CHAPTER 9

34 5 0
                                    

1 minggu kemudian.

Aku sudah sihat sepenuhnya dan sekarang masa untuk travel! Dipersiapkan barang-barang dan memperbetulkan pakaianku yang sedikit senget. Rambut disikat rapi dan meletakkan sedikit make up dimukaku. Trip to Las Vegas! Elina setia menunggu di luar rumah. Dia juga turut serta kerana bimbang aku akan diapa-apakan.

" Sorry, Elina! Aku lambat. Maklumlah bangun lambat lagi sebab malam tadi aku sibuk packing segala barang-barang aku " ujarku sambil menutup pintu dan menguncinya. Beg roda ditarik. Banyak betul beg macam sebulan nak travel!

" yelah kau. Kau memang macam ni. Macam aku tak kenal " Elina mencebik. Geram dengan sikapku yang tergopoh-gapah. Aku hanya tersengih kepadanya. Sengaja mengusik. Sekali-sekala sidai kawan sendiri apa salahnya kan?

" Rilekslah, Elina! Aku mintak maaf. Lagipun kita berdua nak travel sama-sama jadi janganlah cari pasal ya? Jangan sampai aku tinggal kau seorang diri kat Malaysia nanti! " aku ketawa. Rasa dah lama juga tak ketawa.

" jahatnya kau! Yelah! Aku maafkan kau kali ni! " Elina mendengus comel.

Kami dalam perjalanan ke Airport sambil menaiki grab car. Banyak sangat barang sampai tak muat. Terpaksa letak sikit di bahagian tengah kereta. Aku mendengus.

" ish kau dengan bantal lebah kau tu memang tak boleh berpisah ke apa? Nasib baik tak besar sangat! " aku menjeling ke arah bantal lebah comel milik Elina.

" mana boleh! Aku tak boleh tidur kalau bantal ni tak ada dengan aku. Kalau aku tak bawak bantal ni, jangan marah kalau aku tidur peluk kau " kata Elina sambil tersengih macam kerang busuk.

" euw kau ni! Gelilah aku. Menyesal aku tempah room sama dengan kau! " kemudian kami ketawa besar.

Kami tiba di Airport setelah setengah jam perjalanan. Mengangkut barang-barang dan menunggu masa untuk berlepas. Sekarang tengah cuti sekolah. Suasana agak bising dipenuhi makhluk.

" weh Mia. Kau pergi travel sesuka hati ni, bakal suami kau tahu tak? Kau dah minta izin dia ke? Kita ke Las Vegas bukannya ke Korea! Baik kau minta izin dulu. Mana tahu jadi apa-apa? " soal Elina. Aku pun hampir lupa akan kewujudan si Damian itu. Aku diam dan setelah itu aku bersuara.

" biarlah dia. Kau bayangkan kalau dia halang. Aku dah tempah tiket penerbangan tambah pula dah book hotel. Tak membazir ke? Lagipun dia bakal suami bukannya suami " ujarku selamba. Elina hanya angguk.

" eh tapi aku pula rasa bersalah. Sepatutnya dia pergi dengan kau. Bukan aku "

" kenapa pula? Biarlah. Aku nak luangkan masa dengan kawan baik aku. Lagipun aku belum cukup kenal dia lagi. Risau nak keluar dengan dia lagi-lagi pergi tempat jauh. Aku dah lah ada trust issues "

Elina angguk lagi. Tiba-tiba terserlah mukanya yang sengih macam kerang busuk. Ada makna la tu!

" habis kalau Ender ajak kau, kau nak pergi tak? " Elina tersengih-sengih lagi. Sengaja je dia nak usik aku ni! Jangan sampai rosak mood aku kat sini, ya!

" Jangan harap, dan jangan mimpilah! Tak ada maknanya aku nak jalan dengan lelaki! Bosan betul! " aku menunjukkan muka menyampah. Ada kang aku siku muka Elina ni. Sengaja cari pasal!

Sesi penerbangan bermula. Aku memilih untuk duduk sebelah tingkap. Sememangnya tempat kegemaran ramai. Nanti bolehlah ambil gambar permandangan di Las Vegas. Pasti cantik gila! Elina pula duduk di tengah-tengah. Dan sebelahnya adalah seorang lelaki luar negara. Muka Elina malu-malu kucing. Mentang-mentang lelaki tu kacak, berdarah Mat Salleh, terus gatal kawan aku yang seorang ini.

Rancak mereka berbual sampai kewujudan aku disebelahnya tidak dipedulikan. Aku hanya mengeluh dan membiarkan kawan sendiri di dunianya. Aku memandang ke luar tingkap menikmati sunset. Tiba-tiba telefon aku berdering. Kelihatan nama Kyle. Oh ya sudah lama aku tak ke rumahnya. Dia pun tak tahu apa jadi dengan aku kebelakangan ni. Pasti dia sunyi. Ikon hijau ditekan.

" hello, Kyle? Ada apa "

" where are you? It's been a long time. You know how lonely i am? "

Aku terdiam. Patut ke aku beritahu yang aku dalam perjalanan ke Las Vegas?

" Er...maaf. Saya sibuk sekarang ni. Lain kali saya janji saya datang teman awak " ujarku sambil mengetap bibir. Entah kenapa terasa lain. Aura seram itu menerpa.

" now be honest with me, where are you? Saya datang rumah awak, tiada orang. Tell me everything right now "

Aku mengetap bibir. Alamak..macam mana ni?

" saya... Saya dalam perjalanan ke Las Vegas.. " suaraku seakan-akan bergetar.

" what? Las Vegas? What are you doing there? Awak larikan diri? With who? " suara Kyle sedikit kuat.

" Saya...saya bersama kawan saya, Elina. Janganlah risau. Saya hanya perlukan masa untuk menenangkan fikiran dan kebebasan. Saya akan balik Malaysia setelah seminggu di sana "

Panggilan serta merta dimatikan. Pelik. Namun hanya membiarkan saja. Aku mengambil blindfold dan tidur dengan lena. Semoga hariku di Las Vegas berjalan seperti yang aku impikan!

...

Tamat juga penerbangan setelah sehari. Sakit satu badan akibat duduk lama di dalam flight. Namun keterujaanku membuatnya 100% hilang. Dah tak sakit lagi. Dengan semangat, mengangkut segala barang dan menuju ke hotel 5 bintang yang ditempah olehku.

Malam itu, aku menghabiskan masa untuk berjalan-jalan di sekitar hotel. Hanya berpakaian biasa saja. Hoodie hitam dan seluar slack. Elina juga berpakaian yang sama. Kami singgah di kedai yang terletak berdekatan dengan hotel. Kemudian kami lepak di sebuah cafe aesthetic yang terletak di situ juga.

Punggung dilabuhkan di kerusi. Setelah pesan makanan, kami berbual mesra. Kemudian telefonku berdering lagi. Aku mengeluh setelah itu terpaksa angkat.

" Mana awak sekarang ni? Saya datang rumah tak ada orang. Awak pergi mana sebenarnya? " ujar Damian. Kedengaran sedikit tegas.

" oh saya di Las Vegas tengah syokkan diri sendiri. Kenapa? " Selamba saja aku jawab. Sambil-sambil tu disaksikan oleh Elina. Dia hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.

" what?! Are you crazy? Awak gila ke? Kenapa pergi tanpa pengetahuan saya? Saya ni bakal suami awak tau. Apa-apa mesti kena minta izin saya! Sekarang ni, awak ada di Las Vegas. Jauh dengan Malaysia! " Damian memarahiku.

" kenapa? Saya tak ada guna duit awak pun. Lagipun awak hanya bakal suami. Bukannya suami betul "

" no no. Awak dengan siapa sekarang ni? Atau awak seorang diri? "

" saya dengan kawan saya. Saya tahulah nak jaga diri. Saya bukannya budak-budak lagi. Dah jangan cakap lagi. Saya tak nak bazir masa saya dengan orang yang tak faham saya ". Aku letak. Muka aku daripada ceria terus ketat. Baru je sampai di Las Vegas. Tak mulakan hari dengan betul lagi, ada makhluk yang rosakkan mood.

Tadi Kyle yang telefon. Ditanya dimana aku. Sekarang ni si Damian pula? Aku cuma harap tiada siapa tahu aku dimana. Tapi lantas saja ada yang mahu tahu. Aku mengeluh lagi. Nampaknya plan aku untuk larikan diri buat masa yang singkat sudah terbatal di hari pertama!

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now