CHAPTER 18

33 4 0
                                    

Terbuntang aku mendengarnya. Melihatkan muka Ender itu tak senyum langsung. Nampak serius. Terus aku fikirkan cara untuk membalas pertanyaan dia.

Aku diam. Buntu. Dia ni pun kenapa? Tiba-tiba saja nak tidur sini! Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja mengarut!

" tapi Ender.. bukan awak ada rumah ke? " soalku.

Ender diam. Aku juga diam. Masing-masing tak tahu apa nak buat. Mata kami hanya memandang tanpa perasaan.

" tidur je pun. Masalah ke? " selamba saja dia jawab. Tiba-tiba rasa tangan ni ringan nak lempang orang!

" er..tapi walaupun hanya tidur, mana boleh! Tak ada tempat lah " ujarku lagi.

" what do you mean? You have big sofa and also you have more rooms. I've seen your house before. What's your excuses? "

" bagitau saya dulu kenapa awak nak tidur sini? " tanyaku.

Ender diam. Kemudian dia bersuara.

" i can't tell you. But please let me sleep here for this week " dia berlalu pergi ke dapur.

" hey! You can't! Awak kenapa? Saya kata bagitau saya dulu apa sebenarnya awak rahsiakan? Ni rumah saya, saya berhak untuk tahu apa tujuan awak! " Marahku padanya membuak-buak.

Ender mendekatkan tubuhnya. Memandangku dengan matanya yang cantik itu. Aku tewas dengan kecantikan mata dan kekacakan mukanya. Terus aku memandang lantai. Entah kenapa muka merah tiba-tiba.

" It's for your safety, darling. You will know about it this week. It'll happens. I promise you. Now shut up okay? Or I'll make you shut up. Pilih nak yang mana " dia bisik padaku. Aura dan aromanya menusuk kalbu.

Aku diam.

" maaf, Ender. Saya tak tahu saya perlu beritahu awak atau tak tentang hal ni " ujarku dengan serius.

" what's the matter? Oh right. You told me you want to say something when i arrive to Malaysia before. What is it? " Ujarnya.

Aku angguk kemudian mendekati jarak antara aku dan dia di sofa. Aku mulakan perbualan dan menceritakan dari A sampai Z tentang rancanganku dan kisah yang berlaku di hidup aku sebelum ini. Ender setia mendengar. Tak ada satu bait perkataan yang aku sebut dia tertinggal. Siap bawa keluar nota untuk menyalin apa yang aku ceritakan. Dah macam polis menyiasat penjenayah pula.

" is that all? So this is your plan? "

Aku angguk.

" maaf kalau menyusahkan. Tapi saya terpaksa juga. Saya kahwin dengan Damian bukan sebab saya suka dia. Sejak Liam kata dia bunuh mak kandung saya, saya jadi terkedu hingga tak tahu nak kata apa. Sedih. Tapi malangnya, saya terpaksa akur dengan perintah Aunty Lily. Kalau tak dia tak nak jaga saya lagi " ujarku. Air mata seakan-akan menitis.

" what in the earth? Dia tak jaga awak lagi dah kan? She already have husband. You don't even stay in the same house with her anymore. Jadi awak buatlah apa awak nak "

Aku diam lagi. Memikirkan strategi.

" Liam lah penyebab Elina mati. Elina mati ditembak di depan saya. Saya takkan maafkan dia. Dan Damian " ujarku geram. Masih teringat peristiwa yang lama tersebut.

" but, as we can see here, Aunty Lily macam ada terlibat sama. Looks like dia bersubahat dengan Damian dan Liam. Then, kenapa dia force awak untuk berkahwin dengan Damian? And she also finding you a husband. Bukan awak cari sendiri, kan? "

Kata-kata Ender seakan betul. Firasatku juga menyatakan benda yang sama. Rasa tak sedap hati kini kembali.

" entahla, Ender. Kita kena siasat dulu siapa dalangnya. Hari tu saya kena culik, penculik tu pakai topeng muka macam perompak jadi saya tak tahu siapa. Dia ada sebut yang ayah saya masih ada. Dia kata dia nak segala harta kami " ujarku lagi. Kini hanya memandang lantai.

Ender memandangku dengan pandangan sayu. Terus dipeluk erat. Aku terkejut dengan tindakannya. Ya.. pelukan dia. Aku rindu sangat. Bau nya yang harum.. aku rindu. Terus aku membalas pelukan dengan eratnya.

" boleh saya tahu kenapa awak menyamar jadi Kyle dengan memakai topeng tu? Kenapa awak buat semua tu? " tanyaku.

Ender melepaskan pelukan. Seketika dia diam. Aku tetap setia menunggu jawapannya.

" sorry, Mia. I can't tell you why "

" kenapa? Tolonglah bagitahu saya. I'm curious! " aku memaksanya.

" no please. If i said I can't, I can't do that. You'll find out why. But not now "

Aku menyerah kalah. Suka hati dia lah. Kali ni aku malas lagi nak bertekak. Sia-sia juga kalau aku paksa. Bukannya boleh pun!

" so.. about staying in your house.. can you show me my room? " Ender senyum kelat.

...

Malam itu, aku dan Ender hanya luangkan masa bersama di ruang tamu. Sekejap-sekejap aku ke dapur untuk masak. Kami makan bersama. Dah rasa macam ahli keluarga pun ada. Boleh dikatakan hari kami berjalan dengan lancar. Damian pun tak datang kacau. Maklumlah, dah lama tak balik rumah. Bertanya khabar pun tak. Rasa lega sikit hati ini.

Tiba lewat malam, aku menyuruh Ender untuk masuk biliknya untuk tidur. Bilik tetamu khas untuk sesiapa yang menumpang. Segalanya sudah tersedia di bilik tersebut. Saiz pun boleh tahan besar. Jadi aku tak perlu risau sama ada dia selesa atau tak.

" good night, Moya lyubov' "

Aku memandang pelik.

" Apa tu Moya lyubov'? " tanyaku.

Ender tersengih.

" it's means beruk " Ender gelak kecil.

Tiba-tiba tangan rasa ringan nak angkat tong gas. Baran membuak-buak.

" APA AWAK KATA?!! " jeriku marah.

" okay okay calm down! Just kidding! Now go to your room. Or I'll pull your hands and sleep with me " Ender sengih nakal.

Terus aku berlari ke bilikku setelah melihatkan dia sengih sebegitu rupa. Huh.. nak bergurau pun, agak-agak lah!

Aku tidur dengan lenanya. Tak ada siapa akan kacau aku lagi. Katil luas kerana tiada orang di sisi. Dengkuran halus kedengaran. Aku secara tiba-tiba terdengar bunyi pintu utama dikuak. Terus aku membuka mata dan intai daripada tingkap siapakah gerangan tersebut.

" oh no it's Damian " ujarku perlahan.

Terus aku bergerak ke rak kasut yang berdekatan. Kemudian menyorokkan kasut Ender. Setelah itu, aku membuka pintu utama tersebut.

" oh Mia. Tak tidur lagi? " tanya Damian.

" oh saya terjaga sebab ada orang buka pintu tadi. Awak dari mana? " Ekspresi mukaku tiada perasaan.

" I baru balik dari office. Tadi student ada buat presentation. Lama betul nak tunggu. Dia orang suka tangguh kerja. Jadi terpaksalah I balik lewat sikit. You dah makan? "

Aku angguk.

" dah. Cepatlah masuk. Masuk terus tidur. Jangan berjaga tengok TV la apa lah "

Damian membuka kasut. Melangkah masuk ke rumah. Aku jadi gerun. Takut dia perasan yang Ender juga ada di sini. Haraplah Ender tak keluar bilik. Kalau tak, habis!

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now