CHAPTER 29

17 5 0
                                    

Usai rawatan di kepala, aku menuju ke doktor untuk mendapatkan pengetahuan lebih lanjut tentang Aunty Lily. Kata doktor, kemungkinan besar daya ingatan akan pulih dalam tempoh yang agak lama atau tak akan pulih langsung. Kajian mendapati bahawa Aunty Lily ada masalah mental. Aku terkejut dengan apa yang dikatakan oleh doktor. Aku punya dua pilihan sama ada merelakan atau mengusahakan.

"Mia" panggil Damian dengan tenang. Aku yang lagi termenung terjaga daripada panggilannya. Damian tetap mengalihkan perhatian kepadaku walaupun sedang membawa kereta. Itu menunjukkan dia sangat ambil peduli tentang aku.

Aku memandang. "Ada apa?"

Dia sengih seketika kemudian kembali pada mukanya yang tiada perasaan. "Kita dah lama kahwin. Dah nak setahun. Tapi masih tak ada zuriat" ujarnya kedengaran sedikit kecewa.

Aku meneguk air liur. Tak tahu nak berkata apa-apa di sini.

"Kalau ada anak perempuan comel kan? Teringin nak ada satu" ujarnya lagi.

"Mana boleh. Awal lagilah. I tak nak jadi mak awal sangat!" Tegas suaraku. Dah lah kepala memang dah sakit. Bila ditambah hal ni, jadi semakin sakit terasa. Damian mencebik.

"You sepatutnya dah kena bersedia sejak awal lagi. You tak pernah bahagiakan I"

"Damian, stop talking about this. Anak tu bila-bila masa je boleh buat. Jangan rush sangat boleh tak?" Aku mendengus kasar. Sakit kepala terasa semakin sakit.

"You ni tak fun lah. Tengok orang lain. Kahwin je laju dah dapat anak. Siap dua lagi dapat. Kita bila lagi, sayang? You tak sayangkan I ke?" Suaranya kedengaran manja. Geli telinga terasa. Muntah pun ada nak terkeluar. Laju saja aku menampar lengannya itu.

"Damian! You crazy! I tak nak! Please faham I! You ni jangan selfish boleh tak?!" Kali ni aku meninggikan suara pula. Siapa suruh cari pasal?

Damian senyum nakal. Mencuba sebaik mungkin untuk menghampiri aku di sebelahnya itu.

"Damian!! Don't! You tengah bawa kereta! Please focus on the road!" Jeritku sedaya upaya cuba untuk menghindari. Namun dia tetap berdegil. Semakin dekat jarak mukanya kepadaku. Semakin aku kuat menjerit.

"Damian!! Watch out!!"

Sedang selamat kereta bergerak, ada lori di depan muncul. Aku menjerit sekuat hati. Damian pula cuba sedaya upaya mengelak daripada terlanggar lori yang besar tersebut. Bunyi hon kuat kedengaran. Aku memejamkan mata. Tak sanggup melihat apa yang akan berlaku.

Sewaktu Damian cuba mengelak lori tersebut, kereta kami akhirnya jatuh menjunam dari bukit. Berpusing laju dan terus turun ke bawah. Di bawah pula ada tasik yang terbiar. Entah ada buaya atau tak, kereta kami akhirnya jatuh memasuki tasik tersebut. Segalanya terjadi dengan sekelip mata saja.

Aku cuba keluar daripada kereta tersebut untuk melihat keadaan Damian. Tapi aku tak dapat bergerak. Kuat suaraku menyeru nama Damian namun dia tak menyahut. Laju telefon disebelah aku menggapai dengan tanganku yang berlumuran darah. Menelefon seseorang yang aku percaya.

"Ender please help me! Help me now!" Dengan nada yang memerlukan bantuan, Ender bersetuju. Tak lama selepas itu, aku memejamkan mata menunggu kehadiran Ender yang entah bila.

...

Sejuk badan terasa. Lega juga terasa. Badan tak dapat digerakkan. Aku tak tahu sama ada aku ada patah tulang atau tak. Mataku perlahan-lahan membuka. Aku kenal sangat tempat ini. Ini hospital. Tempat yang dah serik aku jejaki. Bertambah balutan di kepala aku sejak kejadian yang berlaku.

"You awake. I've been waiting for you" Suara yang aku kenal di sebelah. Aku memusingkan kepalaku untuk melihat.

"Ender. Apa terjadi? Berapa lama saya tidur?" Soalku kepadanya.

"17 days. You coma"

Terkejut beruk aku mendengarnya. Aku tak percaya yang aku koma. Terasa seperti aku baru tidur semalam, dan tersedar hari ni.

"Mana Damian?" Laju aku bertanya.

"ICU. Koma juga. Tapi tak sedar lagi" 

Aku menekup mulutku. Tak percaya dengan apa yang terjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga lagi.

"He's trying to kill you. Jangan dekat dengan Damian lagi. Please divorce" Kata Ender serius. Tak ada nada bergurau langsung. Aku baru sedar betapa Damian cuba membunuh aku sampai macam tu sekali.

"Remember how your mom killed by him. The same way as he did to you" Ujar Ender. Mataku terbeliak dengan air mata yang jatuh ke pipi.

"I end up at the hospital again..!" Kuat suaraku bergema memenuhi ruang bilik sakit itu. Aku mulanya jenis yang takut jarum dan bencikan hospital. Tapi nasib tak menyebelahi, aku terpaksa berada di sini untuk beberapa kali.

Aku nampak Ender hanya diam saja. Kadangkala, aku rasa seperti aku membebani dia. Perlu ke sampai macam tu sekali jaga aku ni? Macam lah aku ni budak-budak mentah yang tak tahu jaga diri.

"Kenapa awak jaga saya ketat sangat? Perlu ke sampai macam tu sekali?" Aku membuka pertanyaan daripada membiarkannya diam saja.

"Because it's your dad's instructions. I have to obey everything he asked me to" ujarnya ringkas.

"Tapi boleh tak bagi saya sehari je tanpa pantauan awak? Saya teringin nak bergerak bebas" nadaku kini dilembutkan sedikit. Minta-minta lah Ender berlembut hati.

"No and jangan harap"

"Alah please? Saya bagi awak sesuatu kalau awak benarkan" kali ni aku buat mimik muka seperti budak-budak inginkan gula-gula.

"No Mia. If I said no, then no. There's no chance" ujarnya sedikit tegas.

"Ender. Please listen. Saya tak nak bebankan awak. Cukuplah sampai sini saja awak jaga saya. Saya bukannya budak tak tahu jaga diri. Melintas jalan pun saya pro. Jadi tak payahlah ambil berat sangat!"

"Ada saya kata semua ni membebankan ke? I ever said that? I did all this for yourself "

"Saya mahukan kebebasan..."

"Kebebasan jenis apa awak nak? Enough, Mia. Know your place. Kehidupan awak tak selamat macam orang lain!" Ender mengamuk. Kali ni nampak mukanya merah menahan marah. Aku hanya diam saja. Tak mampu menambah perisa lagi.

Dan akhirnya aku turutkan saja apa yang Ender mahu. Kadangkala aku terfikir dia ni tak berkahwin ke? Takkan tak ada rasa nak beristeri dan ada anak? Muka kacak takkan tak ada orang nak kut?

Aku hanya ketepikan soalan-soalan yang melibatkan hal peribadi. Mungkin bagi dia perkahwinan dan keluarga tak penting baginya. Atau mungkin dia jenis manusia yang tak inginkan kasih sayang. Berbeza dengan aku yang mencuba sebaik mungkin untuk itu. Tapi masih tak dapat. Aku juga hampir berputus asa.

"Awak nak teman saya ke?"

"Of course. For your safety and also you said you hate being here. Takut duduk hospital? Penakut" Ender melemparkan jelingan maut. Sekaligus buat aku rasa mahu baling kerusi yang tersedia di situ. Cis! Siapa kata aku takut?

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now