CHAPTER 15

25 3 0
                                    

Tanpa sedar, majlis perkahwinan aku dan Damian hampir tiba. Aku tak rasa gembira langsung. Tapi sebaliknya, rasa seperti ditikam,dibelasah di hati. Sesuatu yang aku tak nak terjadi akhirnya terjadi. Terpaksa demi mengorek kebenaran. Aku perlu tetap berlakon di depan Damian dan Aunty Lily. Kerana rasa tak sedap hati semakin menerpa.

Tinggal 3 minggu saja sebelum perkahwinan berlangsung. Seperti itu jugalah, Ender tak kembali. Dia masih tiada di tempat kerjanya. Perasaanku kecewa dan hatiku terasa dikoyak rabak olehnya. Hubungan kami seakan-akan putus. Tiada lagi hai dan bye di panggilan.

Rinduku padanya mula menerpa. Hampir menangis kerana rindu akan pelukan dan segala sentuhan darinya. Aku rasa sangat dekat dengannya. Bukan dengan Damian. Aku juga harap jodohku seperti Ender walaupun mustahil untuk Ender menjadi suamiku. Tanpa sedar, air mata mengalir lagi. Tak nak kahwin. Tapi terpaksa demi Aunty Lily dan kebenaran. Oh begitu malang hidupku. Kahwin dengan lelaki yang aku langsung tak cintai. Sesuatu yang takkan direstui.

Aku cuma harap Ender akan pulang di bulan ini. Aku ada sesuatu untuk bercakap dengannya. Kali terakhir kami bercakap adalah mengenai isu perkahwinan aku. Selepas itu, tiada lagi Ender seperti biasa. Aku mahu memohon maaf jika ada salah dan silap. Namun gagal.

" Mia cuba try wedding dress ni? Lawa tak? Cantik design dia! Rugi kalau tak cuba! Lagipun kena dengan body kamu yang langsing tu! " Aunty Lily memberikanku wedding dress yang dipilihnya. Memang cantik. Tapi seperti biasa aku tiada reaksi. Hanya turutkan saja.

Setelah memakainya di bilik persalinan, aku keluar. Kemudian memperagakan wedding dress tersebut. Reaksi Aunty Lily nombor satu paling dramatik. Puji aku bukan main lagi.

" macam mana? Nak yang ni atau pilihan pertama kamu? Dah kali ke 20 kamu pilih. Tetap tak ada pilihan. Padahal semua yang kamu ambil cantik-cantik belaka! " kemudian Aunty Lily ketawa.

Selepas itu Damian pula keluar dari bilik persalinan. Dia memakai suit putih bersama bunga Ros merah diletakkan di poket suit tersebut. Nampak maskulin. Kacak juga. Tapi terbayang Ender yang pakai. Pasti lebih kacak dari lelaki penipu ni.

" oh my goodness!! Menantu saya sangat kacak! Bangga Aunty dibuatnya. Memang padanlah kamu berdua! Rasa nak mempercepatkan majlis! Biar Aunty ada cucu ramai! " ujar Aunty Lily bukan main bahagia.

Aku hanya membuat muka tiada perasaan padahal dalam hati membuak-buak rasa panas. Jangan haraplah aku nak ada anak dengan lelaki tak guna ni. Aku ada plan yang semua orang tak tahu. Melihatkan muka Damian memerah,makin menyampah aku dibuatnya.

" eh saya tak kacak sangat pun, Aunty. Betul tu. Saya pun macam nak cepatkan majlis kami. Tak boleh tahan lagi betul tak, Mia? " mukaku dipandang olehnya. Nampak senyuman miang dia. Cukup kukenal.

" eh mana boleh! Kita dah tetapkan tarikh jadi ikutlah tarikh tu! Mana boleh sesuka hati cepatkan? Tak sukalah " ujarku. Dalam hati semakin panas. Rasa nak tumbuk muka semua orang termasuk pekerja di butik tu.

Senyuman Damian kelihatan pudar. Kemudian Aunty Lily mendekatiku.

" Aunty faham kamu. Kamu mesti rasa tak biasa kan? Tak apa. Kamu pun nanti akan rasa kasih sayang dari suami sendiri. Suami kamu sehingga hujung nyawa. Jadi nanti janganlah selalu bergaduh, ya? Mari buat majlis ni indah dan lebih indah daripada majlis perkahwinan Aunty "

Aunty Lily senyum lebar. Bangga la tu! Kemudian bahuku diusap lembut. Aku hanya diam sepanjang hari.

...

Majlis perkahwinan tiba. Kami hanya buat secara tertutup saja. Itu pun daripada permintaan aku. Aku tahu hubungan aku dan Damian takkan kekal lama. Hanya sementara waktu saja. Perasaan aku pada dia pun tak pernah wujud. Aku harap dia pun sama semasa di akhir nanti.

Majlis berjalan dengan lancar. Aku tak menjemput sesiapa pun dari tempat kerjaku. Hanya beberapa saja yang hadir itupun rakan sekerja dan kawan lama Damian ketika universiti. Nak kata di sini, aku dikira bertuah oleh mereka. Dengar cerita Damian ni ramai perempuan nak mengurat. Tapi dia pilih aku. Dan aku tahu penyebabnya.

Setelah majlis tamat selama satu hari suntuk,kami balik ke rumah kami. Rumah aku la tu. Memang dia nak rumah aku sebagai rumah dia. Dia juga paksa aku tukar nama rumah tersebut ke atas namanya. Konon nak jaga sebagai seorang suami. Namun awal-awal lagi aku menolak. Risiko besar jika dibiarkan.

Di malam pertama kami, seperti biasalah. Tidur. Nak buat apa? Aku memang tahu dia lelaki miang. Banyak kali dipaksa olehnya untuk buat benda tu bersamanya. Namun aku perlu sedaya upaya menolak. Jangan mudah percaya lelaki, Mia! Nanti kalau mengandung anak dia, siapa susah? Aku pun tak nak ada anak lagi. Umur 23 masih awal!

Kehidupan aku sebelum dan selepas kahwin sangat berubah. Aku rindu semasa aku belum kahwin. Tak payah terkejar-kejar untuk buat segala benda demi suami sendiri. Dia tak ada tolong aku langsung. Sampai aku lewat nak ke tempat kerja. Semua benda mengharapkan aku untuk buat. Tiba-tiba rasa menyesal yang amat.

Aku masih fikirkan tentang Ender. Jujur aku rindu. Bukan sebulan dia bercuti. Tapi 5 bulan! Sehingga aku kahwin, dia tiada! Menghilangkan diri tanpa jejak. Aku musykil dan ingin tahu. Aku masih rasa dekat dengannya. Satu perasaan yang agak lain.

...

Aku dinaikkan pangkat. Maklumlah banyak buat kerja dan selalu OT. Mestilah dinaikkan pangkat setaraf dengan pekerja di pejabat Ender. Tiba-tiba teringatkan perempuan tak guna tu, si Haelyn. Ha sudah. Menyesal buat kerja banyak-banyak. Ingatkan dapat ganjaran tapi rupanya kecelakaan.

Aku terpaksa dipindahkan di pejabat Ender. Terpaksa aku meninggalkan meja Elina yang aku tak mahu berpisah. Aku masih terbayang susuk tubuhnya duduk di meja tersebut. Tanpa sedar air mata mengalir lagi. Terus digagahkan diri. Jangan menangis, Mia! Kau kuat!

Aku ditempatkan berdekatan dengan meja Haelyn. Aku dah agak dia yang aturkan dimana aku duduk dan sebagainya. Dia ni memang jahat. Geram semakin mendadak naik. Bukan takut tapi geram bila berdepan dengannya. Rasa nak cincai saja rambutnya jadikan Maggie.

" kau duduk sini. Aku nak pantau kau buat kerja. Entah-entah asyik curi tulang je. Ingat kau dah naik pangkat sebagai pembantu kanan Ender. Jangan buat kerja sambil lewa. Kalau tak, pecat. Oh and one more thing, jangan datang lewat. Kalau tak, say goodbye to us! " ujarnya sambil ketawa.

Aku hanya diam tiada reaksi. Melihatkan perempuan durjana semakin durjana. Nasibku memang malang. Dikahwini dengan lelaki yang aku tak cintai tambah pula penipu. Kemudian duduk di sebelah perempuan durjana. Dan Ender masih tak hadirkan diri. Elina juga sudah tiada.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now