CHAPTER 24

27 6 0
                                    

Selepas apa yang terjadi, Aidan bergegas ke keretanya dan balik. Aku hanya mampu memesan supaya kekal kuat seperti aku. Mungkin akan ada yang terbaik. Aku terus berdoa tak putus-putus demi kebahagiaan Aidan.

Aku pulang agak lewat. Jam menunjukkan lebih pukul 12 malam. Patutlah mataku yang sembab kini sudah kuyu minta ditutup. Aku memberikan Aidan frame gambar Elina yang aku ada lebih. Jadi, dapatlah dia lihat muka Elina yang cantik walaupun orangnya sudah tiada. Aidan menguntum senyuman yang amat manis sebelum dia berlalu pergi.

"Mana awak pergi?" Kelihatan Damian di ruang tamu. Tengah menonton TV.

"Saya baru balik dari cafe" ringkas saja jawapan aku sebelum berlalu ke bilik.

"Apa awak buat sampai balik pagi hari?" Tanyanya lagi.

Aku diam. Kemudian bersuara.

"Macam biasalah. Nak tunggu air take away lama. Ramai orang berpusu-pusu masuk untuk beli" aku mereka alasan munasabah. Harapnya dia berhenti tanya aku apa-apa soalan.

Damian datang ke arahku. Tangannya mengarahkan daguku untuk mendogak. Kemudian dia memerhatikan setiap inci muka aku.

"Kenapa mata awak sembab? Ada apa-apa jadi?" Tanya Damian. Kedengaran sangat caring. Tapi aku tak tersentuh pun.

"Tak ada apalah. Tepi. Saya nak mandi lepas tu tidur" aku lantas menepis tangannya kemudian berlalu pergi secepat mungkin. Damian masih pegun di situ.

"Wait" ujar Damian. Langkah aku terhenti.

"Esok. Esok kita kena jumpa Aunty Lily" nada suaranya serius.

"Ada apa?" Tanyaku. Rasa tak sedap hati menerpa. Namun Damian hanya diam. Aku menarik kolar bajunya dan bertindak agresif.

"Apa terjadi?! Apa awak buat?!" Jeritku. Reaksi Damian jelas terkejut dengan tindakan ganasku itu. Dilepaskan perlahan-lahan dan menyuruh hatiku supaya kekal bertenang. Serangan emosi kembali menyerang.

"Aunty Lily..tadi saya dapat tahu dia pengsan secara tiba-tiba. Lepas buat pemeriksaan, doktor kata dia ada kanser paru-paru tahap 2"

Mataku terbeliak. Terus terduduk. Aku semakin sukar untuk bernafas setelah mendengarnya. Damian cepat-cepat bantu aku untuk bangun. Oh masalah, kenapa datang melulu? Tak boleh ke satu persatu? Air mataku menitis.

"Saya nak pergi hospital sekarang. Saya nak tengok dia" ujarku.

"Tak boleh. Sekarang bukan masa untuk melawat. Lagipun-" belum sempat Damian menghabiskan kata-katanya, aku lantas membidas.

"No! I said now! Right now! Please! Saya tak nak kehilangan Aunty Lily!" Jeritku tersedu-sedan.

...

Aku masuk ke ruang ICU. Tempat yang menjadikan sesiapa saja yang masuk pasti akan rasa takut dan sedih. Aku nampak Aunty Lily terbaring tak terdaya sambil dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan. Degup jantungnya juga agak lemah.

Aku duduk di kerusi yang disediakan. Memegang tangan Aunty Lily yang tak sedar itu. Aku menyeru namanya, tapi dia masih di alam tidurnya. Adakah ini koma? Mukanya yang putih pucat dan lesu menjadikan aku bertambah sedih. Oh janganlah. Cukuplah Elina sudah pergi. Jangan Aunty kesayangan aku.

Aku baru sedar segala perbuatan baik dan buruknya. Walaupun aku derhaka padanya, tapi aku tetap risaukan dia dah macam mak kandung aku. Aku kekal di sini hingga pagi. Menunggu masa untuk Aunty bangun. Kemudian, jururawat masuk untuk memeriksa keadaan.

"Maafkan saya, bila agaknya Aunty saya akan bangun?" Tanyaku kepada jururawat.

"Saya tak pasti. Tapi, doktor kata dia koma disebabkan oleh kanser dan lemah jantung. Kami tak dapat ramal bila dia akan bangun. Kami pihak hospital akan cuba yang terbaik" jururawat itu senyum untuk menenangkan aku.

Sejenak aku terfikir. Apa yang membuatkan dia lemah jantung dan pengsan? Kemudian di kepalaku teringat suami Aunty Lily. Aku terus bertanyakan kepada jururawat tentangnya. Tapi katanya, dia tak nampak sesiapa yang masuk sedari tadi. Jadinya, suami Aunty Lily tak datang melawat lagi.

Aku mungkin tak dapat tahu apa yang terjadi. Tapi aku harap Aunty Lily akan bangun dan ceritakan hal sebenar. Aku tetap setia di sini. Kerja pun tak pergi. Setia menanti Aunty untuk bangun seperti biasa. Kelihatan telefon aku berdering. Tertera nama Ender. Aku faham kenapa dia call.

"Mia. Kenapa tak datang work? Dah dua hari. You didn't tell me why!" Tegas suaranya kedengaran. Aku mengetap bibir.

Aku memberitahu Ender hal yang terjadi. Kemudian barulah dia maafkan aku atas sebab yang munasabah. Dia beri aku masa untuk cuti selama seminggu. Aku tetap setia menunggu tak kiralah berapa lamanya. Aku punya satu tujuan saja.

...

Seminggu sudah pun berlalu begitu saja. Tapi tetap sama. Aku tak mendengar khabar tentang Aunty Lily. Kata doktor keadaannya masih sama. Tiada masa lagi untuk aku menunggu dan harus tetap bekerja dan hanya mampu berdoa sepanjang masa.

Setelah bermati-matian bekerja, aku memutuskan untuk melawat Aunty Lily setelah sekian lama. Kakiku berjalan ke wad ICU tersebut dan duduk dengan selamat. Melihat keadaan yang masih tak stabil buatkan aku risau dan terseksa.

Kelihatan mata Aunty Lily mula bergerak. Aku cepat-cepat menyebut namanya perlahan. Setelah itu barulah matanya selamat dibuka dengan luas. Reaksinya terkejut dan tiba-tiba..

BUK!

Dia menolak aku jauh darinya tanpa sebab. Aku memandangnya dengan terkejut sekali. Cepat-cepat aku bangun dan berdiri di sisi katil.

"Siapa kau? Siapa kau?!" Jeritnya.

"Ni sayalah! Saya Mia Miciela! Anak buah kesayangan Aunty kan?" Kataku dengan penuh risau. Tiba-tiba saja tak kenal aku.

"Pergi kau?! Siapa Mia Miciela? Aku tak kenal! Aku kat mana ni? Tolonglah aku keluar! Aku nak keluar! Pergi pergi pergi!" Jeritnya dengan nyaring sekali. Doktor dan jururawat yang berada di luar turut terdengar dan lantas masuk ke wad ICU. Menenangkan Aunty Lily yang entah kenapa. Lalu aku diarahkan untuk keluar.

Hatiku rasa berat sekali. Sedih yang teramat sangat hingga tak dapat aku ungkapkan. Aunty Lily..tak kenal aku? Kenapa? Macam mana boleh jadi macam ni? Apa yang harus aku buat supaya dia ingat aku? Aku mengeluarkan telefon. Aku benar-benar memerlukan seseorang untuk bercakap.

"Oh hello my precious. What's up? How's your Aunty?" Tanya Ender dengan nada tenang.

"Ender please. I need someone to talk" kataku dalam nada sedih.

"Are you okay now? Why? Ada apa-apa jadi? Tell me everything" penuh perhatian.

Tanpa sedar aku menangis tersedu-sedan lagi. Suara tangisan aku pasti kedengaran melalui telefon. Tiada daya untuk bertahan lagi.

"Mia are you going to cry just like that? Bagitahu saya segalanya. Mana tahu saya boleh tolong? I'm your bodyguard also your friend right?" Entah kenapa suara dia sangat tenang. Rasa seperti aku perlukan pelukan dari dia untuk tenangkan aku. Jujur!

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now