CHAPTER 13

28 4 0
                                    

Aku duduk menunggu bas di hentian bas. Walaupun aku sebenarnya boleh bawa kereta, tapi entah kenapa Aunty Lily tak benarkan. Geram juga rasanya tengok orang bawa kereta. Nak nak lagi yang mahal. Memang rambang mata. Rasa nak je bawak walaupun tiada lesen.

Agak leceh jugalah naik bas. Mesti kena siap awal kalau tak, mestilah kena tinggal. Nasib baiklah tempat kerja tak jauh sangat. Jalan kaki pun boleh sampai tapi, 15 minit lah. Tak larat aku dibuatnya. Mau mau pengsan kat tengah jalan!

Tiba saja di bangunan pekerjaan, aku terus masuk ke lif dan menuju ke tingkat 45 dimana terletaknya pejabatku bersama pekerja lain yang setaraf denganku. Aku berjalan menuju ke lif. Ada beberapa orang lelaki di situ. Entah kenapa rasa trauma. Teringatkan peristiwa semasa di Las Vegas. Peristiwa dimana menjadi sejarah gelap dalam hidupku buat selama-lamanya.

Setiap kali masuk lif, aku akan pastikan aku berseorangan atau dengan mana-mana orang asalkan bukan lelaki. Aku sanggup tunggu sehingga lif tiada orang. Jujur trauma mengubah hidupku!

Aku berjalan menuju ke meja kerjaku. Melihatkan meja kerja sebelahku kosong. Itu meja Elina. Daripada bersepah penuh dengan fail kerja dan hiasan, terus jadi kosong setelah kematiannya. Sedih di hatiku tak terbilang. Air mata seakan-akan mengalir namun tetap kuatkan diri. Diusap-usap meja itu dengan lembut. Rindu sentuhan Elina. Aku harap aku tak dinaikkan pangkat untuk pindah ke ofis pekerja paling atas. Aku mahu setia di sisi Elina walaupun dia sudah tiada.

Setelah itu, aku berjalan menuju ke ofis Ender. Terletak di tingkat paling atas. CEO mestilah ofisnya besar dan special. Aku mengetuk pintu namun tiada suara " get in " seperti biasa. Pelik. Dimana dia pergi? Nak tanya personal assistant nya, tiada juga. Cuti bersalin. Dia menghilang tanpa beritahu padaku.

" maaf. Awak tahu dimana perginya Encik Ender? Kenapa dia tak datang kerja hari ni? " tanyaku pada pekerja random di ofisnya.

" katanya Encik berada di Rusia sekarang. Tengah bercuti "

" berapa lama agaknya ya? "

" maybe in one month or 2 weeks? Tak sure juga. Dia kata lama " aku hanya angguk setelah itu pekerja tersebut berlalu pergi.

Telefonku dihidupkan. Cuba untuk call Ender. Namun tidak dijawab. Cuba lagi untuk kali kedua dan seterusnya juga tak dijawab. Mesej juga tak dibalas. Apalah dia buat agaknya? Takkan cuti boleh lupa aku kot? Atau merajuk dengan aku? Apa salah aku buat ya?

...

" hai sayang. Bakal isteriku yang cantik dan comel " kata Damian tersenyum gatal. Tanganku diusap olehnya.

Damian baru pulang dari universiti. Budak setaraf PHD pastinya pengajian lama untuk habis. Jauh dibandingkan dengan aku. Hanya mampu belajar hingga diploma saja. Teringin juga nak merasa sampai degree. Tapi ada halangan. Aunty Lily tak bagi aku untuk belajar jauh-jauh. Aku hanya turutkan saja. Katanya tak mahu berjauhan denganku buat masa lama. Tapi akhirnya aku diperdayakan. Alangkah bagusnya jika aku belajar sejauh Damian.

Aku hanya diam atas tindakan Damian. Selepas kejadian Liam dan aku, aku hanya melihat sejauh mana Damian mampu menipu aku dan Aunty Lily. Aku perlu berpura-pura untuk mencungkil kebenaran.

" nak apa? " ujarku tanpa perasaan.

" garangnya. Janganlah garang sangat. Tak sesuailah dengan muka awak yang cantik tu. Saya rindukan awak. Rasa dah lama tak jumpa. Tanpa sedar, kita dah nak kahwin kan? Tak sabar betul! Nanti bolehlah buat apa je saya nak " ujarnya sambil mengusap rerambutku. Sentuhannya mengingatkan aku pada Ender. Terus aku jauhkan tangannya daripada rerambutku.

" Ya saya juga tak sabar " aku senyum segaris. Kemudian tanganku diusap olehnya lagi.

" you..boleh tak malam ni I nak tidur kat rumah you? Rumah you besar. Cantik. Selesa nak tidur lama-lama " ujarnya selamba.

" no. Selagi kita tak kahwin, jangan harap saya akan bagi. Sekarang awak boleh balik. Saya penat ni lagipun dah lewat. Esok awak ada projek dengan lecturer kan? " aku tarik tanganku dan menyilangkan tangan. Geli dengan sentuhan kotor dia tu.

" alah.. malam ni je. Please? I kan bakal suami you " mukanya berubah. Membuat muka comel minta kasihan. Tapi bukan kasihan aku nak bagi, tapi penampar.

" kan dah kata tak boleh. Tak faham bahasa ke? " aku jeling. Rimas tak terkata. Nak je ikut Ender lari ke Rusia. Tak nak jumpa dia ni!

Muka Damian berubah serius. Segala perangai miang nya lenyap sekelip mata. Kemudian keretanya dihidupkan. Terus dia memandu keretanya masuk ke kawasan rumahku tanpa segan. Aku agak terkejut. Cuba untuk menghalaunya.

" hei! Apa awak buat ni?! Jangan parking sinilah! Pergi balik! " jeritku sambil mengetuk keretanya. Namun tak diendahkan. Dia mematikan kereta dan mengendongku masuk ke dalam rumah. Meronta-ronta tubuhku mencuba untuk elak. Namun semuanya sia-sia.

" apa awak buat ni?! Awak gila ke tak faham bahasa sekarang ni? Saya kata awak tak boleh tidur sini! " jeritku dengan penuh marah.

" i said i want to sleep here tonight. Please? Saya dah minta izin banyak kali dah tahu? " Dia sengih dan buat muka minta ditampar lagi. Tubuhku dirapati olehnya. Aku cuba mengelak lagi namun gagal.

" lagipun...kunci rumah saya hilang. Pintu tak dapat buka. Saya sedar saya ada bakal isteri yang ada rumah agam..jadi apa salahnya saya tidur sini malam ni kan? " dia sengih dan mengusap rerambutku lagi. Perangai miang itu muncul lagi.

" kenapa tak tumpang rumah Aunty Lily je? " Aku jeling.

" tak nak lah dengan perempuan tua tu. Dia ada suami. Nanti kacau pula. Lagipun saya ada bakal isteri.. tiba-tiba rindu sangat. Maklumlah hari tu dia pergi Las Vegas. Tak ajak pun saya. Sedih saya " tubuhku dirapati lagi. Muka Damian semakin dekat. Bibirnya menuju ke arahku. Tanpa ku sedari, mukanya ditampar laju.

" jangan memandai-mandai nak cium saya! Gelilah! " Ujarku. Terus aku berlari masuk ke bilik dan kunci pintu. Pintu kemudian diketuk ganas olehnya minta untuk dibuka. Dengan terpaksa, aku akhirnya buka dan kami tidur bersama di atas katil.

Sejam kemudian, aku tersedar tubuhku dipeluk olehnya. Perasaan rimas menerpa. Dengan sekelip mata, aku menolak tubuhnya sedikit kuat. Dia masih tidur dibuai mimpi.

" cis. Tidur dah lah berdengkur. Macam lembu. Muka je handsome tapi perangai macam syaitan " ujarku perlahan. Memandangnya dengan menyampah.

Kemudian, badannya perlahan-lahan aku menolak ke bawah hingga terjelepok. Dia masih tak sedar. Dasar tidur mati. Sekarang barulah rasa selesa sikit. Ruang katilku menjadi besar. Dan aku menyambung tidur dengan aman. Biarkan saja dia tidur atas lantai. Peduli apa?

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now