CHAPTER 33

17 5 0
                                    

Pintu dikuak perlahan. Dan dikala itulah, jantung aku berdegup laju. Bukan apa tapi aku nervous. Ni adalah pertemuan aku dan papa buat kali pertamanya. Mungkin kali terakhir semasa aku lahir. Dan kali pertama semasa aku dewasa. Aku harap papa gembira.

"Papa.." salah satu perkataan aku sebut ketika pintu dikuak.

Dan muncullah seorang lelaki berbadan tegap, berusia 50 an. Setia berdiri di depan pintu sebaik saja aku buka. Aku.. kagum apabila pandang muka papa. Papa sangat kacak. Walaupun sudah berusia 50 an, tapi masih nampak muda. Badan papa tegap macam dah lama pergi gym. Patutlah mama suka.

"Papa?" Ujarku lagi.

"Mia..kamu dah balik" suaranya aku dengar. Untuk kali pertama. Ya kali pertama. Aku rasa sebak sangat. Aku terus berlari ke arahnya dan memeluk kuat. Pelukan antara seorang anak dan seorang bapa yang dah lama berjauhan. Aku melepaskan tangisan sekuat hati.

"Kenapa papa buat semua ni? Tak boleh ke kita hidup macam orang lain? Kenapa perlu papa bermusuh macam ni? Mia sayang papa. Mia tak nak jadi apa-apa dekat papa!" Teriak aku.

Aku perasan di pejabat papa, ada gambar besar tergantung. Apabila aku lihat, aku bertambah sedih. Di dalam gambar itu, ada seribu makna dan memori. Mama yang sedang dukung aku semasa baby dan papa berdiri di sebelahnya. Kedua-dua orang tuaku mempamerkan muka bahagia.

Pertama kali jugalah aku dapat lihat mama. Mama cantik. Berpakaian sopan dan memang tertera menunjukkan mama seorang yang memeluk agama Islam. Aku tenung lama gambar itu sambil air mata bergenang. Aku jalan menghampirinya dan mengusap gambar tersebut.

"Ini mama kamu masa dia hidup. Inilah gambar pertama dan terakhir kami. Lepas tu, mama mati ditembak. Papa ada abang bernama Henz Miguel. Dia cuba selamatkan mama kamu daripada diculik namun gagal. Mama kamu dibunuh termasuk Henz Miguel oleh dua orang lelaki bernama Damian dan Liam" suara dingin papa aku dengar.

Aku tahu Damian dan Liam merupakan makhluk kejam di dunia ni. Apapun aku bersyukur kerana Damian diberikan koma selama berbulan-bulan. Sehingga sekarang, aku tak tahu tentangnya dan tak nak ambil tahu.

"Papa minta maaf tak sempat selamatkan mama. Papa menyesal sampai sekarang, Mia. Mia lah puteri papa. Mia lah jantung papa. Papa sayang Mia. Maafkan papa" suara papa bertukar sedih. Aku dah lama maafkan dia sejak aku tahu dia memang ambil berat tentang aku.

Aku memegang tangan papa.

"Mia dah lama maafkan papa. Terima kasih sebab selalu ambil berat tentang Mia. Mia bersyukur"

Papa berikan aku satu album. Album yang tebal dan lusuh. Nampak macam lama sangat papa simpan. Di hadapan, ada tulisan yang bertulis 'the memory of Mavis's family '. Aku mula membuka halaman. Ada gambar mama dan papa ketika mereka bercinta sehinggalah terlahirnya aku.

Ada juga gambar mama dan papa menyambut hari raya. Papa pakai songkok bersama baju melayu yang lengkap. Papa orang Islam dan aku lega. Tak perlulah aku susah payah tanya dia mengenai itu. Aku membelek-belek lagi hingga ke laman terakhir. Dan..itu sahaja. Selepas itu aku tahu apa yang terjadi. Hari kematian mama.

"Ni album dari mama kamu. Impian dia nak penuhi album ni sampai akhir hayat dia. Dia nak tengok kamu membesar dan berkahwin kemudian selitkan gambar di sini. Tapi sayangnya, nasib tak menyebelahi" nada sedih papa kedengaran lagi.

"Tak apalah papa. Kita tak boleh ubah takdir Allah kan? Dah ajal mama macam tu, kita kena terima walaupun sukar. Mia bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya, papa masih ada di sini teman Mia. Papa dan mama dah berjuang sebaik mungkin. Cukup buat Mia bahagia"

Kemungkinan besar, papa tak tahu agama aku yang dulu Atheist. Aku tak mahu ceritakan padanya kerana mesti papa kecewa dan bertambah sedih. Yang lepas, lepaslah. Aku bukannya orang kafir lagi. Apa jadi agaknya kalau aku ke sini tanpa mengetahui Islam? Apa jadinya kalau aku tak selongkar pejabat rahsia Aunty Lily? Oh..aku tak nak fikir. Pasti papa bertambah sedih dan merancang nak bunuh Aunty Lily pula.

Aku ceritakan pada papa segalanya tentang apa yang terjadi padaku. Hal mengenai Damian dan Aunty Lily juga aku beritahu. Termasuk Liam. Mereka lari dari Rusia dan ke Malaysia untuk target aku pula. Oleh kerana mereka takut dengan papa, mereka pilih aku untuk jadi mangsa setelah mama dan abang kepada papa.

Tiga orang celaka yang aku pernah jumpa di hidup aku. Aku harap mereka dapat balasan setimpal daripada tuhan. Aku mungkin tak mampu untuk membalas, tapi tuhan mampu dan akan balas lebih teruk. Tak sabar aku nantikan kejadian tersebut. Aku nak tengok mereka bertiga sengsara.

Aunty Lily, penipu pertama dalam sejarah hidup aku. Damian, manipulator. Berlakon jadi baik konon pemegang sijil PhD yang dibuat-buat. Liam pula sudah tentu musuh ketat aku sejak dia culik aku. Terima kasihlah. Kalau tak, aku mesti tak tahu kewujudan kau.

Papa sarankan aku untuk kekal duduk di Rusia. Aku tak dibenarkan balik selagi kes ni belum selesai. Papa punya rancangan yang mantap untuk serang tiga orang celaka. Papa tak membunuh. Tapi bodyguard dia akan buat semua tu untuk keselamatan dia dan aku. Aku tahu papa aku tak akan terpesong dari agama. Kadangkala, dia terlupa dan aku mesti ingatkan dia untuk bersabar.

Apa yang buat aku sedih, aku tak dapat lawat kubur mama. Mama tak ada kubur. Kata papa, lepas Liam dan Damian bunuh mama, mereka bawa lari mayat mama dan sekarang hilang tanpa jejak. Papa syak mayat mama dah dibakar atau di buang di tempat-tempat strategik. Tapi itu hal lapuk. Kalau nak cari balik, memang takkan jumpa.

Semuanya hanya tinggal memori. Mama tak dapat lihat aku membesar, berkahwin. Mesti itu impian setiap ibu bapa. Melihat anaknya membesar dengan berjaya sehinggalah ke cucu cicit. Aku sekali lagi membelek album keluaran kami. Dan air mata menitis lagi.

...

Muka aku memandang Ender dengan muka tak percaya.

"Ni ke meja kerja awak? Kenapa lain sangat dengan yang dekat Malaysia?" Aku gelak kuat.

Meja kerja Ender yang biasa saja seperti pekerja biasa. Mahu dibandingkan dengan dia di Malaysia, lagak CEO konon. Tapi realitinya, inilah dia di pejabat papa aku. Level bawah. Aku pun lebih hebat dari dia!

"Hey. Jangan biadab sangat eh. Ingat. Awak tu PA saya. Nak kena pecat ke?" Marahnya.

Aku ketawa lagi.

"Relaks. Gurau pun tak boleh! Oh ya. Siapa PA papa saya?"

Ended sengih berlagak. Jangan kata dia pula! Aku muak!

"Oh.. PA dia? Ender Leonard" ujarnya bermuka bangga lagi. Huh PA papa tapi meja noob. Apapun aku hanya mengucapkan tahniah kepadanya.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now