CHAPTER 21

23 5 0
                                    

Ender memandang serius.

" we should kill Liam now. I know where his location. Dia duduk berdekatan dengan Las Vegas city "

Aku tersedak. Biar betul dia ni? Bunuh? Waktu-waktu melancong dengan pekerja lain? Gila ke apa?

" wait, are you serious? Right now? On our trip with employees? " ujarku.

" yes. I hate him so much. He also killed Elina. Kenapa awak masih berdiam diri? Awak dianiaya, Mia "

" ya saya memang teraniaya. Saya dah nekad tak nak datang Las Vegas lagi. Tapi tengoklah apa awak buat. Awak yang cadangkan tempat ni. Dan saya terpaksa pergi sebab Aria suruh! " marahku. Rasa nak je baling meja bulat ni dari atap hotel. Aku sebenarnya geram. Tak mahu ke sini lagi. Salah satu tempat menjadi tanda merah di peta dunia bagiku. Las Vegas menjadi tempat dimana terletaknya trauma terbesar aku.

"Saya tak pernah tahu apa tujuan awak yang sebenarnya. Mula-mula kita tak kenal langsung. Level saya rendah dibandingkan dengan awak. Walaupun saya kaya, tapi awak CEO syarikat dan saya hanya pekerja biasa. Tapi apa tujuan awak sekarang? Kenapa perlu awak berlakon jadi Kyle untuk saya? Tak perlu ke awak jelaskan semuanya?". Kali ni aku bagaikan mahu menangis.

" dulu pun, awak tinggal saya. Awak lari ke Rusia. Lama sangat. 7 bulan. Langsung tak balas mesej dan panggilan. Kenapa? Takkanlah sampai lupa saya kot?! ". Kali ni air mata menitis. Tak dapat ditahan lagi.

Ender diam. Hanya menyaksikan persembahan air mataku.

" Saya...tak boleh. Saya tak boleh bagitahu awak kenapa. I'm so sorry, Mia. Sebenarnya... "  Ender diam seketika. Perasaan berbelah bahagi. Tak tahu nak beritahu atau tak perkara yang sebenarnya.

" Tell me everything!" Jeritku. Tak apa. Jerit atas atap ni, tak ada siapa akan dengar.

" I do this disebabkan ayah awak. Dia ada di Rusia. Dia uruskan syarikat sama dengan saya. Mulanya, kami hanya bertemu untuk membincangkan perkara tentang syarikat. Dan dia sarankan saya untuk jaga awak. Sebab dia tahu, awak hidup dalam kesusahan. He cannot come to Malaysia. The risk is very high " jelas Ender.

Aku terbeliak. Tak sangka. Aku... Ada bapa. Bapa kandung? Atau angkat? Bapa yang ambil berat tentang aku dan keselamatan aku. Aku rasa terharu. Macam nak pergi Rusia dan jumpa dia sekarang.

"I'm sorry, Ender. Saya tak dapat tahan lagi. Selama 23 tahun hidup, saya teraniaya. Saya nak jumpa dia boleh? "

"No. Not now, Mia. Risiko besar. Sekarang ni, ayah awak suruh saya untuk bunuh Liam. Dia tahu Elina terbunuh disebabkan dia. I must obey him. Dia pun bayar saya sebagai bodyguard awak. Bukan bermaksud saya nak duit dia semata-mata, tapi.. saya sebenarnya rela buat lebih dari jaga awak saja. To be honest " Ender pandang aku. Pandangan kasih sayang. Matanya yang tenang seperti laut, membuatkan aku tenggelam. Terharu seketika.

"Still remember when you get kidnapped? The person is Liam "

Aku hanya mampu diam diri. Aku pun dapat rasakan itu dia. Firasat aku mengatakan benda yang sama. Akhirnya, kebenaran telah dijelaskan. Memang orang itu, Liam.

"So.. bila kita nak jalankan misi Liam? Saya tak tahan lagi. Rasa geram nak balas dendam "

...

Pagi di Las Vegas yang cantik, semua pekerja diberikan jadual sebagai rujukan untuk melancong diketuai oleh Haelyn. Haelyn akan menguruskan segalanya dan menjadi ketua pelancong untuk para pekerja lain yang tak pernah menjejakkan kaki ke Las Vegas. Manakala aku dan Ender melakukan misi yang kami janjikan. Semua pekerja akan balik malam. Jadi, aku perlu gunakan masa sehabis baik sebelum tibanya malam.

Aku menaiki kereta khas dipandu oleh Ender. Kereta serba hitam. Meluncur laju di bandar Las Vegas. Kami bergerak ke hotel yang kami pernah bermalam. Seperti yang Ender kata, Liam duduk berdekatan dengan hotel tersebut. Kami berjalan menyusuri jalan yang terbiar. Kawasan yang sunyi sepi tiada manusia. Aku memandang Ender.

" seriously here? Dia duduk kawasan ni? Tapi mana ada perumahan kat sini" aku melihat sekeliling. Memang tak ada kawasan perumahan langsung. Yang ada hanya bukit-bukit dan beberapa bangunan serta kedai bercawangan di situ.

Ender melihat jam tangan canggihnya. "Yes, Mia. The location said it's here. Just follow me. Belum sampai lagi". Tanganku ditarik olehnya. Digenggam erat untuk keselesaan. Entah kenapa rasa berdebar. Takut Ender ditembak lagi macam dulu.

Berjalan menyusuri beberapa kedai terbiar yang dah lama bankrup. Kami tiba di satu kedai terbiar yang besar. Ada dua tingkat. Di bawah ialah kedai manakala atasnya seperi hostel. Ender diam. Tindakannya pegun.

"Kenapa, Ender? Awak takut ke?" Tanyaku.

"Shhh. Don't talk too loud. Kawasan ni senyap sunyi. Bila-bila masa je orang boleh dengar setiap percakapan dan perbuatan kita. We should be more careful. Remember, ni bukan negara kita. Whatever happens, we have to find our best solution to escape. Just follow my rule. Jangan bertindak sebarangan. Got it?" Jelas Ender secara bisik. Ringkas dan padat. Aku angguk faham.

Pintu dikuak perlahan. Pintu lama. Entah dari zaman bila pun tak tahu. Bila buka, binti besinya yang berkarat menjadikan ia sedikit bising. Aku hanya mampu ketap bibir. Tindakan Ender sudah cukup cermat lagi selamat. Menaiki tangga kecil yang menghubungkan dengan hostel tersebut. Apabila tiba, agak terkejut juga. Pintu seakan mewah. Pasti dalamnya mewah. Boleh tahan juga Liam ni. Demi kekal menjaga identiti, dia pandai mengelirukan semua orang.

" Saya takutlah, Ender. Nak balik " ujarku perlahan. Memegang hujung baju Ender.

"Shh. Don't worry. I'm here,okay? Apa-apa jadi, kita dah janji nak tolong sama-sama"

Aku diam lagi. Badan kekal pegun. Tak nak masuk hostel tu. Ender mengeluarkan topengnya. Seperti biasa, menyorokkan identitinya juga.

" Alright. So now, don't call me Ender. Anggap saya Kyle. Kyle yang awak kenal. Remember okay? Fokus dan don't be careless ". Aku angguk lagi. Faham dengan apa yang dimaksudkan. Dia pasti tak nak Liam cam dia disebabkan Liam pernah nampak muka dia, maka Ender menjadi Kyle untuk menyamar.

"Here. Wear this too" dia memberikan aku topeng juga. Topeng masquerade yang serba hitam. Ketat dipakai. Ia bukannya diperbuat daripada kertas atau kotak. Tapi besi yang ringan dan kuat. Anti pecah dan kemek.

"Kita kena ambil hati dia dulu. Jangan terus terkam sebab nanti kantoi. Don't worry. I'll handle everything. Lepas kita berjaya, saya akan serahkan dia pada pihak polis ". Ender sudah mula membuka tombol pintu secara perlahan-lahan. Diintai penuh berhati-hati dari luar. Aku juga sama. Dapat aku lihat Liam dan orang-orangnya berparti sendiri.

"Let's go"

Kaki aku pegun. Tak dapat bergerak.

"Saya takut..."

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now