CHAPTER 8

32 3 0
                                    

Aunty Lily dihalau keluar olehku. Dan sekarang aku mahu bertenang selepas bertaruh tenaga dengan perempuan tak guna. Aku mencabut IV drip ku dan berlari keluar dari hospital dalam keadaan kaki yang sakit. Masa berbaki lagi dua hari sebelum aku dapat keluar. Tapi aku tak tahan lagi. Cepat-cepat aku cari grab car dan menaikinya. Terus menghantarku ke rumah aku sendiri walaupun aku sebenarnya diarahkan untuk tinggal dengan Kyle. Aku stres. Aku mahu menyendiri. Aku perlukan ruang untuk bertenang. Fikiranku bercelaru. Sesungguhnya badanku tenat dan tak cukup tenaga.

Terus merebahkan badanku ke katil. Lalu terlelap. Aku mahu masak akan tetapi tak punya tenaga untuk bangun. Kakiku mulai sakit macam hari tu. Tak terasa air mata jatuh. Aku keliru kenapa aku tak menangis sedangkan aku sedih yang teramat. Aku hanya mampu mengeluh dan mengeluh sepanjang masa.

Malam menjelma. Aku masih diatas katil bersama baju hospital yang tak ditukar lagi. Terasa mahu membersihkan diri. Rimas sangat. Perlahan-lahan aku cuba bangunkan badanku dan mengimbangi badan. Lalu terjelepok di lantai setelah dua langkah dibuka untuk ke bilik mandi. Aku mengeluh lagi. Aku hanya mengengsot untuk ke bilik mandi. Sekali pandang dah rupa hantu.

Kedengaran telefon aku berdering. Aku kembali ke katil dalam keadaan mengengsot lagi dan mengesek ikon hijau.

" hello..? "

" where are you, Mia?! Are you crazy?! Why?! Kenapa lari macam tu saja dari hospital?! Don't you think about your health?! You're still sick! Why?! Just why?! Gosh! I can't believe this woman! "

Ender memekik. Jelas dia marah padaku akibat bertindak sebegitu rupa. Tapi apakan daya? Kesabaran ada had.

" yes i know I'm stupid! But why do i care?! It's about me and my problem! Stop looking over me and just focus on your life! " jeritku melalui skrin telefon.

" no no Mia I can't leave you. Please tell me everything. Everything. I'll be good listener "

" saya tak perlukan bantuan sesiapa. Saya bukannya lemah sangat. Silakan pergi dari hidup saya! Saya tak perlukan awak. Tolong anggap macam kita tak pernah jumpa! " aku terus meletak.

Aku menyambung langkahku untuk ke bilik mandi. Tiba-tiba loceng rumahku berdering. Aku mengeluh lagi. Lambat-lambat aku menuju ke pintu utama. Pintu dikuak perlahan. Terus orang diluar itu menerpa masuk dengan laju dan menutup pintu.

Aku menjerit ketika orang itu mengendong ku.

" Mia. Tell me why? You need helps. You deserve my help " kata Ender dan membawaku ke sofa. Dia meletak aku perlahan. Gentle. Aku hanya diam setelah kami berbalah. Mood rosak seribu. Aku memandang lantai sedari tadi. Langsung tak memandang ke arah Ender seperti selalu.

" look at me, Mia. Please "

Aku masih tidak menghiraukannya.

" Mia Miciela " lembut namaku dipanggil olehnya. Tubuhnya mendekat. Dia duduk disebelah dan memandangku dengan prihatin.

" apa awak nak? " soalku tanpa memandang matanya. Kepalaku kekal melihat lantai yang lebih cantik.

Ender mengeluh.

" Jom. Let me send you to hospital again. Medical checkup. Doctor kata, awak ada masalah tekanan fikiran. You need treatment "

Aku diam lagi.

" Mia..? Do you hear me..? Jom. Nanti saya bawa awak jalan-jalan? " lenganku digenggam olehnya. Aku lantas menolak.

" saya kata tak nak. Tolong keluar "

Badanku mulai menggigil. Menahan marah.

" saya kata KELUAR!! keluar sekarang!! Jangan datang lagi!! " aku lantas bangun dan mengamuk. Mengambil beberapa barang di atas meja ruang tamu itu dan dibaling kuat olehku. Ender yang melihat terkejut dengan tindakan ganasku. Sungguh dia tak pernah saksikan!

Ender menuju kearahku dan memeluk erat seratnya. Bagai tak mahu lepaskan. Aku akhirnya tewas dengan pelukan kasih sayang dia. Aku terus menangis di bahunya. Tersedu-sedan. Tak dapat dikawal lagi. Diusap lembut kepalaku. Aku juga memeluk erat tubuhnya. Dan sekali lagi kami bagaikan magnet. Melekat antara satu sama lain.

" like what i said. I will never leave you alone "

Tangisku semakin kuat dan deras.

" saya...saya nak mandi.. " ujarku manja sambil tersedu-sedan. Ender mengendong dan membawaku ke bilik mandi.

" jom. Let me take care of you "
...

" kakinya mengalami sedikit retakan. Kami terpaksa buat rawatan secepat mungkin. Kamu terpaksa ditahan untuk beberapa hari lagi ". Kata Dr. Vicky.

Aku ditahan di wad untuk beberapa hari lagi. Memandangkan aku larikan diri itu hari, jadi Ender meletakkan bodyguard di bilik wad aku. Suasana hanya sunyi. Tak mengeluarkan sepatah dua kata langsung bodyguard ni. Sombong!

Aku hanya memerhatikan bodyguard tersebut. Berdiri bukan main tegak macam tengah jaga istana ratu Elizabeth! Berapalah agaknya Ender bayar dia ni? Serius betul. Nak jaga aku je pun bukannya raja! Aku bangun dari katil bersama IV drip ku untuk berjalan-jalan di sekitar hospital. Namun aku dihalang.

" excuse me, Miss. You can't go anywhere. Stay here ". Kata bodyguard tersebut padaku. Aku menjeling.

" saya nak keluar sekejap saja ambil angin segar. Di perkarangan hospital ni mana ada orang jahat! " Ujarku menyampah. Bodyguard tersebut geleng dan tangannya menghalang aku daripada keluar. Aku kembali duduk di atas katil, berlegar-legar di sekitar bilik. Merenung ke luar tingkap dan melihat suasana. Dapat bilik VIP memang best.

" Sorry Miss. I can't let you go walaupun tiada orang jahat "

Aku menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. Suka hati kau lah. Malas nak bertekak lagi. Kemudian aku merebahkan diri di atas katil. Kedengaran seseorang membuka pintu. Kelihatan bodyguard aku sedang berbual dengan seorang lelaki yang tak kukenali.

" maafkan saya, Mia ada di dalam? Izinkan saya masuk " kata lelaki tersebut. Selesai soal jawab, bodyguard tersebut memberikan laluan untuk masuk.

Lelaki itu duduk di kerusi sisi katil hospital. Aku berkerut. Siapa dia ni? Salah bilik ke? Aku tak kenal dia langsung. Lantas mataku memandang atas dan bawah. Judge.

" hai Mia. Saya rasa awak mesti kenal saya. Well, I'm here because your Aunty told me. Saya bakal suami awak, Damian. Saya ada bawakan buah tangan untuk awak. Dan beberapa cenderahati untuk buat awak bahagia " Damian senyum manis. Terus meletakkan barang tersebut di meja sisi katil. Aku hanya diam. Tak tahu nak kata apa.

" oh by the way, majlis perkahwinan kita akan berlangsung lima bulan lagi. Saya mesti tamatkan pengajian dulu. Saya harap awak boleh tunggu. Lagipun, kita dah lama kenal, kan? Nampak sangat kita berjodoh. Saya gembira dapat jumpa awak lagi di masa depan. Awak semakin cantik "

Aku diam lagi. Di fikiranku teringat akan gambar yang mempunyai seorang lelaki tidak cukup kukenal pasti.

" oh? Itu saja ke? Saya rasa kehadiran awak tak diundang walaupun Aunty saya izinkan. Sila pergi " ujarku kasar. Masih mengawal suara daripada menjerit. Tekanan fikiran tiba-tiba naik mendadak.

" why? Saya bakal suami awak mesti kena prihatin terhadap bakal isteri. Suami jahat je yang tinggalkan isteri dia bila sakit. Saya bukan orang macam tu, Mia " tegasnya. Mukanya berubah serius.

" Mia. Kita dah lama kenal. Dulu, saya ingatkan kita tak akan berjumpa lagi. Saya mungkin pernah sakitkan hati awak sebab saya ramai scandal. Tapi saya tak macam tu sekarang. Tolonglah terima saya. Saya janji akan jadi suami yang berguna untuk awak dan anak-anak kita nanti " mukanya senyum manis.

Aku hanya diam.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now