CHAPTER 5

38 4 0
                                    

Pagi tu, aku pergi kerja awal macam dulu. Dah tak berani nak datang lambat sejak kena sign kertas aku janji. Aku membawa bersama sekeping gambar yang ada rahsia. Aku tunjukkan kepada Elina. Minta kepastian. Cukuplah bagitau aku macam mana rupa mamat ni. Selebihnya kalau tak tahu, kira okay kot?

" kau kenal tak siapa lelaki dalam gambar ni? Aku rasa waktu ni kita 13 tahun " aku serahkan gambar tu kepadanya. Mata Elina merapat dengan gambar itu sambil buat muka hodoh. Nak aje tampar biar terkeluar gigi comel dia tu.

" hmm...kejap. aku pun tak ingatlah dia siapa. Kau rasa siapa eh? Dari mana kau dapat gambar lama macam ni? "

" what are you guys doing? Go focus on your work right now. Stop playing! " kedengaran suara garau dari belakang aku dan Elina. Terkejut beruk Elina dibuatnya apabila pandang ke belakang, ada Ender. Aku juga terkejut tapi sempat mengurut dadaku.

Ender betul-betul di belakang aku. Terasa ada aura yang lain macam. Dan perfume tu..aku dapat hidu lagi. Seakan-akan sama dengan seseorang yang aku kenal..

" what picture is that, Mia..? " Ender menjenguk selamba.

" Oh it's... nothing! Haha! " aku menyelit gambar itu dia sebalik timbunan fail. Lantas aku fokus berkerja. Ender mencebik.

" is that so..? Well.. I'm too lazy to find out about the picture but... Please come to my office now. I have something to tell you "

Sekali lagi? Dah dua kali aku ke pejabat Ender ni! Dia ni CEO syarikat. Jarang-jarang pekerja biasa macam aku dapat masuk pejabat dia sesuka hati. Tak perasan pun. Cuma aku pelik. Alah mungkin hal kerja kan?

" From now on, you're my personal assistant. My personal assistant leave for three months because she is pregnant. So, I need an extra helper. do you accept it? " kata Ender. Terkejut juga aku. Personal assistant tu..aku fikir dia belum kahwin. Nampak muda lagi. Tak sangka dah kahwin. Aku hanya akur.

" alright, Mr. Ender.. anything else..? " soalku.

" meet me after work at the cafe. I wanna talk to you " selepas dia berkata, aku angguk dan berlalu pergi. Tapi kenapa aku dalam ramai-ramai pekerja di situ, ya? Pelik juga.

" hey wait, Mia " Ender berjalan kearahku. Semakin dekat, aku pula semakin kebelakang sehingga badanku tersentuh dinding. Mataku memandangnya. Terasa bau perfume itu semakin kuat.. dan..ada aura yang aku rasakan sangat luar biasa. Dia menyentuh daguku supaya aku dapat melihatnya. Ketika itu, aku pejamkan mata.

" Mia, look at me when i talking to you. Don't close your eyes. I'm not going to eat you anyways " kata Ender sambil memegang daguku lagi. Tapi kenapa rasa berat nak buka mata. Perlahan-lahan dia makin mendekat dan berbisik.

" i said look at me now... Mia Miciela.. "

Aku terus membuka mata. Mata kami berpandangan dengan dekat sekali. Jantung aku berdegup laju. Macam marathon. Dia pula sangat tenang. Bila membuka mata, mataku bagaikan tak boleh dilepaskan. Macam ada magnet yang melekat antara mata kami.

" good girl. That's what i want. Look at me everytime i talk. I hate when people avoiding my eye contact when i talk to them. Understand? Don't repeat the mistakes " aku hanya angguk. Entah kenapa aku bisu sangat kali ni. Suara hanya sepatah dua yang keluar.

" er... excuse me..what perfume are you wearing..? " soalku bodoh. Macam tak ada topik lain. Tapi aku ada sebab kenapa aku tanya pada dia. Dia hanya sengih sedikit. Mungkin dia tak sangka benda tu kot.

" Acqua De Gio. Why? " tanya nya pelik. Aku hanya tersengih dan memuji-muji perfume nya. Yes! Aku berjaya lagi dengan misi aku. Lepas ni aku akan cari mana perfume tu dan buat pencarian ini!

Malam itu, aku pulang. Bukan dari tempat kerja tapi dari Mid valley. Aku hanya ke sana untuk mencari perfume yang Ender pakai. Bukan sebab aku minat. Tapi aku sedang mengkaji sesuatu yang tak kena. Bau tu seakan sama dengan lelaki bertopeng. Dengan perasaan curious ku, aku membelinya. Usai saja aku bersiap-siap untuk ke rumah Kyle, aku membawa sekali perfume tu dan diletakkan di dalam beg supaya dia tak perasan. Dia kata mesti datang sana sekali seminggu. Minggu ni aku belum ke sana, jadi kali ni aku mesti pergi supaya aku tak jadi sasarannya lagi.

Loceng ditekan macam biasa dan pintu dibuka. Ketika aku berjalan masuk, ada susuk tubuh lelaki. Ya aku tahu itu Kyle. Dia baru habis mandi tapi... topengnya tak ada di mukanya! Aku sorok di sebalik pintu biliknya yang terbuka sedikit itu dan menghendap. Kyle hanya membelakangi pintu tu. Jadi susah untuk aku melihat dengan jelas! Tiba-tiba susuk tubuh itu seperti mendekati pintu. Automatik badanku ke belakang dan menyebabkan pasu berdekatan terjatuh akibat dilanggar. Bunyi yang kuat! Pasu itu pecah. Badanku menggigil apa harus aku buat? Pintu biliknya dibuka.

Aku melihat Kyle atas dan bawah. Dia hanya memakai seluar dalam. Aku terus menutup mataku! Badannya yang sasa juga dah cukup buatkan aku rasa seram sejuk! Haih...cuai kau, Mia! Kenapalah kau selalu cuai ni?!

" what are you doing there..? Are you robbing my house..? " soalnya. Terus aku geleng laju. Aku tak ada niat pun nak merompak hartanya. Aku pun dah muak dengan harta! Badannya mendekati aku. Dengan perlahan aku cuba untuk jauhi.

" look at me, Mia. "

" how? I.. i mean.. can you please take off your mask? I want to know who are you " ya. Salah satu soalan yang sudah sekian lama aku nak tanya. Aku tak dapat langsung menganalisa reaksi mukanya! Tapi kali ni, susahlah untuk aku cuba menghidu bau perfume nya kerana dia tak berbaju. Haih..bad timing betul! Aku mesti cuba lagi nanti!

" take it off? Why should i do that, dear..? Are you curious about me..? Don't worry. I'm super handsome with perfect body.. and maybe.. You also know who I am.. you just can't guess because you're dumb " katanya selamba kemudian dia ketawa kecil. Berani betul hina aku! Aku akan balas!

" oh you think I'm dumb? Wait let me show to you that i ain't! " aku laju menerpa badannya dan berusaha menanggalkan topeng mukanya. Dia meronta-ronta dan menjerit kecil. Tapi tubuhnya yang sasa tu buatkan aku sukar untuk capai tali topengnya di belakang kepala Kyle. Aku sudah cukup tinggi... Tapi..ini menunjukkan dia lagi tinggi!

Dia memegang pinggangku dan mencengkam kuat. Lantas dia bawaku ke atas macam baby. Begitu saja dia menolakku dan mencampakku di atas sofa. Aku hampir saja dapat menanggalkan! Tapi tindakan dia terlebih pantas!

" are you asking for second punishment now..? "

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now