CHAPTER 22

26 6 0
                                    

"Ender, please saya tak yakin saya dapat buat". Aku memegang hujung baju Ender. Tangan menggigil. Trauma di fikiranku masih segar.

"Please, Mia. You have to fight it. You have me now. Janganlah risau"

"Saya nak balik. Saya tak boleh". Aku terus bergerak meninggalkan Ender. Topeng yang tadinya dipakai aku buka. Rimas terasa.

"Wait, Mia!" Ender berlari kearah aku. Kemudian dia memegang pergelangan tangan untuk elak daripada aku berjalan jauh.

"Apa? Cukuplah" ujarku tegas.

"Mia, you need to think. Kalau awak tak ambil tindakan, then how are you going to live calmly? Your family is in danger. Your father too. You should be worried and selesaikan masalah ni dengan saya" Ender tenang. Tak meninggikan suara pun.

"Saya tak nak buat sekarang. Saya tak rasa plan kita menjadi. Liam tu licik. Nanti kalau awak cedera lagi macam mana? Enough. Saya nak balik Malaysia kalau boleh. Lagipun saya tak ada family. Saya hidup seorang saja" Kataku. Tak memandang muka Ender langsung. Entah kenapa rasa tak sedap hati sangat-sangat.

"Mia. Please. Saya tak nak tengok awak mati sia-sia. Walaupun awak duduk di Malaysia, Liam masih tahu dimana awak dan sebagainya. It's too dangerous to give him freedom"

Ya benar kata Ender. Tapi hatiku berkata tidak manakala otak aku pula berbelah-bagi. Rasa geram dan ingin balas dendam terhadap Liam akan tetapi, perasaan amat takut menerpa. Sesuatu yang aku mungkin tak dapat lawan.

"Kenapa awak buat semua ni? Kenapa?!" Jeritku. Aku ingin tahu segalanya mulai sekarang. Tentang Ender, identiti sebenarnya dan banyak lagi.

"Awak nak saya terus terang ke? Betul ni? Fine. Apa-apa soalan awak, saya akan jawab. Hurry" Ender memandang serius tepat ke mataku.

Akhirnya kami berada di cafe berdekatan dengan lokasi tadi. Disebabkan sikap aku yang tak sabar nak tahu perkara sebenar, akhirnya kami merancang untuk duduk di cafe dan berbual. Seketika plan tadi diketepikan. Ada hal yang lebih penting berbanding plan itu.

"Now, tell me. Kenapa awak buat semua ni?" Aku memulakan bicara.

"Ender Leonard. CEO syarikat dan juga pembantu kepada Dato' Dr Mavis Miguel. Saya pembantu ke 20 dia. My job is I need to protect you and by your side 24/7"

Aku keliru. Siapa Dato' Dr Mavis Miguel tu? Dengar macam sangat berwibawa.

"Siapa Dato' Dr Mavis Miguel?"

Ender diam.

"I'm sorry. Tak semua soalan awak saya boleh jawab. Ada sesetengah saya perlu simpan"

"Why? Awak kata awak akan jawab apa-apa saja pertanyaan saya!" Aku mulai marah. Rasa seperti dikhianati pula.

"He is secret. He also give you money silently"

Aku cuba meneka. Siapakah gerangan itu.

"He don't live in Malaysia. So kalau cari pun, jangan harap dapat jumpa. He is in Russia right now. Bekerja dengan saya juga. That's why I have to go Russia for a month. To work with him" Ender menambah.

"Is he..my father?"

Ender diam lagi. Kali ni dia mengetap bibir.

"Answer me! Please be honest! Saya tak sanggup ditipu dan dianiaya lagi!" Marahku.

"Yes Mia. He is..your father. Your biological father"

Aku terbangun dari duduk. Semua mata kini melihat tepat kearah aku. Ayahku seorang Dato'? Di Rusia? Kenapa perlu jauh-jauh? Kenapa tak duduk dengan aku? Aku punya banyak soalan yang tak dijawab dengan tepat. Aku menangis tiba-tiba.

"Why? Kenapa dia buat semua ni? Untuk apa? Jelaskan semuanya!" Ujarku sambil tersedu-sedan.

"He has reason. And dia tak ada niat nak aniaya awak. Dia cuma nak lindungi awak dibawah jagaan saya. Only I can take care of that. Dia meletakkan setinggi harapan dan kepercayaan kepada saya. I can't tell you everything. I have to follow these instructions. Kalau tak saya dibuang and I no longer your bodyguard"

Akhirnya aku mengalah juga. Biarlah apa yang terjadi. Satu per satu masalah aku timpa. Kalau bukan sekarang, pasti nanti. Tapi aku akan pastikan semuanya berlaku. Aku mahu dekat dengan ayahku. Tak pernah aku lihat bagaimana rupa paras nya. Sedih teramat di hati dan jiwa.

"Saya nak balik Malaysia juga. Tak nak datang Las Vegas lagi. Lepas ni kalau nak buat percutian, buat kat tempat lain!" Marahku terhadap Ender.

...

Badan mula rasa tak sihat. Rasa tenat dan kepalaku sangat sakit. Migrain agaknya. Walau apapun, Ender masih menginap di rumahku. Dia tetap tak nak pulang walaupun Damian ada di sini. Apa yang menarik, Damian tak dapat tahu hal sebenar. Ender memang pandai menyorokkan identiti dan rahsianya. Jadi aku tak perlu risau.

Pagi itu, aku hanya duduk di sofa. Terbaring macam dugong sambil layan Netflix. Aku tak kerja sebab malas. Ender pula sedang bersiap untuk berangkat ke pejabat.

"Mia. Let's go to work. Jangan curi tulang " tegasnya.

Aku merengek sekali-sekala. Malas betul nak pergi kerja waktu pagi-pagi buta sebegini. Tidur lagi sedap!

"Cepat, Mia. Nanti lambat "

Aku masih duduk pegun di sofa melayan Netflix yang entah bila nak habis. Remote TV dirampas dan terus ditutup olehnya. Aku melihatnya dengan dendam sekali.

"Pergi mandi dan bersiap. Now!"

Aku masih kekal pegun. Entahlah kenapa. Malas yang teramat sangat!

"Oh cabar saya nampak?" Tubuhku diangkat olehnya dan dibawa ke atas bahu. Aku menjerit kerana terkejut. Dia dukung aku! Kemudian dibawa ke bilik untuk bersiap. Setelah itu, kami bersama-sama menaiki kereta dan menuju ke lokasi sepatutnya.

"Hmph! Kenapa serius sangat? Sampai paksa saya? Apa awak sorokkan hah?" Marahku di pagi hari.

"Diam and just follow me. Everyone is waiting for you"

Aku terkejut mendengar. Ada apa ni? Hari jadi ke? Tapi lambat lagi!

Sebaik saja kami tiba di entrance, tak ada satu pekerja pun di hall tersebut. Mana pergi semua orang? Cuti ke apa? Aku pelik. Tak pernah-pernah jadi sebegini selama aku kerja. Ini adalah kali pertama.

Jalan menuju je pejabat Ender. Di tingkat paling atas. Sepanjang itu, aku hanya diam dan buntu. Ender pula berjalan dengan yakinnya. Sekali-sekala bau perfume dia. Nak tarik mood sikit-sikit. Hehe. Pintu pejabat dibuka. Tak ada orang. Semua menghilang entah ke mana. Apa yang lagi mengejutkan, suasana pejabat tersebut gelap gelita.

Aku tak dapat jumpa dimana Ender. Tadi ada, tapi sekarang tiba-tiba menghilangkan diri. Aku mencari susuk tubuhnya tapi masih tak jumpa. Ke aku dah buta? Berusaha mencari telefon, tapi beg tanganku berada dengannya! Cis! Licik betul! Pinggang aku terlanggar bucu meja. Terjerit kecil kerana terasa sakitnya. Aku tak tahu dimana aku berada. Di pintu pejabat? Atau di tengah-tengah pejabat? Argh! Stres pula!

ENEMY OR HUSBAND?Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ