Part 1💖

21.3K 459 26
                                    

  Tok...tok tok...

"Ezz....".Seru Puan Sari dari balik pintu.

"Hemmm...".jawab Ezz Dayana.

  "Ezz..bangun...Dah pagi ne sayang.Nanti lewat pula kamu nak ke sekolah".laung Puan Sari lagi.

Berkerut wajah gadis itu.Bantal dikepalanya diambil lalu ditekup ke muka.Malas pula rasanya.Suasana dingin di kampung pada waktu itu seperti meminta dia untuk menyambung sahaja lenanya.

Namun belum sempat biji matanya hilang ditelan dek kelopak matanya.Puan Sari kembali mengetuk pintu bilik anak daranya itu.

"Ezz...mama cakap bangun.Bangunlah ! Kamu dah lewat ne.Tahu tak !.ishh pebendenya lah budak ne liat betul nak bangun tidur.".bebel Puan Sari.Geram sungguh dia dengan perangai anak daranya itu.Dah 19 tahun pun.Tapi gelagat kalah budak2.

"Kalau Ezz tak nak bangun.Mama pecahkan pintu bilik kamu ne.Faham tak !".gertaknya.

Aduhh.mama ne kacau betullah orang nak tidur.Asyik2 memekak.Tak sakit ke tekak tu.gerutu Ezz."Ye maa.Jap lah..Orang dah bangun pun ne".Kata Ezz.Dia bangun dari perbaringan.

Dah macam isteri kehilangan suami lagaknya.Dengan rambut yang kusut macam sarang tebuan.Baju besar yang terlondeh dibahagian bahu.Memang serupa dengan 'watak' itu.

Rambutnya digosok2 kasar sambil sebelah lagi tangannya mengelap air liur basi yang berada di tepi bibir hasil daripada 'pelaburannya' semasa tidur tadi.

  "Ezz bersiap cepat.Mama tunggu kat ruang tamu.Kalau kamu lambat.Siap kamu mama kerjakan ! Faham !".arah Puan Sari.

"Ye maa".

Katil yang berselerak dikemas.Selimutnya yang bercorak bunga berwarna coklat dilipat sebelum disidai ke tempat penyidai.

Bantal tidurnya diambil.Namun seketika matanya terbeliak besar melihat bantal itu.

Banyak sungguh 'peta' yang terlukis di bantalnya.

"Erkkk.aku ke yang buat ne?".soalnya pada dirinya sendiri..Dah macam peta dunia.Kemudian dia tertawa besar sambil tergeleng2.

"Ezz...Ezz..Tak senonoh betullah kau ne.Hahahaa".sindirnya pada diri sendiri.

Sarung bantal tadi dibuka untuk dicuci lalu dia mengambil tuala sebelum berlalu ke bilik air..

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Setibanya di sekolah...

"Heyyy !".sergah Nilam kawan baiknya.Terkejut besar Ezz.Terhenti seketika denyutan nadinya bila disergah seperti itu.Aiseh...

"Kau ne Nil..tak pandai nak bagi salam ke.Terkejut aku tau".marah Ezz.Nilam tertawa kecil.

Disampingnya pula ada Nura,Ekin dan Tynie,yang juga kawan baik kepada Ezz.

Ketiga2 gadis itu hanya memandangnya dengan senyuman.

"Hehehe...janganlah marah..chill chill"..pujuk Nilam.Ezz hanya menjeling kecil.Buku matapelajaran KMK ditangannya dipegang erat.

"Yelah ...".jawab Ezz.malas dia hendak memanjangkan cerita.Nilam tersenyum girang.

"Hah camtulah ! Tak moo masam2..dah macam asam kecut dah muka kau pagi2 ne.".

Ezz hanya menjongket bahu.

Sambil mereka berjalan menuju ke kelas 6A.1..Mereka berlima termasuk Ezz telah menyambung pengajian di tingkatan enam atas di Sekolah Menengah Pasir Putih di Selangor.

Sebenarnya mereka layak untuk memasuki di mana2 Universiti..namun disebabkan masalah kewangan..Mereka memutuskan untuk menyambung pengajian di tingkatan enam.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now