CHAPTER 10

38 5 0
                                    

DING DONG!

Bunyi loceng pintu bilik. Aku malas untuk bangun. Maklumlah semalam tidur lambat. Balik ke hotel tengah malam. Jadi, pasti bangun pun lambat. Melihatkan jam sudah pukul 10 am. Aku membuka pintu secara perlahan-lahan.

" WHAT?! " Ujarku terkejut. Bukan aku je terkejut. Agaknya beruk kalau tengok pun terkejut dibuatnya!

" Kyle?! "

" Hello, Mia! "

Aku gosok kedua-dua mataku untuk memastikan ini bukan mimpi. Susuk tubuh itu cukup ku kenal bersama topengnya. Kenapa Kyle boleh sampai di Las Vegas? Oh ya aku lupa! Semalam aku beritahu dia bahawa aku sedang melancong! Tapi kenapa dia ikut sekali?

" what are you doing here? Kenapa ikut kami? "

" kebetulan saya pun rasa macam nak melancong. Apa salahnya saya ikut,kan? By the way I'm your closest friend, right Mia? "

Aku ternganga. Kedatangan yang sangat tak terduga. Aku fikir Damian akan datang tapi bukanlah dia. Malah lelaki yang tiada apa-apa denganku. Hanya sekadar kawan. Damian pula seorang yang mungkin orang lain fikir dia special bagiku kerana Damian bakal menjadi suamiku lima bulan lagi.

" can i join your trip? "

Ha sudah!

...

Kedua-dua kawanku duduk. Dan kami bertiga membuat satu bulatan bersama dengan satu buku nota dan sebatan pen.

" jom bincang apa nak buat di Las Vegas " aku mengeluh. Terpaksa tukar rancangan sebab ada makhluk tak diundang nak join. Aku menjeling ke arah Kyle. Rasa nak je tarik topeng dia tu sekarang. Tapi aku tak nak timbulkan apa-apa pergaduhan. Hadap jelah, wahai Mia!

Setelah 10 minit berbincang, boleh tahan seronok juga. Semua tempat yang kami bakal lawati hebat-hebat belaka. Tapi itu semua cadangan Kyle. Ada gunalah juga kalau lelaki ni turut serta.

" seriously kita nak bawa dia ni, Mia? Tak ke rasa pelik nanti. Semua orang mesti judge dia sebab muka dia bertopeng! "

ujar Elina. Muka Elina tak puas hati memandang lelaki tu. Banyak kali juga Elina paksa Kyle buka. Tapi nasibnya sama denganku. Badannya dicampak ke lantai. Kami berdua hanya pasrah saja. Salah satu sikap Kyle yang kami benci. Iaitu memakai topeng satu muka. Sekali pandang dah macam menghadiri persembahan orkestra.

" dah lah tu, Elina. Tak guna kau paksa dia. Kau tawarkan lah dia emas ke apa ke semata-mata nak suruh dia buka, dia takkan buka. Percayalah " aku mengemas segala barang yang bersepah.

" yelah yelah! Woi Mat topeng, kalau ada orang gelakkan kau jangan anggap kita orang ni kawan kau. Nanti dia orang gelakkan aku pula! " Elina ketawa di hujung kata. Membayangkan betapa ramai manusia akan gelakkan Kyle. Aku hanya layankan aje.

" Kyle, bilik kau kat mana "

Kyle terus memandang ke arahku. Boleh nampak matanya yang cantik dari topeng itu. Nampak sangat kacak walaupun tak buka topeng. Mata kami bagaikan magnet. Dia langsung tak pernah elak eye contact ketika berbual.

" my room is next to yours "

Okay! Faham! Boleh jadi juga. Sebab ini room yang mahal. Jarang orang duduk jadi senanglah dia nak book bilik bersebelahan. Aku hanya angguk. Kemudian kami bercadang untuk keluar setelah lunch.

Lokasi pertama kami untuk hari ini ialah The Mob Museum. Kami berjalan-jalan di sekitar terlebih dahulu. Ambil gambar macam biasa. Perempuan dan ambil gambar berpisah tiada! Kyle menjadi photographer tidak berbayar kami. Selepas puas bergambar di luar, kami masuk ke dalam. Perasaan teruja menerpa. Terus mengeluarkan handphone dan tangan laju mengambil gambar.

Aku melihat Kyle. Mencari susuk tubuhnya yang menghilang entah ke mana.

" Elina, kau nampak Kyle tak? "

" tak. Jangan tanya aku pasal Mat topeng tu. Kot kot dia kat tandas tengah melepaskan hajat? " Elina ketawa besar. Kemudian dia bersiar-siar di sekitar dalam muzium tersebut. Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahuku. Terkejut beruk dibuatnya. Semua mata memandang.

" Kyle! " jeritku. Terus memukul lengannya lembut.

" here. I bought you some dessert. Take it. I bet you like it "

Kyle memberikanku Cinnamon cake yang diletakkan di dalam kon seperti aiskrim. Berperisa caramel memang kegemaranku. Lalu di kek itu disiram kuah caramel yang meleleh ditambah dengan cream serta strawberi. Tengok saja dah nampak sedap. Kalau makan lagilah sedap!

Aku terus makan dengan lahap. Tak peduli orang sekeliling. Aku juga berterima kasih dekat Kyle. Macam tahu-tahu aku mengidam benda ni. Aku lihat saja mukanya disebalik topengnya itu. Alangkah bagus jika dia tanggalkan. Pasti kacak gila dengan reaksi muka yang mungkin membuatkan dia lebih kacak.

Kemudian tanganku ditarik olehnya. Tubuh kami mendekat. Jarinya menuju ke hujung mulutku dan mengusap baki-baki makanan yang comot.

" Your mouth dirty, Mia. Let me wipe it for you. Eat carefully " katanya.

Aku melihat ke arah matanya lagi. Seperti biasa, kami bagaikan magnet lagi. Seluruh rakyat di kawasan itu melihat. Ada yang terpegun. Ada yang judge hanya kerana Kyle memakai topeng. Aku pula yang rasa malu. Terus aku mencuba menolak tubuhnya. Tapi cengkamannya di pinggangku amat ketat. Malah didekatkan lagi jarak antara kami.

" Kyle! " jeritku.

" what, Mia? Are you embarrassed? Please don't be embarrassed. People don't know who is me. Just calm down okay? "Suara garaunya lembut. Tubuh kekal melekat.

" oh my god, Mia! Seriously?! " Elina terbuntang mata melihat kami. Terus aku tolak tubuh Kyle dengan kuat. Dia juga melepaskan cengkamannya di pinggangku dan jarak antara kami kembali normal.

" oh er..jangan salah faham! Tadi ada orang tertolak Kyle lepastu dia tiba-tiba melekat kat badan aku! Entahlah weh! " aku buat-buat muka tak bersalah. Malunya!

" seriously, Mia? Kau ada apa-apa ke dengan mat topeng ni? Bukan kau dah ada bakal suami ke? " Elina menjeling ke arah Kyle.

" Kan aku dah kata ada orang tolak dia lepastu entah macam mana dia boleh melekat kat badan aku! "

" ya ke? Aku nampak dia siap peluk kau lagi! Macam pasangan kekasih. Apa jadi kalau Damian nampak? " kali ni geram aku tahap maksima. Rasa nak je stapler mulut Elina. Kecoh!

Mata Kyle kelihatan sedih. Dia juga tak bersuara. Macam ada yang tak kena saja. Namun dibiarkan. Kami meneruskan sesi melancong.

...

" what? Mia pergi Las Vegas tanpa izin kamu?! " Aunty Lily terbangun dari sofa. Cawan di tangannya dilepaskan jatuh menjunam ke lantai.

" ya, Aunty. Maaf sebab Damian baru bagitahu. Damian tak jaga dia dengan baik. Dia larikan diri dari Damian  "

" Dia dengan siapa ke sana?! "

" Elina "

Muka Damian pucat lesi. Ketat. Dia memang takutkan Aunty Lily. Apa saja Aunty Lily suruh, dia akan buat. Jadi pak turut Aunty Lily.

" Berapa lama dia akan duduk sana? "

" seminggu, Aunty "

Aunty Lily mengusap rambutnya. Kemudian mengarah Damian untuk duduk di sofa. Membincangkan sesuatu yang penting.

 Membincangkan sesuatu yang penting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now