CHAPTER 23

22 5 0
                                    

" CONGRATULATIONS, MIA MICIELA!! "

Terkejut beruk aku dibuatnya. Lampu yang tadinya gelap kini sudah bertukar cerah. Di sekeliling ada ramai pekerja yang mengucapkan tahniah kepadaku. Di sekitar pejabat khas tersebut dihiasi dengan belon. Sekali lagi aku kata, birthday aku belum tiba. Jadi, ini apa?

Ender masuk sambil membawa kek yang mungkin harganya mahal. Tengok saja pun dah nampak sedap. Dia berjalan ke arahku sambil tersenyum tenang. Aku masih keliru namun hanya enjoy the scene.

"Congratulations, Mia Miciela. You're now my personal assistant. Personal assistant saya secara kekal"

"Ender.. ni semua.. rancangan awak ke?"

Ender sengih. Sudah pastinya.

Setelah aku meniup lilin dan majlis itu tamat. Semua pekerja diarahkan untuk kembali ke meja masing-masing menjalankan kerja seperti biasa. Aku pula dipindahkan ke dalam pejabat Ender. Pejabat Ender! Bukan luar pejabat!

"Since you're my PA, this is your seat. Kekal sampai bila-bila selagi awak masih kerja di sini. And, saya ada banyak peraturan. The most important thing is, kerja saya mesti lakukan dengan baik. Second, ikut saja ke mana saya pergi. Understood?"

Aku angguk.

"Ikut saja kat mana-mana? Kalau tandas pun kena ikut ke?" Aku blur. Mia Miciela kembali ke dunia blur nya.

"Are you sure? Tak takut ke? Kalau dengan saya takut nanti jadi lain pula"

"Jadi apa?" Soalku lagi. Blur lagi. Ender sengih semacam. Aku jujur tak faham.

"Oh my, why are you so silly? Kalau berani cubalah buat. Kita tengok apa akan jadi. Tapi nanti jangan menyesal ya?" Ender sengih seksi. Haa kali ni aku dah rasa meremang! Baru aku faham apa yang dimaksudkan. Lantas aku tepuk lengannya.

...

Aku berjalan menuju ke kereta untuk balik. Tapi sebelum tu macam nak singgah Starbucks. Rasa dah lama tak minum setelah berbulan-bulan lamanya. Sampai saja, aku menempah Pumpkin spice latte yang di dalamnya ada hot,ice and blended. Usai saja aku meluru ke satu meja yang tak berapa jauh denganku. Tiba-tiba-

BUK!

"Aduh!"

Aku mengerang kesakitan setelah melanggar salah seorang lelaki yang entah siapa. Tapi, bukan dia yang aku nak marah dan risau. Sekarang ni, air yang aku baru saja beli sudah jatuh dan tumpah! Tak sempat aku nak merasa. Rasa geram muncul di sudut hati.

"Oh maafkan saya! Awak okay ke?" Kata lelaki itu.

"Oh tak apa tentang langgar badan saya. Tapi air saya dah tentunya meninggal dunia" ujarku selamba tak menghiraukan langsung perasaan orang itu.

"Wait.. Mia Miciela?"

Alahai siapa lagi ni? Asyik-asyik orang aku tak kenal, mesti kenal aku. Entah apalah yang buatkan aku ni terkenal sangat?

"Siapa awak? Tak pernah nampak pun?" Kataku.

"Alahai tak ingat, ya? Sayalah Aidan"

Aku pelik lagi. Kemudian menganalisis rupa parasnya. Diperhatikan betul-betul supaya tak ada yang aku tertinggal. Jujur aku tak pernah berjumpa dengannya.

"Aidan? Macam pernah dengar nama tu. Tapi rasanya dah lama sangat kot? Saya pun tak pasti" ujarku sambil memerhatikan rupa parasnya tersebut.

Aidan ketawa hambar. Kemudian dia mengeluarkan handphone dan menawarkan aku gambarnya ketika dia kanak-kanak. Ketika itu, Aidan nampak gemuk dan tak bergaya. Aku terus terbeliak melihat rupa parasnya yang sekarang.

"Oh! Aidan! Saya ingat! Awak dulu yang selalu kena buli dan pindah sekolah tanpa pengetahuan saya kan? Oh my god! I can't believe awak masih sihat sekarang! Glow up teruk!" Ujarku dengan perasaan teruja. Siapa sangka? Kalau dah dimaki caci dan dihina kerana paras rupa, solusi terbaik adalah glow up. Ini kalau lembu tengok pun mesti terbeliak!

"Yes definitely! Saya tak sangka dapat jumpa awak sekarang. It's been a long time! How's your life recently? Sorry lah sebab pindah tak beritahu. Kecemasan" ujar Aidan tersenyum sengit.

"You also not bad. Awak masih cantik macam dulu. But now, terlebih cantik. Semua yang tengok mesti terpikat dengan awak. Especially your button nose" Aidan menambah. Muka aku terus memerah tanpa sangka.

"Eh tak adalah. Jangan puji saya terlebih sangat. Awak pun apa kurangnya? Handsome pun ya sekarang" tambahku pula.

"Alah salah ke nak puji kawan baik sendiri? Takdir menemukan kita,kan? Saya hampir menangis bila saya terpaksa pindah sekolah lain yang jauh. Dalam hati saya, saya mendoakan agar dapat jumpa awak lagi. Dan akhirnya kita berjumpa. Oh ya! Saya masih ingat perempuan bernama Elina! Mana dia sekarang? Saya ada benda nak cerita ni"

Mendengar saja nama Elina, aku terus tertunduk. Aku tak tahu nak cakap apa. Terkedu dan bisu. Mood seratus peratus hilang. Jujur aku rasa bersalah untuk beritahu hal yang terjadi. Agaknya, apa reaksi Aidan kalau aku bagitahu hal sebenar? Akankah air mata menitis atau..hati menjadi rapuh? Aku diam.

"Mia. Saya nak nombor Elina kalau ada. Sebab saya nak luahkan perasaan kepada dia. Saya dah lama suka dia" Aidan menambah. Kali ni, muka aku pucat lesi.

"Aidan..aku minta maaf sangat-sangat" suaraku bergetar. Air mata seakan-akan menitis tapi masih ditahan dengan bersungguh. Aku cuma mengharapkan bila aku beritahu, dia akan kekal kuat. Aidan yang aku tahu perwatakannya adalah dia seorang yang ceria. Happy go lucky. Aku harap dia akan terus hidup dengan ceria walaupun Elina tiada.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Mencari keyakinan dan keberanian untuk memberitahu hal sebenar. Perlahan-lahan bibirku bukan untuk berkata-kata. Aidan yang sedari tadi terdiam, membuatkan aku rasa bersalah jika sorokkan darinya.

"Aidan, saya harap awak faham dan kekal kuat. Sebab saya tak kuat. Jadi tolong kuat di pihak saya, jadi kita mesti sama-sama kuat, ya?" Air mataku menitis. Alamak. Aku gagal menyorokkan darinya! Sudahnya, aku tewas dan tersedu-sedan. Aidan memujukku supaya kekal tenang. Ditanya aku pelbagai soalan. Mengapa? Apa terjadi? Dan sebagainya.

"Aidan, Elina..dia dah tak ada. Dia dah tinggalkan kita berdua dan semua orang buat selamanya"

Aku nampak reaksi Aidan. Jelas nampak dia tak kuat. Mukanya berubah pucat lesi. Air matanya juga menitis seiring dengan aku. Kami berdua mempunyai rasa yang sama. Kehilangan orang yang tersayang.

"Elina mati ditembak. Dia ditembak di depan mata saya. Saya dapat lihat dengan jelas kesan darahnya, sasaran di kepala. Memang tak ada harapan untuk hidup lagi" tambahku.

Aidan masih di dunia sedihnya. Mukanya di baringkan di meja cafe Starbucks itu. Tak berkata walau sepatah pun. Tapi aku yakin dia dengar setiap perkataan yang aku sebut. Aku lantas memujuknya supaya bertenang. Mata yang merah dan hingusan yang keluar jelas nampak bahawa dia sangat sayangkan Elina.

"Elina!! I miss you!!" Jeritnya sambil menangis. Tak menghiraukan keadaan sekeliling.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now