CHAPTER 30

14 5 0
                                    

"saya nak pergi melawat Damian. Tolong bawa saya ke ward dia"

Tubuhku terasa ringan untuk angkat. Pening kepala pun dah berkurang. Melihatkan Ender tidur di sofa yang disediakan, terjaga setelah aku memberitahu apa yang aku inginkan. Lantas dia bangun dari tidur dan bersiap sedia untuk bantu aku.

Kemudian langkahnya terhenti. Memandang aku dengan pandangan cold, no reactions. Aku faham kenapa. Tapi aku mahu juga melawat Damian semata-mata nak tengok berapa teruk cedera yang diperoleh.

"Perlu ke melawat mamat celaka tu?" Ujarnya tak berpuas hati. Badannya yang tegap menghalang aku daripada berlalu pergi.

"Suka hati sayalah. Saya nak tengok macam mana keadaan dia aje"

Aku mulai bergerak. Tiba-tiba terasa kaki lembik dan tak membenarkan aku berjalan dengan betul. Hampir terjelepok sehingga Ender sendiri cuba menahan badanku dengan memeluk pinggangku.

"Ber careful. Doctor said, tulang awak retak. Syukurlah tak patah " ujarnya lembut seperti memujuk aku. Entah kenapa hati ni berdup dap dup dap. Namun tetap untuk kekal tenang.

Kami berjalan di koridor hospital itu sambil Ender memegang pinggangku dan satu tangan kiriku. Tangan kananku pula membawa IV drip bersama. Sepanjang berjalan, kami berdua hanya senyap. Suasana agak tegang.

Kemudian tiba di depan ward dimana terlantar Damian di situ. Aku mula membuka pintu dan memasuki ruangan ICU. Melihatkan kepala dan badannya berbalut dengan kemas, aku rasa sedih di sudut hati. Apakah ini karma baginya dan pengajaran untuk aku? Haruskah aku percayakan dia? Ah, Mia. Hatiku berbelah bahagi.

"See? Buang masa je datang sini. Dia tak bangun pun. Jom lah pergi" ujar Ender dengan nada cukup menyampah.

"No, Ender. Saya nak duduk sekejap"

Aku kekal melihat Damian sementara Ender berdiri tegak di sisi aku. Tangan Damian aku sentuh. Sejuk terasa seperti aku menyentuh mayat. Namun, gerak nadinya masih rancak. Bila dia sedar nanti, aku harap dia tak hilang ingatan. Mujurlah dia juga tak ada cacat cela akibat kemalangan yang hampir menghilangkan nyawa kami.

"Are you done? You're holding his hands?" Ender berkata lagi. Mukanya sedikit menyampah dengan tingkah laku aku itu. Biarlah apa aku nak buat. Apa yang pasti, aku bukan isteri yang betul-betul cintakan dia. Jangankan cinta, perasaan suka pun tak pernah wujud.

"Ender, awak rasa betul ke apa yang Damian buat? Mak saya mati disebabkan dia? Is that true? I need proof for that. Susah saya nak percaya kalau cakap sedap mulut je!" Akhirnya. Soalan yang aku tertanya-tanya selama ini.

Ender diam saja. Aku kekal menunggu jawapan. Reaksi mukaku juga boleh dikatakan serius setakat ini. Kalau dah hal keluarga, tiada masa untuk bergurau senda. Akan aku buat apa saja untuk tebus segalanya.

"We perhaps have proof. But I'm not sure. Maybe your dad knows well about it"

"Oh ya cakap pasal papa, bila dia nak balik? Dah lama sangat ni. Jangan kata dia dah mungkir janji pula!" Jeritku. Tiba-tiba aku tersedar aku di mana. Terus menenangkan diri sendiri. Silap haribulan, Damian pun boleh terjaga gara-gara aku!

"Calm down. Dia dah balik. Tapi tengoklah keadaan awak sekarang. Macam ni ke nak keluar ke Rusia? You know? It's Rusia not Indonesia. Tunggulah pulih dulu" kini Ender seperti hilang sabar pula. Bila-bila masa saja kami boleh bergelut di sini.

"I don't care! I wanna see papa!" Jeritku sekali lagi.

"Enough, Mia! Enough! Tunggu sajalah sampai sihat! Jangan berdegil boleh tak?!" Ender menengking. Entah kenapa hatiku rasa seperti ditikam dan dipijak. Aku mulai menangis. Sejak bila aku jadi emotional sangat ni?

Ender merapati tubuhku yang tersedu-sedan dek tangisan drama. Kemudian dia memeluk aku dengan erat sekali. Bau perfume, seperti biasa, segar menusuk ke hidungku. Dakapan yang erat sekali bagai tiada hari esok. Rambut belakangku diusap lembut.

"It's okay. Don't cry please. I hate your tears. It hurts me a lot, Moya lyubov' " nada yang begitu tenang bersama deep voice yang mampu mencairkan hati wanita.

"Whatever you are, I'm always here. I'm the hero yang rela mati demi seseorang yang dia jaga. Trust me for everything and our plan" sekali lagi nada lembut menyedapkan telinga. Tanpa sedar, kami berpelukan di ward Damian yang entah bila mahu sedarkan diri.

"Awak..rela mati demi saya?"

"Always and I'm willing to. I wanna be your hero and save you from any danger, Mia" tubuh didakap kuat lagi.

...

Seminggu sudah berlalu. Aku juga sudah diarahkan keluar daripada hospital iaitu bagaikan penjara bagiku. Tempat yang penuh dengan drama. Namun, keadaan Damian masih kritikal dan tak menyedarkan diri.

Cakap pasal kerja, sudah sekian lama juga aku tak libatkan diri. Aku meminta izin Ender untuk bekerja dan dia benarkan. Rasa gembira di hatiku membuak-buak. Benar aku rindukan Aria dan kawan-kawan sekerja yang lain.

"Eh Mia! Kau okay? Sorry tau aku tak dapat melawat kau. Tapi aku ada kasi oleh-oleh untuk kau. Hari tu aku pergi Singapore!" Ujar Aria gembira di pagi hari lagi. Menyambut kedatanganku yang tak terduga. Sama juga Ender yang berjalan di sebelahku.

"Terima kasih, Aria. Kau pergi dengan siapa kat sana? Mesti best kan?" Oleh-oleh yang diberikan itu adalah keychain comel berbentuk teddy bear berserta dengan selipar cantik dan simple untuk ke pantai. Walaupun hanya hadiah biasa-biasa saja, aku amat menghargainya.

"Eheheh. Kau ni macam tahu-tahu je aku ada pergi dengan seseorang " muka Aria tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Siapa? Aku teka je tak sangka betul" ya aku memang teka saja. Takkanlah Aria yang pendek ni nak pergi sana seorang diri kan? Macamlah aku tak kenal orangnya macam mana.

Dia masih di dunia sengihnya itu. Aku pula layankan aje. Nak buat macam mana kalau dapat kawan yang perasannya tahap dewa?

"Aku pergi dengan seorang lelaki nama Aidan. Dia handsome gila weh. Terpikat aku dengan dia! Dia belanja aku macam-macam tau!" Aria berseloroh. Jelas nampak kebahagiaan di mukanya itu. Tapi reaksi aku? Mestilah terkejut.

Aidan? Yang kawan aku tu ke? Rasanya macam ya tapi kita tak boleh buat andaian sesuka hati, kan? Tapi ada kemungkinan juga sebab Aidan selalu balik KL dan lalu di kawasan tempat kerja kami.

"Aidan? Muka dia macam mana? Tinggi dia macam mana?" Soalku. Jujur aku rasa ingin tahu.

"Tubuh dia memang mantap gila! Rambut dia pun coklat keemasan macam tu. Lepas tu, orangnya pun ceria macam aku juga"

Ada betulnya. Tapi aku hanya diamkan saja. Buat-buat macam aku tak kenal Aidan tu siapa.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now