CHAPTER 28

15 5 0
                                    

"So macam mana? Dia kasi ke saya pergi jenguk dia?" Tanyaku kepada Ender dengan perasaan ingin tahu. Ender yang masih menelefon Dato' Dr Mavis Miguel itu terhenti seketika.

"Wait. Tengah discuss"

Aku memuncungkan mulut. Dah sejam aku duduk di sini. Penat menunggu jawapan daripada bapa kandung aku yang satu tu. Apalah yang susah sangat? Dia tak rindukan anak kandung dia ni ke? Jumpa pun tak pernah. Rasa sedih menerpa.

Setelah beberapa minit selepas itu, kelihatan Ender mengelus nafas tanda stres dengan masalah yang dihadapi. Aku hanya mampu melihat saja. Tak tahu apa yang mereka rancangkan. Aku cuma berharap yang bapa aku tu memberi keizinan walaupun hanya sesaat.

"He said he's not in Russia. Maybe he go to somewhere to work for a while. Don't worry. Dia kata dia akan balik tak lama lagi" kata Ender serba salah.

"Apa ni? Mana boleh! Saya nak jumpa sekarang juga! Saya dah packing baju saya" rayuan aku kepadanya.

Ender geleng " you know what's my answer? It's NO. So kita tak boleh pergi sana kalau dia tak ada"

"Bila dia akan balik? Dia dah tetapkan tarikh?"

Ender diam seketika. Kemudian berbicara. " Nope. He don't said anything "

Aku pasrah. Lantaklah! Apa nak jadi,jadilah. Janji dia mesti tunaikan apa yang dia cakapkan.

"Boleh awak bagitahu ayah saya orangnya macam mana? Awak mesti dah jumpa dia banyak kali kan?" Aku menimbulkan pertanyaan untuk menghilangkan rasa bosan. Penting untuk aku tahu bagaimana karenah ayah sendiri. Barulah rasa dekat walaupun jauh.

"So basically, ayah awak seorang yang ternama. Dia ada satu grup Mafia untuk lindungi diri sendiri and upah sebanyak mungkin bodyguard supaya dia tak rasa terancam. So, bodyguard yang dia upah rela mati demi dia. It's because he always target to be killed by so many enemies. I'm not sure why he has so many enemies but orang kata dia pantang dicabar"

"Dia nampak saja jahat and garang dari segi penampilan. Most of people think dia adalah penjenayah. He hate police sebab sometimes polis tak menegakkan keadilan. He can go anywhere alone as long as ada bodyguard dia jaga. Bodyguard dia bukan calang-calang juga" Ender menambah. Nampak mukanya sedikit bangga. Aku mencebik. Hmph! Nak aku puji lah tu!

"See? Your dad is rare. He protect you and give you money. He is very rich person. Keturunan keluarga dia pun kaya. Miguel, nama tu dia dan keturunan dia saja boleh pegang" Tambah Ender lagi. Mataku terbeliak. Tak percaya betapa hebat ayahku yang satu itu. Tak sabar aku nak berjumpa dengannya nanti.

"Dia ada abang pada mulanya. Nama abang dia Henz Miguel. But sadly, dia mati ditembak. Ramai ahli keluarganya mati ditembak. And I don't know why. Dia rahsiakan daripada kami" Katanya. Wajahnya berubah sedikit sedih. Aku merapati tubuhnya.

"Macam mana dengan mak saya pula? Macam mana dia boleh berjumpa dan berkahwin?" Soalku lagi.

"I don't know about that, Mia. Maybe masa tu saya belum lahir lagi. I be his bodyguard since I was 19 and now I'm 25. Mungkin awak boleh tanya dia masa jumpa nanti" Ujarnya kemudian senyum senget.

...

"Er.. Aunty sihat?" Aku kembali ke hospital. Sudah sekian lama tak melawat Aunty Lily sejak kes yang terjadi dulu. Aku masih lagi berusaha untuk membuat Aunty ingat aku kembali.

Aunty Lily hanya diam. Dia baring sambil memandang syiling hospital yang entah cantik atau tak itu. Pertanyaan aku dibiarkan begitu saja tanpa jawapan. Aku memberikannya buah tangan dan sup buatan aku sendiri.

"Nah Aunty. Ni Mia ada buatkan sup dan sikit buah tangan. Kalau lapar, Mia boleh suapkan " aku mempelawa. Namun tak bergerak. Dia masih kejung di situ.

"Aunty, jangan macam ni. Aunty sakit. Kalau tak makan, nanti bertambah sakit macam mana? Nanti Mia juga yang risau tau" Aku cuba memujuk sebaik mungkin. Tapi sama saja.

Aku mula membuka penutup bekal itu dan aku mula untuk menyua sudu kepada mulut Aunty Lily. Tapi lantas saja ditepis membuatkan makanan itu jatuh berselerak di lantai. Pandangan bengisnya jelas kelihatan. Sekelip mata saja dia boleh memukul aku.

"Kau nak apa?! Pergi dari sini! Kau pembunuh! Kau bunuh Layla! Jangan buat baik dengan aku lagi! Pergi!" Jeritnya dengan kuat membuatkan jururawat datang menyelamatkan keadaan.

"Aunty! Saya tak bunuh sesiapa! Aunty mimpi Mia bunuh Layla semasa koma! Mia tak pernah nak pegang pisau untuk bunuh orang!"

"Penipu! Aku nampak dengan jelas! Jangan buat baik semata-mata nak aku maafkan kau! Pengkhianat!" Jerit Aunty Lily dengan lantang. Tak ingat langsung dia tu sakit kanser paru-paru tahap 2. Seketika dia mengurut dadanya yang sesak terasa. Aku tetap beranikan diri menghampiri.

"Percayakan Mia, Aunty! Ingatlah Mia ni siapa kepada Aunty! Pandanglah muka Mia lama-lama dan ingat balik memori kita bersama! I'm begging you!" Tangisan keluar dengan jayanya.

Aunty mengambil pasu bunga kecil yang berada di atas meja kecil tersebut kemudian diketuk kepadaku. Hasil ketukan membuatkan aku terasa pusing-pusing dan ada kesan darah yang mengalir di bahagian dahi kiri. Namun aku gagah berdiri.

"MIA!!" Kedengaran jeritan yang aku kenal dari belakang. Damian laju saja menggapai tubuhku yang hampir tersembam itu. Penglihatanku menjadi samar-samar. Terasa duniaku akan gelap tak lama lagi. Kedengaran namaku diseru oleh Damian supaya kekal membuka mata.

"Bagus! Mampus kau! Jangan hidup lagi atas muka bumi ni! Pembunuh dah bunuh orang sepatutnya mati dibunuh juga!" Aunty Lily tersenyum puas. Suka melihat keadaan yang berlaku sekarang.

"Dia ni dah tak siuman agaknya!" Jerit Damian. Aku sedaya upaya kekalkan mataku terbuka walaupun sakit terasa. Aku tak nak buat keadaan menjadi lebih tegang. Plus, dah serik asyik duduk ward.

"Damian, I rasa Aunty takkan ingat I siapa" nadaku menjadi lebih sedih kedengaran. Damian peluk aku dengan kuat sekali. Aku rasa pelik dengan keadaan yang berubah sekarang. Aku rasa dekat sangat dengan dia. Aku membiarkan saja dia memelukku.

"It's okay. I ada kat sini. Whatever happens, I'm always here. Sekarang kena rawat dulu luka kat kepala tu. Nampak sakit. Tak kena dengan muka cantik you"

Aku angguk. Damian mendukung aku dan berjalan mendapatkan rawatan untuk cuci luka. Kemudian kepala aku dibalut untuk beberapa hari. Ni kalau Ender nampak, habis aku ditanya macam-macam. Tap pasal-pasal kena cuti kerja lagi. Harap-harap gaji aku Ender tak potong. Haha.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now