianggap rakan untuk bergelut. Orang itu, Lycus Weylyn. Ender mengekalkan wajah tidak berperasaan dia itu. Padahal, matanya merah menahan air mata.

Lycus tak beritahu kami. Aku sangat berterima kasih kepadanya. Aku tak tahu bagaimana mahu membalas jasanya. Dari situ, terpancar perasaan sayangnya kepada papa.

"Macam mana dengan Lycus, doktor? Adakah dia.." Mulut aku terhenti. Tak mahu berkata apa-apa. Ender pasti akan bertambah sedih.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now