CHAPTER 41

15 5 0
                                    

Mendengarkan itu, cukup membuatkan hati aku terguris. Pasti sukar untuk Ender menghadapi semua itu. Akan tetapi, dia rela melalui onak dan duri demi menjaga aku.

Ender tekun memotong buah supaya dapat hidangkan kepada Lycus yang sedang duduk di ruang tamu menunggu makanan.

"Abang pandai masak?"

Pasti sukar dipercayai kalau Ender pandai masak. Ya lah, dia kan selalu sibuk dengan kerjanya hingga tiada masa untuk semua tu.

"Mestilah abang pandai. Abang rela belajar masak untuk isteri abang" ujarnya tersenyum bangga. Apapun, aku juga bangga dengannya.

Dia menghalakan sudu ke arahku. Menyuruh aku untuk rasa masakannya. Hasil masakan sup daging itu cukup sedap. Buatkan aku rasa seperti mahu menelan satu periuk.

Dan tiba-tiba, entah bagaimana aku terasa seperti mahu muntah sedangkan sup Ender masak sedap. Mual terasa, pening juga terasa. Seperti mahu tumbang. Nak kata aku tak cukup makan, tak pula. Tapi apa?

Dan aku tak dapat menahan rasa mual. Terus aku termuntah di sinki dapur. Melepaskan segala makanan semalam yang memasuki perut ku. Sekarang aku rasa seperti hendak baring aje. Tak larat untuk berdiri.

"MIA!" Jerit Ender terkejut. Bahu aku disentuh, belakang aku ditepuk supaya muntah keluar dengan jaya.

"Kenapa ni? Masakan abang tak sedap ke? Abang ada pakai bahan yang dah expired? Tapi abang dah periksa. Semuanya okey!" Muka Ender berkerut risau.

"Tak, bukan. Masakan abang sedap. Sangat! Percayalah! Tapi.. Mia tak tahu kenapa. Mia rasa mual. Tak sedap badan" ujarku.

Dahi aku disentuh. Badan aku pula diusap.

"Mia demam ni. Tak apalah, Mia pergi rehat. Biar abang uruskan semuanya ya?"

Aku angguk dan berlalu. Tapi sebelum tu, aku sempat bersihkan lantai dan beberapa tempat yang terkena tumpahan muntah aku sebentar tadi. Kemudian barulah aku berlalu pergi.

...

Jam menunjukkan pukul 7 lebih. Aku mahu solat maghrib tapi tetap tak larat untuk bangun. Aku memanggil Ender demi membantu aku bangun.

Perut terasa senak semacam. Tak selesa seperti selalu. Terasa berat dan lain. Apa terjadi? Aku ada penyakit ke? Tapi aku selalu jaga pemakanan aku. Aku mulai risau.

Usai saja urusan solat maghrib, aku memutuskan untuk baring kembali di katil. Ender pula masih luangkan masanya bersama Lycus setelah bantu aku dan solat tadi.

Dan..sekali lagi. Terasa ada yang menendang kawasan rahimku. Hatiku berdebar. Adakah aku..

Aku menyentuh bahagian rahimku. Menyentuh dan usap untuk beberapa kali dan benar. Aku dapat rasa ada yang menendang di dalam. Hatiku berdetak laju.

"Tak mungkin.." ujarku perlahan. Tak percaya sebegitu cepat.

Di tangga, aku intai Ender yang duduk di sofa. Sofa itu tidaklah terlalu jauh daripada tangga. Jadi, sesiapa yang duduk di situ, pasti akan nampak tangga. Sebaik saja Ender menoleh ke arahku, aku membuat isyarat supaya dia naik ke atas.

Aku menarik tangannya dan menuju ke bilik.

Aku mengarahkan supaya dia duduk di birai katil dan memejamkan mata, menadah tangan. Mata Ender ditutup rapat. Jelas nampak bahawa dia tak sabar-sabar dengan surprise yang bakal aku tunjukkan.

Pregnancy test yang aku pegang masih di tanganku. Teragak-agak untuk letak di atas tangan Ender. Aku sempat berdoa supaya dia bahagia. Menarik nafas dan turun, aku mula letakkan pregnancy test itu. Mata Ender dibuka.

"Mia.. are you serious? Right now? We have.. child? Mia.. I love you.." ujarnya ikhlas. Matanya berair sedikit. Pasti ini impian dia. Aku dapat tunaikan impian dia dan aku harap dia bahagia dengan rezeki Allah bagi.

Aku memeluknya erat. Dahi aku dicium. Perut aku diusap olehnya. Terpancar sinar dan cahaya di wajahnya. Bahagia dengan apa yang dia dapat. Aku juga bahagia.

"Abang rasa anak kita perempuan sebab perut Mia seakan bulat" katanya. Aku ketawa kecil.

"Ya lah tu. Apa abang nak namakan puteri kita nanti?" Aku berpaut pada lengannya. Tersenyum gembira.

"Maybe.. I'll put her name.. Mia Ellyssa? Is that pretty? She'll be pretty as her mommy and independent like her daddy.." Hidung aku dicuit. Aku tersengih lagi. Betullah apa dia kata tu. Anak kami pasti akan mewarisi sikap dan paras rupa kami. Apa yang penting, dia mesti jadi anak yang berguna satu hari nanti.

"Her name is very beautiful. Glad her daddy have idea for it" Aku peluk erat lagi. Aromanya memikat. Sangat memikat.

"Mia tak nak bagitahu papa ke yang papa dah ada cucu? Papa mesti gembira"

Mendengarkan itu, senyuman yang tadinya aku ukir, mulai pudar. Sebut saja tentang papa, aku rasa kecewa. Ya aku masih marahkan tindakan papa terhadap Ender. Tindakan yang menyakitkan mata dan hati aku.

Aku diam untuk seketika kemudian mulai baring. Ender pula baring di sebelah. Mahu ketahui lebih lanjut.

"Mia masih marahkan papa?" Suara Ender sedikit gugup.

Aku diam lagi. Memikirkan cara untuk berbaik atau tidak. Perlukah aku maafkan dia? Tapi dia papa aku. Apapun, aku mesti hormat dia. Tapi aku dah mula tawar hati. Wahai Mia, bukalah hatimu dan buang perasaan ego.

"Mia hanya kecewa. Masih kecewa dengan papa" Ujarku ringkas. Harapnya dia faham.

"Dia tipu Mia dan cederakan abang. Macam mana Mia nak maafkan dia semudah itu? Papa pun macam tak serius terhadap mama sangat"  Dingin suara aku. Makin bertambah kecewa dan sedih.

"I have solution. Walau apapun, Mia mesti maafkan papa. He'll regret what he do. He'll never repeat the old mistake. Trust me. Now, just try to forgive him, and face him. Talk about this. Ego hanya membunuh hubungan"

"Tapi, sukar untuk Mia terima-" Belum sempat aku tamatkan percakapan, Ender membantah.

"No, Mia. Please lower your ego and face him. He's your father. He also save you from danger. Remember, he send me to protect you. Without him, you won't met me. And maybe I don't know who are you. So please, do it for us. For our relationships, okay? Mia boleh buat kan? Abang tahu Mia boleh. InshaAllah "

Mendengarkan itu, aku turutkan saja. Berhenti menjadi degil dan turuti arahan suami sendiri. Memandangkan aku sedang bergaduh besar dengan papa.

"Eh Lycus kat tingkat bawah kan? Dia dah balik belum? Masih makan lagi ke? Dah lewat ni" Aku mengubah topik.

Ender lantas bangun dari perbaringan dan berlari ke tingkat bawah. Tika ini, tinggal aku seorang saja di tingkat atas, bilik tidur kami. Masih memikirkan strategi untuk aku menurunkan ego, memohon maaf pada papa.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now