CHAPTER 14

30 4 0
                                    

Damian bangun. Pelik kenapa dirinya di atas lantai manakala Mia tidur nyenyak di katil tanpanya. Terus digenggam tangan tanda geram. Kemudian mukanya membuat senyuman yang dibuat-buat.

Mendekati Mia yang sedang terlentang. Kemudian membaringkan dirinya di sebelahnya. Melihat muka Mia yang masih dibuai mimpi. Tanpa sedar, senyuman menguntum di bibir Damian. Diusap perlahan pipi Mia yang lembut dan licin itu.

Automatik Mia terjaga. " apa ni? " ujarnya. Mukanya blur kerana masih mamai.

Damian ketawa kecil. Kelakar melihat gelagat Mia yang satu itu.

" hai sayang.. good morning " terus mencium pipi Mia.

" apa ni? Jangan cium orang sebarangan boleh tak? Tak sukalah " ujarku lalu menolak muka Damian jauh dariku. Namun dia tetap degil. Masih melekat dengan perangai miang nya itu.

" alah apa salahnya cium bakal isteri sendiri kan? Kita kan dah nak kahwin. Awak tak rindu saya ke? Mana tahan tengok awak yang cantik ni. Pagi-pagi dah cantik " pipiku diusap olehnya lagi.

Melihatkan jam hampir pukul 8. Aku harus bergerak ke bilik air untuk mandi kemudian kerja. Aku bangun dari katil tiba-tiba tanganku ditarik.

" awak ni kenapa? Saya nak bersiap pergi kerjalah! Jangan ganggu saya. Saya nak kena cepat " marahku.

" relakslah. Sekarang baru pukul 7 pagi kan. Masih awal lagi. Nanti saya hantar awak. Janganlah risau. Saya nak luangkan masa lagi sebelum balik universiti " katanya dengan pandangan miang.

...

" good morning, Mia Miciela! Macam mana tidur malam tadi? Okay tak? " tegur seorang pekerja bernama Aria. Dia agak peramah. Hampir semua pekerja dia tegur setiap hari. Aku hanya mengangguk. Aku dan dia tak adalah rapat. Hanya rakan sekerja saja.

" ya saya tidur lena malam tadi. Terima kasih ". Aria memberiku kopi yang dibancuh olehnya. Kemudian kami diam. Rasa awkward pula. Aku mula memecahkan kesunyian.

" Er.. Encik Ender ada? Dia dah datang kerja belum? Katanya pergi bercuti " aku sengih.

" oh Encik Ender bercuti ke? Saya tak tahu sangatlah. Saya pun tak pasti dia ada ke tak. Cuba awak pergi tengok " aku hanya angguk kemudian meminta diri.

Pintu pejabat Ender diketuk. Seperti biasa tak dengar suaranya. Kemudian aku buka pintu tersebut. Tiada orang. Takkanlah lama sangat bercuti kot? Dia ingat ni sekolah ke nak cuti sesuka hati? Oh lupa. CEO bolehlah nak buat apa je dia nak.

Aku berjalan masuk dan membelek-belek semua fail kerjanya. Apa aku buat ni? Main sentuh je barang orang. Tapi tak apalah kan. Aku kan personal assistant dia setakat ni. Nak ganti personal assistant dia yang sebenar buat sementara waktu saja.

Kemudian terasa seperti ada yang menepuk bahuku dengan kuat. Terjerit kecil aku dibuatnya. Terus memandang ke belakang. Kelihatan seorang perempuan tapi bukan personal assistant nya. Seorang perempuan yang aku tak pernah nampak selama ni.

" Who are you? Kenapa main masuk pejabat orang? Tak tahu ke ni pejabat CEO? CEO of our company. Jangan buat macam bilik sendiri lah " ujarnya sambil jeling. Menyampah pula aku.

" saya personal assistant sementara dia. Awak siapa? Tak pernah nampak pun " ujarku selamba. Kemudian perempuan itu jeling lagi.

" hah? You personal assistant dia? Ew kenapa dia pilih orang macam kau ni? It must be me! Tak sangka ada orang tak kenal saya. Well, I'm Haelyn. Saya orang kuat Ender juga. Jadi memandangkan dia tak ada untuk masa yang lama sekarang, awak kena ikut arahan saya " katanya. Badan tergedik-gedik. Rambutnya dipulas gedik.

" oh ya ke? Biasalah saya bukannya penyebok macam orang lain. Sorry lah. Tak ada masa nak kenal orang macam awak ni "

setelah itu aku mahu berlalu segera meninggalkan perempuan gedik ini. Namun lenganku ditarik olehnya. Jelas nampak mukanya tak puas hati.

" how dare you talk to me like that?! Awak tahu saya siapa?! " jerkahnya. Genggamannya masih erat ditanganku. Sakit menerpa.

" i know. You just a human like me. Siapa lagi? Lepaslah " ujarku selamba. Memandang dengan penuh benci.

Kemudian badanku ditolak olehnya. Terjelepok aku dilantai. Rambutku ditarik kasar. Habis rosak rambutku yang cantik. Daripada diikat kemas terus tak terurus jadinya.

" jangan main-main dengan aku. Aku ni boleh buat apa je kat kau. And you'll never expected it! Jangan masuk pejabat Ender sesuka hati lagi! Faham?! "

rambutku dilepas dengan ganas. Semua mata hanya memandang kemudian berbisik. Jujur aku rasa seperti ditikam. Terus aku berlalu pergi.

Aku segera ke tandas untuk memperbetulkan gaya yang tadinya elok dan sekarang macam baru kena santau. Rambutku dibetulkan dan disikat kemas. Diikat kemas seperti tadi. Bajuku yang sedikit kotor dilap dengan tisu tandas. Kemudian ada seseorang menerpa di sebelahku.

" kenapa ni, Mia. Ada orang buat kau ke. Nampak macam pasrah je? " tanya Aria yang baru keluar dari bilik air.

" oh..tak ada adalah. Aku okay je " ujarku kemudian senyum kelat.

" tak apa aku nampak apa yang Haelyn buat. Aku nak datang tolong tapi kau dah pergi. Nak sound Haelyn, tapi kau tahu lah dia siapa. Seorang pekerja yang paling berpengaruh kat sini. Semua orang tak suka dia and bila terpaksa kerja dengannya, orang pasti merungut. Dia tu pun banyak kali nak cuba mengorat Ender. Tapi gagal. Dah tahu orang tak nak, dia paksa lagi " aku tekejut mendengar. Mengorat Ender? Tiba-tiba rasa geram pula.

" oh dia tu kaki sondol juga. Suka try sana sini. Mentang-mentang cantik, mulalah ambil kesempatan. Ada khabar angin mengatakan dia dan Ender pernah bercium dalam pejabat. Tapi aku tak pasti betul ke tak "

Hampir terbeliak mataku mendengarnya. Boleh tahan gedik juga si Haelyn. Baru aku faham kenapa tak ada siapa berani bersuara demi aku. Rupanya tiada siapa mampu menandinginya. Mungkin aku seorang je kot yang banyak melawan.

" oh..dia memang macam tu ke sejak dulu? " tanyaku.

" definitely. Menyampah gila. Semua harap dia pindah tempat kerja kat tempat lain bila pangkat dia naik nanti. Tapi kau jangan risau. Aku tak rasa dia pedendam. Dia cuma tak suka orang melawannya. Kalau dia buat kau lagi, bagitau aku " Aria senyum dan berpaut padaku. Aku hanya sengih.

Tiba-tiba teringatkan Elina. Adakah Aria ni pengganti Elina?

...

Sudah seminggu aku menunggu kepulangan Ender. Tapi tiada juga. Cuba menelefon beberapa kali, tak diangkat, mesej tak dibalas. Nak bertanya khabar je pun. Perasaan rindu menerpa.

Dia pasti rindukan kampung halamannya di Rusia. Sebab tu tak nak balik! Dah tahu duduk Rusia tapi kerja di Malaysia. Pelik bin ajaib. Aku tetap tertanya-tanya bagaimana kehidupan sebenar Ender. Kenapa dia nampak macam tiada sesiapa? Macam..aura yang luar biasa. Dia seperti aku. Berseorangan.

Aku tetap cuba untuk menelefonnya. Jangan sampai aku ikut terbang ke Rusia sudahlah!

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now