CHAPTER 25

21 5 0
                                    

Dan hari berjalan seperti biasa. Yang aku rasa cuma tiada. Perasaan sedih,teruja dan sebagainya sekali gus lenyap daripada diriku. Aunty Lily didapati mengalami kanser paru-paru tahap 2 dan masalah ingatan. Dia tak ingat aku dan sesiapa sahaja di sekelilingnya. Malah dilayan aku dengan teruk sekali bagaikan aku ni tak dikenali olehnya langsung.

Kata doktor, Aunty Lily mengalami mimpi buruk ketika dia koma dan di mimpi tu, aku orang yang bunuh saudara kesayangannya. Bunyi macam sangat mustahil tapi itu hanyalah mimpi dan sebab itulah dia bencikan aku sangat. Aku sedang berfikir macam mana untuk aku kembalikan salah faham kepada kenyataan.

Aku putuskan untuk jauhi diri aku daripada Aunty Lily sehingga dia pulih sepenuhnya. Aku harap penyakit kanser dia tu cepat pulih sepenuhnya. Sekarang baru aku sedar betapa aku perlukan kasih sayangnya. Tapi dalam masa yang sama, rasa tak sedap hati muncul. Mungkin ada udang di sebalik batu berkenaan isu ini.

Suami Aunty Lily menghilangkan diri. Dah sebulan dia tak muncul aku juga syak dia memang dah lenyap untuk selamanya. Sebagai seorang suami, dia sepatutnya jalankan tanggungjawab dan hadapi cabaran bukannya lari dari masalah! Aku rasa tak puas hati. Siaplah dia kalau aku jumpa. Memang kasi kesedaran terus!

" Aunty Lily masih tak ingat saya siapa. Dia rasa saya musuh terbesar dalam hidup dia" aduan aku kepada Damian. Masa ni lah masa yang terbaik untuk gunakan dia.

Dia merapati tubuhku dan menyentuh bahu tanda menenangkan aku. Aku pula membiarkan saja. Teruskan dengan lakonan sebagai isteri. Untuk sementara waktu saja.

"It's okay. I ada kat sini. I akan tolong you pulihkan ingatan Aunty kita. I percaya yang Aunty boleh ingat balik you siapa. Just take time" ujarnya lembut.

Entah kenapa rasa tersentuh hati dengan apa yang dia kata. Mia! Janganlah tersentuh! Ingatlah ni sekadar berlakon saja. Tak ada maknanya aku akan suka dia!

Aku angguk.

"You. Kita tak pernah date kan? You asyik sibuk je. I pun sama. Apa kata kita pergi date memandangkan kita berdua tengah cuti?" Tanya Damian penuh mesra. Aku hanya terkaku dan memikirkan jawapan.

Aku angguk. Sekali-sekala hilangkan bosan keluar dengan suami sementara sendiri.

"Okay. Pergilah bersiap. Jangan lama-lama" ujarnya kemudian senyum kelat.

Kami hanya keluar menonton wayang. Selama satu jam lebih tu, cerita yang Damian pilih memang membosankan. Komedi bukannya pilihan terbaik untuk aku. Aku hanya tidur sepanjang wayang ditayangkan. Tak peduli apa yang Damian nak kata.

Kemudian kami pergi ke fun fair pula. Alang-alang ada fun fair baru siap, aku ikut saja kehendak Damian. Seumur hidup aku, aku tak pernah layan hiburan seperti ini. Dalam hati terdetik rasa sayang kepadanya. Namun cepat-cepat aku padam. Dia berikan aku macam-macam hadiah yang dia main di fun fair. Penuh tanganku menjinjit satu per satu beg kertas dan anak patung hasil permainannya. Kemudian aku ternampak susuk tubuh yang aku kenal.

Ender dan seorang perempuan seksi. Mungkin perempuan tu orang Cina. Cantik juga kalau lihat dari jauh apalagi dekat. Secara tak sedar, timbul rasa cemburu di sudut hati. Nak tahu apa yang dia orang buat. Dating? Mungkin sebab ini kan fun fair. Kawan? Mungkin juga. Segala tanggapan aku dapat aku rasa ada kemungkinan.

Dari jauh aku memerhati sementara Damian tengah syok main dengan permainan yang tersedia di situ. Mata dibesarkan supaya dapat lihat dengan jelas. Kelihatan perempuan tu berpaut pada bahu Ender dengan mesranya sambil senyum bahagia. Cis! Geram pula aku melihatnya. Kemudian mereka berlalu pergi. Aku senyap-senyap mengekori mereka.

Jauh berjalan. Ke mana Ender bawa perempuan ni? Agak musykil! Aku teruskan penyiasatan sampai ke tandas pun aku intai. Tak kira siapa yang memandang. Usai saja perempuan Cina tu keluar dari tandas, kelihatan Ender membawanya ke tempat sunyi dan gelap. Ha sudah. Ada apa ni? Lain macam saja! Namun aku terus mengorak langkah. Bersemangat stalk orang.

Mereka duduk di satu kerusi yang agak usang. Waktu malam sebegini memang seram kalau lihat. Aku pula di semak samun. Tak kira kalau ada ular ke apa yang penting mesti teruskan misi sebagai penyiasat! Mereka duduk bersebelahan sambil perempuan Cina tu baring di peha Ender. Ish! Sakit mata pula.

Mereka kelihatan sangat mesra. Mungkin ya perempuan tu kekasih Ender. Nampak saja pun dah macam serasi. Macam suami isteri pun ada. Rasa dada ni berhenti buat seketika. Sebak dan berat terasa. Namun dikuatkan dan tegar melihat gerak geri mereka. Tiba-tiba..

BUNYI PISAU! aku terdengar bunyi pisau! Aku terus mengintai. Terkejut dan tak percaya yang Ender dah bunuh perempuan tu di depan mata aku saja. Aku mengetap bibir melihat mayat dipenuhi darah di bahagian perut dan leher. Lehernya dikelar sekali gus tak dapat berkata apa-apa. Macam mana aku nak lari ni? Aku kekal diam di semak samun. Nafasku naik turun akibat terkejut dengan apa yang terjadi di depan mata sendiri.

Setelah itu, kelibat Ender dah tak kelihatan. Aku keluar secara senyap dari semak. Memastikan tiada sesiapa terutama Ender. Rasa seperti terancam. Aku berjalan ke arah kerusi tadi. Jadi bersih dan berkilau macam baru. Nampak sangat kesan darah dan mayat diangkut ke tempat lain. Aku terus lari ke tempat asal. Mencari Damian yang entah ke mana. Dah lah fun fair ni besar, dipenuhi dengan makhluk.

"Sayang! Mana you pergi? Dah setengah jam I cari you!" Marah Damian padaku. Aku tercungap-cungap.

"I nak balik! Please hantar I balik!" Ujarku cemas.

...

Aku trauma dengan apa yang aku nampak di mata sendiri. Aku putuskan untuk tak pergi kerja. Sudahlah aku PA si Ender, lepas tu kena bersemuka dengan dia sepanjang masa. Memang tak lah aku nak pergi kerja lepas kejadian tu! Aku hanya duduk di rumah dan kunci semua pintu. CCTV dipasang.

Telefon berdering. Aku tahu itu siapa. Memang tertera nama Ender dan aku tahu kenapa dia call aku. Sengaja aku matikan bunyi dan membiarkan ia berdering. Hampir kali ke 10 berdering, aku tetap abaikan. Aku setia duduk di hadapan skrin tayangan CCTV. Seluruh pelusuk rumah aku memang dah terpasang untuk keselamatan.

Kelihatan ada kereta limosin hitam di depan pagar. Dan keluar lelaki bersuit hitam penuh bergaya, gaya rambut middle part nya seperti biasa. Berdiri tegak di hadapan pintu. Loceng ditekan untuk beberapa kali. Aku kekal diam dan hanya memerhatikan gerak geri. Kemudian dia telefon aku sekali lagi dan berdering di sebelah aku. Aku hanya mengabaikan. Dia kekal di situ tak berlalu pergi!

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now