CHAPTER 17

26 5 0
                                    

Hampir mengalir air mata apabila baca bait tulisan tertera. Kemudian aku membuka kotak tersebut. Agak gementar. Perlahan-lahan aku buka, terdapat gambarku dan Elina semasa di Las Vegas. Gambar yang di frame cantik. Kemudian ada juga gambarku bersama Ender dan kami bertiga. Selepas itu, di bawah frame yang cantik, ada satu kotak emas. Aku membukanya. Didalamnya terdapat rantai yang ekslusif sekali. Aku rasa amat terharu.

Aku cuba untuk memakai dan memerhati rantai tersebut dengan terperinci. Agak cantik dan sesuai di leherku. Kilauan berlian itu menjadikannya nampak sangat mahal. Tiba-tiba,

PAK!!

Bunyi mejaku kuat ditepuk oleh seseorang. Aku memandangnya. Oh orang tu. Perempuan durjana.

" what are you doing? Tak boleh fokus kerja? Keep your eyes on work! Bukannya main! Apa tu? Hadiah daripada seseorang ke? " Terus Haelyn bergerak ke arahku. Lantas aku meletakkan rantai dan frame tersebut di dalam kotak lalu diletakkan di laci meja.

" hey give it to me! Saya nak tengok apa benda tu! " laci aku dibuka secara kasar kemudian kotak tersebut diambil olehnya. Aku terus berdiri dan cuba menentangnya.

" Haelyn! Please don't!! " Jeritku. Perbuatan kami menarik perhatian orang ramai. Sampai ada yang merakam lagi. Tapi aku tak kisah jika perempuan durjana ni lunyai sekalipun. Apa yang penting, barang tu mesti dirampas olehku!

Kotak tersebut dipegang olehku dan dia. Kami berebut macam budak kecil. Kemudian dia menarik rambutku dan sekali lagi, rambutku lunyai. Aku juga buat hal yang sama padanya. Sudahnya, dua-dua jadi macam sampah.

Tubuhku ditolak kasar dan aku tersembam di lantai pejabat. Bibirku dihentak ke lantai hingga berdarah. Rasa sakit terasa. Darah juga terasa ditelan. Kotak itu akhirnya berada di tangannya.

" stop the war now, idiot "

Kedengaran suara yang aku kenal. Terus lelaki itu mengangkat aku untuk kembali berdiri. Kotak tersebut dirampas olehnya. Lalu membawa aku bersama kotak tersebut ke bilik rawatan.

" are you okay, Mia? Your mouth bleeding. It must be hurt " aku digendong olehnya. Tiba-tiba mukaku memerah bak ceri. Aku hanya cedera di bibir, bukan di kaki!

" Ender! Kenapa awak dukung saya? Malulah! " kataku.

" Dukung je pun. Masalah ke? " ujarnya selamba.

" tapi Haelyn nampak apa awak buat pada saya! Macam mana kalau dia dendam dengan saya nanti? Mesti dia fikir kita ada apa-apa! " ujarku lagi. Kali ni cuba untuk sorokkan muka.

Ender sengih. Tiba-tiba rasa selesa. Bau harumnya, aku sangat rindu. Terasa dekat sangat. Terus aku rapatkan tanganku di lehernya ketika didukung.

" peduli apa? My girl is hurt now. Tu yang patut saya kisah. Not her " ujarnya lagi.

Kemudian kami tiba di bilik rawatan.

" wait here. I'll take care of you "

First aid kit diambil. Kemudian mengeluarkan segala perkakas untuk merawat bibirku yang berdarah. Terus diletakkan ubat. Terjerit kecil akibat rasa pedih yang amat.

" sakit! " ujarku sambil menutup mata.

" diam. Jangan bergerak "

Mukanya merapatiku untuk melihat keadaan bibirku. Mata kami bagaikan magnet lagi. Rasa dah lama tak memandang matanya yang cantik. Ubat digosok perlahan di bibir. Rasa sakit terasa kurang. Mungkin sebab kami bertentang mata? Hehe.

" Mulut awak sedikit koyak. I'll send you to hospital. Nak check sama ada teruk atau tak "

" Tapi saya rasa dah okay sekarang. Jangan risaulah! " aku sengih.

" no. If i said it's bad, it's bad. Awak nak bibir awak cacat? "

Seram aku mendengarnya! Akhirnya terpaksa akur dengan arahan Ender.

Di kereta suasana senyap sunyi. Aku hanya memandang keluar tingkap. Mulutku ada kapas yang dipenuhi darah. Sekali pandang macam baru lepas cabut gigi.

" Kenapa Haelyn tolak awak? Did you do something wrong with her? " Ender memecahkan kesunyian.

" dia tu yang menyebok. Saya tak kacau dia pun. Tiba-tiba dia nak rampas kotak hadiah awak beri pada saya. Memang saya marahlah. Kami berlaga sesama sendiri. Tak sangka dia guna keganasan untuk tolak saya " laju aku berkata. Bila teringat balik, rasa geram pun ada!

Ender ketawa kecil.

" apa ketawa? Tak kelakar lah! " ujarku. Mukaku memerah menahan malu.

" Not bad. Mulut tengah sakit pun masih petah membebel " usiknya.

Sekali lagi mukaku merah. Terus aku diam. Melihatkan dia masih tersenyum. Tiba-tiba jantung berdetak laju. Rindu akan mukanya tu. Tak apalah, ketawalah banyak mana kau nak. Asalkan bahagia!

" next time make sure protect your mouth. Or I'll give you protector. Pilih nak yang mana "

" kalau awak yang protect, macam mana ya? " ujarku selamba.

" oh it's a bit dangerous. Saya akan pastikan semuanya di cover with my mouth. Nak? "

Aku nampak matanya itu. Tersengih-sengih macam ada sesuatu. Tanpa sedari pipiku merah lagi.

" apa awak kata?! "

" oh tak ada apa-apa "

...

Bibirku dibalut rapi tapi bukan semua. Hanya dibucu bibirku dan didalam. Dalam bibirku dijahit sedikit akibat terkena hentaman gigi taring. Nasib baik bukan gigi aku yang tersembam. Kalau tak, naya aku dibuatnya.

Diberi cuti sakit selama 2 hari. Mana cukup! Mestilah kena seminggu baru merasa cuti. Hehe. Sepanjang cuti aku duduk rumah jelah. Malu nak keluar dengan mulut berbalut. Nak makan terseksa, apa lagi minum! Terpaksa pakai straw untuk minum dan hirup sup. Lain daripada yang lain, kan?

Aku sedikit gembira hari ni sebab Damian tiada di rumah. Pintu dikunci dari dalam. Biar dia tak dapat masuk. Tingkap juga ditutup rapi. Semuanya aku sudah tutup. Kemudian remote TV dicapai. Dah lama tak layan Netflix.

Ting tong!

Bunyi loceng rumahku. Aduh siapa lagi, ni? Orang tengah sedap-sedap baring sambil layan movie, ada pulak jembalang datang! Kacau daun betullah! Tak boleh tengok orang senang!

Diintai dari langsir siapakah gerangan tersebut. Oh Ender. Buat apa dia datang sini? Bukan waktu bekerja ke sekarang ni? Pintu dibuka.

" here. Kotak hadiah semalam. You left it inside my car yesterday "

Aku menyambut kotak tersebut.

" terima kasih. Er.. masuklah dulu. Kalau nak " awkward lagi.

Terus dia melangkah masuk dengan selambanya. Aku pula tak sangka dia akan masuk. Oh lupa, dah aku ajak kan? Dia melihat sekeliling rumahku kemudian menuju ke TV.

" Are you watching movies now? Did i interrupt you? " dia duduk di sofa.

" ya.. dah lama saya tak buka Netflix. Lagipun tengah cuti sakit. Tak ada apa nak buat " aku duduk di sebelahnya.

" Oppenheimer? Such a great taste of movie " dia memuji. Merah pipi aku.

" tu hanya movie yang dicadangkan. Saya pun tak tahu nak tonton apa " ujarku selamba. Terus menekan butang dan movie tersebut dimainkan. Aku baring di sofa. Tak peduli dia ada di situ atau tak.

" untuk hadiah semalam, thank you so much. Saya tak sangka awak bagi. Rantai tu pun, cantik. Saya dah pakai sebagai tanda menghargai " aku senyum.

Dia memandang leherku. Kemudian senyum manis.

" can i stay here tonight? "

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now