CHAPTER 32

15 5 0
                                    

"Saya.."

"Saya.."

Kami bercakap serentak. Serentak itulah kami ber eh eh sesama sendiri. Ha.. siapa nak cakap dulu ni? Aku berdehem. Rasa awkward menerpa. Kenapa aku rasa janggal sangat hari ni? Padahal aku rapat dengan dia kut?

"Awak tanya dululah. Awak yang nak tanya tadi" ujarku.

"Tak apalah. Awak mula dulu. Awak yang cakap saya dulu tadi" Ender pula membantah. Alahai dia ni. Macam tahu-tahu je aku tengah rasa lain. Aku berdehem seketika.

"Saya dapat surat beranak mama. Saya dapat tahu mama agama Islam. Jadi, saya convert from Atheist to Islam. I fell in love with this religion. Hidup saya rasa aman sejak saya masuk Islam" kataku penuh kejujuran. Ya kehidupan aku berubah seratus peratus. Selama ni, aku banyak depresi dan selalu menangis.

"Saya kecewa dan sedih dengan Aunty Lily. Kenapa dia tak beritahu saya? Selama 23 tahun, saya Atheist. Saya sepatutnya memeluk Islam sejak lahir. Saya kecewa" nadaku kini berubah sedih.

"I'm proud of you. Tak sangka awak dapat kebenaran sekali lagi. Ada guna juga selongkar bilik tu"

Mata Ender tak lekang daripada melihat aku. Matanya seperti berkata-kata sama ada kagum atau tidak. Aku sedih. Aku tahu Ender bukan orang Islam. Aku tahu apa yang dia fikirkan. Tapi itu bukan alasan untuk aku berputus asa. Aku percaya mama mesti bangga dengan perubahan aku.

"Ender. Papa saya..dia Islam juga ke?" Aku mulakan pertanyaan. Yang tadinya dia yang nak tanya, tapi bertukar pada aku pula.

Ender diam. Angin aku tak baik. Rasa macam nak lempang mamat ni sekarang. Aku tanya soalan penting kut? Janganlah diam saja!

"Ender! I asked you about something important! Don't ignore me!" Suara berubah tinggi.

"I'm sorry, Mia. I don't know anything about your dad. Please. I be honest, I don't know anything. Everything about his identity, I don't know. At all"

Nafasku naik turun menahan marah. Sabar, Mia! Aku tahu ni satu ujian. Aku harus tempuhi meskipun sakit untuk terima. Jangan menangis lagi. Tolonglah! Aku memujuk hatiku supaya bertenang.

"What? Are you kidding me? Serious? In this kind of situation? Ender.. tell me please. I'm curious. Takkanlah dia tak bagitau langsung tentang diri dia kat bodyguard dia kut? Jangan fikir saya bengap sangatlah!"

Dia diam. Ha.. kali ni memang aku dah menyirap. Aku bergegas ke bilik. Tindakan aku itu membuatkan Ender menjerit namaku. Dia tahu apa aku nak buat. Ya. Aku ambil segala bagasi aku dan aku mahu bergegas ke Airport. Pergi Rusia.

"Wait! Mia! Stop now!" Jerit Ender. Berlari ke arahku.

Aku mula membuka pintu kereta. Namun awal-awal Ender dah halang pintu itu daripada buka sepenuhnya. Gaya menghalang aku daripada masuk ke dalam.

"Mia please..jangan degil. Awak tak boleh pergi sana seorang diri. Percayalah cakap saya!" Ender mengamuk. Lenganku digenggam olehnya. Nasib baik aku pakai lengan panjang. Aku cepat-cepat menarik tanganku daripada genggamannya.

Bila difikirkan balik, aku bertindak melulu. Kalau aku berjaya untuk ke sana sekalipun, aku tak tahu papa di negeri mana. Sudahlah Rusia memang besar. Plus, aku tak tahu berbahasa Rusia. Lebih teruk lagi, aku tak pernah berhubung dengan papa. Memang betul-betul misteri. Papa sangat menjaga identitinya. Dengan anak sendiri pun suka dirahsiakan segalanya.

Aku bertenang. Berselawat dalam hati. Pintu kereta aku tutup kembali tapi dengan gaya yang kuat. Aku masih marahkan Ender. Aku rasa bersalah. Walaupun aku banyak kali tengking dia, dia tak pernah balas balik. Malah, dia layan aku dengan lemah lembut. Tak pernah sampai tangan kepada aku. Atau.. dia takut papa aku kerjakan dia? Mungkin juga.

Aku bersandar di kereta sambil menyilangkan tangan.

"So? What are you up for? Nak tunggu apa lagi? Pergilah siapkan barang-barang awak! Tak nampak ke saya dah tergesa-gesa?" Marahku lagi.

...

Aku dan Ender tiba di Penza,Rusia. Salah satu tempat yang hampir dengan Moscow. Jarak pun tak berapa jauh walaupun jauh. Sebaik saja kami tiba, awal-awal lagi Ender dah panggil bodyguard yang lain merangkap kawan yang sekerja dengannya untuk menjadi pemandu kami.

Kereta limosin hitam yang berkilat tiba. Aku terkejut. Sekaya ini papa aku? Masuk saja ke dalam, lebih terkejut aku. Semua bodyguard papa memakai topeng muka yang sama seperti Ender pernah pakai dulu. Aku tak dapat lihat langsung muka mereka. Aku kecewa juga. Ingatkan papa akan menyambut kedatangan aku.

Suasana ketika itu senyap saja. Ender dan bodyguard lain memakai baju yang sama. Di dalam suit mereka sudah dipakai pad pelindung daripada peluru. Di dalam baju suit mereka yang nampak biasa, terdapat beberapa senjata yang berbahaya. Yang membuatkan aku terkejut, bom kecil nuklear pun ada! Dari mana dia dapat semua tu? Semua ni kerja papa aku ke?

Kami tiba di.. bukan rumah agam. Aku pun tak tahu ni rumah atau tak. Bangunan yang besar gila. Dari luar dah nampak beberapa bodyguard yang menjaga bangunan tersebut. Nampak macam apartment? Tapi macam bukan pula. Atau.. pejabat? Ah biarlah! Janji dapat jumpa papa.

"pozhaluysta, zaydi, printsessa". Kedengaran suara seorang lelaki memakai suit. Mungkin bodyguard papa? Aku tak faham apa dia katakan. Tapi dengan gaya seperti mengalukan aku masuk, aku faham. Aku setia berjalan di sebelah Ender.

"Dia cakap apa tu?" Tanyaku kepada Ender.

"Silakan masuk, puteri" ujarnya pula. Aku terbeliak. Puteri? Sekejap..aku bukannya keturunan diraja!

"Eh? Saya mana ada keturunan raja. Kenapa dia panggil saya puteri pula?" Aku mencebik. Ceh! Mesti lelaki tu nak mengurat aku. Nampak mukanya tadi pun tersengih-sengih macam kerang busuk!

"Ni tempat kerja papa ke? Mana rumah dia? Mana papa?"

"Eh boleh sabar tak? Ya ni tempat kerja dia. Dia ada syarikat yang sama macam saya. Cawangan kita di Malaysia dan dia di Rusia. Sama menjalankan perniagaan. Papa awak ada kat atas. Kena naik lif dulu"

Aku teruja. Tak sabarnya nak jumpa papa! Aku ada banyak soalan nak tanya tentang keluarga. Apa yang paling aku nak tanya adalah tentang mama.

Bangunan tempat kerja papa ni cantik. Sangat ekslusif. Mesti mahal kalau papa nak buat binaan masa mula-mula dulu. Dalamnya juga cantik. Dipenuhi dengan lampu candelier. Segalanya disusun rapi. Sekali tengok dah macam hotel lima bintang.

Setelah lama berjalan, kami tiba di depan sebuah pejabat. Di situ, tak ada pekerja lain lalu lalang. Pintu yang besar itu aku pandang. Tertera nama papa. CEO Mavis Miguel. Hebat betul. Dah ada gelaran Dato' dan CEO. Patutlah kaya sangat.

"Saya tinggalkan awak kat sini. Sekarang masuklah dan jumpa dia puas-puas" Amboi.. apa-apapun aku berterima kasih kepada Ender.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now