CHAPTER 31

14 5 0
                                    

Aku pulang kerja dan malam itu aku hanya berbaring di sofa sambil menonton TV. Aku hanya keseorangan memandangkan Damian masih tidak sedarkan diri. Aku merasa agak bosan. Sekejap-sekejap aku tukar channel lain. Sekejap-sekejap aku karaoke sendirian di malam buta. Kemudian aku menutup TV. Memikirkan hal seterusnya yang aku mahu lakukan.

Aku berlegar-legar di dalam rumah. Mengemas mana yang patut memandangkan memang dah lama aku tak mengemas. Sejam kemudian, aku kembali duduk di sofa. Puas hati terasa melihat keadaan bersih dan cantik. Lepas tu? Hm.. aku berfikir sejenak.

Oh ya. Kakiku menapak ke dalam bilik pejabat rahsia Aunty Lily yang aku belum selongkar habis. Ikutkan semua benda di dalam tu aku mahu selongkar. Mana tahu ada rahsia tersimpan? Dan mana tahu tuhan mahu tunjukkan kebenaran sekali lagi? Bertubi-tubi soalan di otak yang membuatkan aku tak sabar mahu menyelongkar.

Aku membuka laci dan banyak lagi rak-rak yang berhabuk. Semuanya berhabuk. Aku memang tak nak kemas bilik ni. Entah kenapa aku malas sangat. Alah bukannya aku nak jemput tetamu masuk pejabat rahsia ni kut?

Aku jumpa album-album lama yang penuh dengan gambar aku semasa kecil bersama Aunty Lily. Tak ada gambar mama dan papa terselit. Puas aku cari namun tak jumpa juga. Aku mengeluh. Tiba-tiba di bawah beberapa timbunan fail yang banyak, ada terselit sekeping surat. Aku mengambil.

Surat beranak mama. Aku mula membaca dengan teliti. Nama mama Nur Mia Liana Binti Khairul Fahmi. Berbangsa Iban dan lahir di Miri, Sarawak. Aku agak terkejut. Agama mama... Islam? Tapi aku pula agama Atheist. Mataku terbeliak. Ya.. kebenaran sekali lagi. Kali ni, aku terasa mahu menangis. Sekali lagi aku belek-belek beberapa timbunan fail yang banyak demi mencari surat beranak papa. Tapi tiada.

Aku tak sangka. Mengurut dada yang terasa sesak. Aku ditipu atau dirahsiakan? Sepanjang 23 tahun ni, Aunty tak pernah bagitau aku apa-apa mengenai ini. Aku rasa sebak di dada. Aku mula menitiskan air mata. Tak sangka aku menjadi manusia yang kejam sekali. Tak ambil tahu tentang hal agama.

Surat beranak mama aku simpan. Aku sorokkan daripada Aunty Lily. Kemudian, aku membuka laman web yang aku boleh ketahui lebih lanjut mengenai agama Islam. Rupanya, agama ni agama yang indah. Aku rasa seperti jatuh cinta dengannya. Aku mula rasa ingin menjadi hamba tuhan iaitu Allah.

Aku belajar cara solat, membaca AL quran dan banyak lagi. Aku juga berjumpa dengan ustaz dan ustazah, aku menyebut kalimah syahadah dan akhirnya aku menjadi hamba Allah. Aku akan tunaikan semua perintah Allah. Aku nak jadi seperti mama. Aku dapat rasakan mama mempunyai personaliti yang penyayang dan penyabar. Aku akan jadikan mama sebagai idola aku walaupun aku tak pernah lihat mukanya.

Agama Islam mewajibkan para wanita untuk menutup auratnya. Jadi, aku belajar untuk lilit tudung seperti yang warga wanita Malaysia lakukan. Dikenakan dengan sedikit make up, aku terus rasa kagum dengan kecantikan aku. Muka aku dan segalanya..nampak lebih sempurna. Aku nekad mahu bertudung lepas ni. Pakaian seksi aku, aku buang. Aku sudah bertaubat. Aku akan lakukan yang terbaik seperti mana buat.

...

"Oh my god! Is that Mia Miciela? Perempuan berdarah Rusia tu..pakai tudung?"

"Not gonna lie. She look even pretty than before"

"Wait..dia Islam ke? Selama ni setahu aku dia Atheist kan?"

Segala jenis ayat aku dengar. Bisikan-bisikan manusia yang sememangnya menjadi hangat di pagi hari. Ya aku sudah bertudung dan berpakaian menutup aurat dan sedikit bergaya. Aku mengenakan juga make up tapi tak setebal dulu. Aku agak berbangga dengan perubahan aku.

Aku hanya abaikan jika ada yang mengutuk. Buat apa nak malu? Aku sedang menuju ke arah yang benar. Aku patut berbangga dengan perubahan aku. Aku bersyukur. Dalam hati aku berdoa supaya semuanya berjalan lancar.

"You look like an Arab women! Cantik sangat!" Aria memuji aku. Aku pula berterima kasih kepadanya.

"Tak sangka kau nak cuba bertudung. Yelah, jarang-jarang orang bukan Islam nak mencuba kan?" Katanya lagi.

"No, Aria. I fell in love with Islam " ujarku dengan sedikit bangga. Ya aku sudah jatuh cinta dengan agama Islam. Muka Aria terkejut. Jelas semua pekerja di sini juga turut terkejut.

"Mia.. aku bangga dengan kau. Tak sangka pula aku. Alhamdulillah Allah dah berikan kau hidayah" Aria memeluk tubuhku. Aku tersenyum manis. Senyuman yang aku tak pernah ukir selama ini.

"Alright. I want to continue my works"

Aku melepaskan pelukan dan bergerak ke pejabat Ender. Yalah. Aku kan PA dia secara tetap. Aku rindu nak bertungkus lumus dengan mamat tu. Agaknya dia akan terkejut atau tak ya?

Pintunya aku ketuk.

"Get in"

Pintu dikuak perlahan. Sebelum itu, aku menarik nafas panjang-panjang dan berdoa. Entah kenapa rasa bulu roma naik. Apa yang dia akan cakap padaku nanti? Kagum? Terkejut? Atau...kecewa..? Ah! Aku ketepikan semuanya. Tujuanku hanya satu. Bekerja!

Aku melangkah masuk. Bibir diketap kuat. Aku cuba menenangkan diri. Aku memandang Ender dengan senyuman kelat.

"Hai.. Selama pagi"

Ender diam. Kemudian dia bangun dari tempat duduknya dan menghampiri aku. Aku mula rasa gementar. Satu langkah kebelakang. Dan lagi. Dan satu langkah kehadapan Ender menapak. Akankah dia sentuh aku? Haram..haram.

Muka Ender seperti biasa. Cold just like ice at Antarctica.

"Are you Mia Miciela or..her twin?" Ujarnya. Mengangkat kening. Aku faham kenapa dia tanya. Mungkin sebab aku bertudung.

"Mana ada. Sayalah Mia Miciela. Mana ada kembar"

Ender diam lagi. Satu langkah dia menapak kehadapan. Tangannya diangkat seolah-olah mahu menyentuh aku. Laju aku menepis. Mukaku berubah marah.

"Jangan sentuh!" Tegasku.

"Damn..you look prettier..saya hampir tak cam awak"

Mataku terbeliak tak percaya. Dia..dia puji aku? Jantung berdup dap dup dap laju. Alah Mia! Janganlah terpikat dengan kata-kata manis lelaki! Aku menarik nafas kemudian membalas

"Thanks. Can we start our work?"

Ender angguk.

...

"Terima kasih hantarkan saya balik. Jumpa esok"

"Kejap, Mia. Saya ada benda nak tanya"

Langkah aku terhenti. Aku tahu apa dia maksudkan. Aku juga mahu beritahu tapi memandangkan dia dah tanya, aku turutkan saja.

Aku diam. Tak memulakan percakapan. Walaupun aku tahu dia nak bertanya tentang apa, tapi aku mengharapkan dia mulakan perbualan. Entah kenapa rasa janggal bila mengingatkan segala perbuatan haram kami dahulu. Jujur aku rasa bersalah. Kalaulah aku tahu tentang ini lebih awal..

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now