CHAPTER 12

33 5 0
                                    

Kedengaran bunyi satu tembakan di bilik. Aku terus menoleh ke arah Kyle. Terlihat dia sudah jatuh terjelepok sambil berlumuran dengan darah di bahagian lengannya.

" KYLE!! " jeritku. Aku berlari ke arahnya. Melihatkan dia terbaring, tak terdaya aku. Tangisan keluar deras.

" Kyle..! Please.... Jangan mati..jangan mati please keep your eyes open? Please Kyle...i can't lose you..! "

Kepalanya di pangku olehku. Dipeluk erat sekali. Lengannya aku sentuh. Supaya darahnya berhenti mengalir. Mataku dipandang dengan penuh kasih sayang.

" Kyle..? "

" Mia... " suaranya kedengaran tak terdaya.

Kemudian Liam menghalakan pistol ke arahku. Aku menggigil. Tangisku semakin kuat. Kenapa harus aku menangis di setiap masalah aku lalui? Kenapa aku selemah ini? Aku tekad untuk cuba gagah. Jangan keluarkan air mata lagi!

Aku tetap diam. Kepala Kyle yg dipangku olehku dipeluk erat lagi. Perlukah aku buka topengnya? Risau tak dapat bernafas pula. Tiba-tiba...

BANG!

Aku jatuh akhirnya. Lenganku juga ditembak. Sekali lagi Liam cuba menembakku. Dia menghalakan pistol ke arah kepalaku pula. Hampir ditekan pancu pistolnya, Kyle terlebih dahulu menyepak pistol tersebut. Terpelanting pistol itu dibuatnya. Kemudian Kyle cuba bangkit untuk belasah Liam habis-habisan. Aku hanya dapat menyaksikannya. Elina? Elina sudah ditembak di kepala.

...

Kejadian yang paling malang dihidupku. Aku kehilangan Elina yang menjadi satu-satunya kawanku. Air nata mengalir lagi. Tak berhenti. Pemergian Elina akan sentiasa aku hormati. Tak akan aku lupa segala kenangan bersamanya. Tak akan aku lupa kerenah nya. Ternyata itulah kali terakhir aku dapat bersamanya.

Semua turut simpati. Menghormati majlis pemergian Elina buat selama-lamanya. Kenapa bukan aku yang mati? Aku hampir juga mati tapi aku diselamatkan oleh Kyle. Aku tak tahu kenapa dia sanggup korbankan dirinya.

Aunty Lily memelukku erat. Memujuk dan memberikan kata-kata semangat. Tapi hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja. Aku dah tawar hati dengan Aunty Lily. Kehilangan orang tersayang akibat dibunuh oleh orang tersayang... sesuatu yang sukar dimaafkan!

Damian turut menghadiri majlis pemergian tersebut. Dia hanya jalankan tugas sebagai bakal suami. Konon nak jaga air muka, penampilan dan maruah, dia buat baik di depan semua orang. Ramah lagi mesra. Menyampah dan benciku terhadapnya mendadak.

Dan tak tahu bila akan berhenti.

Dipandang segala gambar kami bersama, bagaikan mimpi. Aku tak dapat rasakan ini semua realiti. Elina.. aku rindu kau. Kenapa kau yang mati? Kenapa bukan aku? Kenapa? Sedari tadi, mataku hanya dibanjiri air mata.

Malam itu juga, aku ke hospital untuk melawat Kyle. Aku risaukan keadaannya dan aku akan menemani dia hingga dia dapat keluar dari hospital. Muka aku muram. Kembali depressed macam dulu. Kehilangan seseorang yang paling dekat denganku. Bagaikan adik beradik. Aku masih tak dapat move on darinya.

Pintu dibuka. Kelihatan Kyle masih tidur di katil wad. Aku hanya datang secara diam. Dan meletakkan buah tangan di meja secara diam. Kemudian duduk di sofa yang disediakan. Jujur aku masih menangis. Hati masih terkenangkan kawan yang sudah pergi.

" i hear someone crying... Is it you, Mia? "

Tanpa sedar, aku menangis berbunyi. Aku lupa aku berada di hospital. Aku terus mengesat air mata dengan pantas. Dan memandang ke arah Kyle. Dia dan topeng memang tak berpisah! Stres dan geram aku melihatnya.

Aku hanya diam. Inilah kelemahanku. Aku tekad tak akan menangis. Tapi aku kalah juga akhirnya. Jarang orang melihat aku menangis tapi kali ni, Kyle menjadi saksi pertama aku. Pertama. Ya. Aku tak pernah menangis di depan sesiapa melainkan Aunty Lily. Malu pun ada tapi kalau dah sedih, tak hiraukan sesiapa di sekeliling.

Kyle berjalan ke arahku dan melabuhkan punggungnya di sebelahku. Melihatku dengan prihatin. Terus memelukku. Pelukan kasih sayang lagi? Aku tewas dan tangisan semakin deras. Sungguh aku sedih dan depressed.

Bahuku, belakangku dan kepalaku diusap lembut dengan tangannya yang berbalut. Dipeluk erat sekali hingga dapat kudengar degupannya, nafasnya. Baunya yang harum. Aura memikat. Terasa sangat selesa. Siapakah dia ni? Kenapa aku terasa sangat selesa?

" Elina... " ujarku sambil menangis. Serak suara akibat kesan menangis dengan jayanya.

" i'm sorry, Mia. I can't save her at the same time. I also sad, Mia. But you must stop crying. You have me now.. don't you worry, please. Don't cry, my dear "

ujarnya lembut. Suaranya garau tapi lembut. Maafkan aku. Aku tak mampu patuhi. Aku masih lagi mengeluarkan tangisan. Aku akan rindui setiap saat. Masih terbayang wajah Elina yang berseri di mimpi malamku. Lalu terjaga sehingga sesak nafas. Sesuatu yang buruk bagiku.

" kenapa bukan saya yang mati? Kenapa mesti dia? "

Badanku dipeluk dengan erat sekali.

" please don't say like that. Saya tak sanggup tengok awak mati. Saya tak mahu kehilangan awak. You're my soul. My everything. Tak dapat bayangkan dunia saya without you. It's dark,sad and empty. I'm glad you're safe here, honey "

Aku hanya diam. Lalu memandang nya dengan musykil.

" kalau awak sayang saya, awak mesti rela buat apa saja demi saya kan? " ujarku.

" Oh what is it? Jangan yang mengarut sudah lah "

Kemudian aku memegang topengnya secara lembut. Perlahan-lahan ditarik.

" Mia..! You...you can't do this " tangannya cuba menghalangku. Akan tetapi tanganku masih pegang topengnya dengan kuat.

" Please? Tolong jangan hide identity lagi. Saya nak tahu siapa awak yang sebenarnya. Saya..tak boleh tahan lagi "

Dahi sudah disaksikan. Ditarik lagi perlahan-lahan sehingga kening.

" Mia...I.. "

" shut up. I can't stand anymore "

Sampai di bahagian mata, matanya ditutup rapat. Reaksinya seakan-akan takut denganku. Ditarik lagi perlahan-lahan. Cukup lemah lembut. Namun lantas tanganku dicengkam dan dijauhi olehnya.

" Kyle. What is this? Saya kata saya nak tahu siapa awak itu saja. Boleh tolong bagi kerjasama? Saya stres ni. Jangan sampai jarum tu saya cucuk di mata ". Mukaku ketat. Marah tahap maksima!

" but promise me. Don't be shock. "

" i won't be shock. Hurry up "

Topeng dibuka. Muka tampan itu, cukup kukenal. Tak lain tak bukan, itu adalah dia. Matanya yang cantik, hidungnya mancung, mulutnya merah. Apa yang penting bau nya tetap menjadi aura pertama. Dia ialah

Ender Leonard. Tak salah tekaan aku selama ini.

" Ender..? But why..? Apa hubungan kita? Why? Kenapa? Kenapa awak buat semua ni? "

" Because i want to protect what's mine. I love you, Mia "

Mata terbuntang tak percaya.

" no Ender. I can't. Saya ada bakal suami. Saya hanya anggap awak CEO saya. Tak lebih dari itu "

Tubuhku terasa ditarik olehnya. Menghempssku ke katil hospital secara lembut. Terkejut reaksiku. Magnet mula bercantum. Tubuh dan mata kami kembali melekat. Jujur matanya sangat cantik. Sesiapa saja yang memandangnya, pasti akan jatuh cinta.

Jatuh cinta pandang pertama? Kelakar lah pula.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now