CHAPTER 27

14 5 0
                                    

Apa aku buat di Langkawi? Hanya shopping! Aku juga dah bosan asyik jejak ke pantai. Gambar pun dah beribu diambil oleh fotografer tak berbayar aku iaitu Aidan. Dan setelah itu, kata Aidan dia tak dapat untuk terus menjadi pemandu pelancong aku sampai hari terakhir aku di sini. Akhirnya aku putuskan untuk bergerak seorang diri di bandar ini.

Tinggal tiga hari lagi sebelum aku pulang ke KL. Dan tiga hari itulah aku tak bazirkan masa aku terperap dalam bilik hotel. Aku putuskan untuk bergerak sana sini dengan kereta sewa yang aku bawa di sana. Aku hanya menjejaki beberapa tempat yang mungkin menarik bagi orang dan bukan bagi aku. Aku terpandang butik Zara yang sememangnya banyak baju yang cantik terjual. Aku terus rambang mata dan mengorak langkah dengan jayanya untuk memborong.

Sedang khusyuk membelek-belek baju di situ, lenganku dirangkul kasar sekali oleh seseorang lelaki berbaju serba hitam dan tinggi lampai macam yang aku pernah nampak. Aku cuba sedaya upaya untuk melarikan diri namun semuanya terlambat. Dan semakin jauh dia bawaku daripada kedai butik tadi. Tegas katanya terhambur kepadaku.

"Kau balik sekarang! Balik! What the hell you doing here?! You said you were sick! Flu! End up you're here?! How dare you?!" Cukup tegas suara Ender. Masih membawaku ke suatu tempat.

Melihatkan kejadian ini, aku teringat akan apa yang Ender lakukan kepada perempuan Cina yang entah macam mana sekarang. Yang pasti mungkin perempuan tu sudah mati dibunuh olehnya. Trauma menghantui diriku. Dia membawaku di sesuatu lorong yang senyap. Andai ini takdirku untuk kali terakhir aku dimuka bumi ni, aku nak ucapkan selamat tinggal kepada semua orang walaupun tak kesampaian.

Aku ditolak ke dinding dengan kasar. Kemudian tangannya melindungi kepala aku daripada terhantuk dan badannya menekan rapat ke badanku. Dipandang dengan penuh marah berapi. Lelaki yang berbaju serba hitam dengan rambut middle part nya kini sudah melekat di badanku secara total. Aku pelik. Kenapa aku tak mampu untuk berkata apa-apa? Aku berhak untuk menjerit! Tapi di sini tiada orang langsung. Kalau jerit pun, sia-sia saja!

"MIA..tell me.. are you lying? Why? Kenapa buat semua ni? Jauhkan diri daripada saya? Because of what? Tell me everything" bisiknya. Mukanya amat dekat denganku.

Aku diam dan memejam mata. Tak mampu untuk aku bertentang dengannya yang sedang memandang aku dengan tajam itu. Mukanya amat ketat dan terlihat kejam sekali. Manalah tahu dia bakal keluarkan pisau, aku hanya mampu pasrah dengan kejadian bakal terjadi di sini.

"MIA MICIELA.. I'M TALKING WITH YOU!!" Jeritnya kemudian menghempas beberapa kayu buruk yang terdapat di semak samun tersebut. Aku jadi terkejut dan menangis secara tiba-tiba.

"Tolong jangan bunuh saya!" Jeritku sambil teresak-esak. Suara bergetar dan badanku menggigil. Tak pernah aku nampak Ender sebegini. Aku nampak gerakan Ender terhenti seketika. Mukanya yang tadinya kejam berubah beku. Matanya membulat seakan-akan tak percaya dengan apa yang aku kata.

Kemudian dia menggosokan rambutnya. Yang tadinya kacak terhasil, sekarang dah seperti orang kena sampuk rambut itu dibuatnya. Bibirnya mengetap kuat seperti sedang menahan rasa. Kemudian perlahan-lahan dia mengelus lembut rerambutku.

"Oh I'm sorry. I didn't mean to do that. Bunuh? Takkanlah saya jahat sampai macam tu sekali. Bunuh orang pun tak pernah"

Aku lantas menolak kasar badannya. Kali ni, biar aku pula tunjukkan taring.

"Tipu! Saya nampak awak bunuh seorang perempuan di funfair! Saya nampak dengan jelas! Saya ada bukti! Jangan apa-apa kan saya dan pergi dari sini!" Jeritku. Tangisan masih mengalir dengan padunya.

"Dari awal sampai akhir saya saksikannya. Apa lagi alasan awak? Kenapa buat semua ni? Betul ke awak ni bodyguard bawaan ayah saya? Atau awak hanya penjahat yang memerlukan harta saya dan nyawa kemudian salahkan Damian?!" Aku menambah. Jelas tak puas hati dengan apa yang terjadi. Aku mahu tahu lebih lanjut mengenai isu ini.

"No Mia.. please. I have the truth. Saya bukannya orang jahat. Please let me talk. Saya tak nak ada salah faham antara kita berdua dan ayah awak, Mia" ujarnya lembut. Memujuk aku supaya bertenang. Tapi satu pun aku tak dengar. Tetap berdegil mempertahankan hak aku.

"Enough, Ender. Saya bukannya seorang yang mudah terpedaya. Jangan cipta alasan lagi" aku akhirnya mengorak langkah untuk meninggalkan Ender sendirian. Tapi laju saja tangannya mencapai tanganku kemudian digenggam erat.

"Please! Tolonglah dengar penjelasan saya dulu! I need your help and attention for this! I'm not a bad person that you think. I have no intention of harming you! Your life is in danger. Anyone can come and kill you in an instant!" Tegasnya lagi. Matanya dibesarkan dengan mimik muka yang benar-benar memerlukan perhatian aku.

Aku menghentikan langkah dan bersedia mendengar apa-apa saja ayat yang bakal keluar. Biarlah kalau dia menipu sekalipun, aku tak perlukan dia lagi dalam hidupku. Dan aku bercadang untuk berhenti kerja di syarikat dia kemudian mencipta era baharu.

"Perempuan Cina tu sebenarnya, musuh ayah awak. Dia buat macam-macam cara untuk jatuhkan matlamat ayah awak. She's just like demon and wanting blood. Dia juga upah penembak untuk tembak ayah awak di Rusia. And sadly, one of our bodyguard died of shot. Setelah itu, dia arahkan saya untuk bunuh perempuan Cina tu. Dia kata, selagi perempuan tu tak mati, selagi itulah dia akan teruskan dengan niat jahatnya"

" Saya diberikan macam-macam peranti untuk mengesan lokasi awak. Tujuannya supaya saya sentiasa menjaga dan memastikan keadaan sekeliling selamat. So please don't think about bad things. And about Damian..he also deserve to be killed. Liam pun sama. Dia licik lebih daripada Damian. Mereka berdua seperti adik beradik. But I'm not sure who they actually were. Saya masih menyiasat hal ni " katanya lagi.

"Kalau macam ni saya tak boleh percaya " ujarku tegas. Mukanya dinaikkan kemudian terlihat seperti dia mahu menangis. Mungkin betul apa yang dia katakan. Tapi aku mempunyai satu permintaan.

"Saya nak jumpa ayah saya secara peribadi. Saya nak bertemu dengannya. Barulah saya percaya awak. Boleh kan?"

" No Mia. Tak boleh. Terlalu bahaya untuk ke sana" Ender bantah.

"I don't care! Kalau saya kata saya nak, saya nak! Lagipun kalau ada awak, selamat lah sikit! Tolonglah beri saya peluang berjumpa dengannya!" Rayuan aku kepadanya.

Sejenak Ender berfikir.

"Fine. But I must tell him first. Kalau dia setuju, awak boleh pergi. But now, can you please come back to me? Jom. Saya bawa awak balik KL "

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now