Part 8💖

6.5K 280 9
                                    

"Ezz..Kamu jangan lama sangat pergi kedai tu ya.Balik sebelum jam6 petang nanti.Faham tu".Kata Puan Sari di sebalik pintu dapur yang menyambungkan terus ke ruang tamu.Di tangannya terdapat sudip yang digunakan untuk mengacau makanan.

Ezz Dayana yang sibuk memakai stokin itu hanya mengangguk.Nak pergi kedai pun.Aurat tetap didahulukan !

"Ezz jalan dulu ma".laung Dayana dari muka pintu.

"Yelah.hati2 kat jalan tu.Bagitahu si Hazizi tu mak kirim salam kat mak dia.".ujar Puan Sari lagi.

"Okey Ma.".

Ezz Dayana segera mengatur langkah menuju ke rumah Hazizi.Hari ini mereka dah janji nak keluar sama2 bagi mencari bahan2 rujukan sekolah nanti.

Ezz Dayana mengeluarkan telefon jenama OppoA83 dari poket seluar.

Nombor Hazizi segera di dail.Sesekali matanya melilau ke segenap sisi jalan kampung tersebut.Tidak lupa juga senyuman ikhlas dihulurkan kepada orang2 kampung yang lalu.

"Assalamualaikum.Hello Zizi..kau kat mana sekarang ne?".soal Dayana.

"Waalaikumsalam.Aku kat rumah lagi ne.Tengah berkemas.Kau datang lah kat sini dulu.".ujar satu suara dalam talian itu.

Ezz Dayana tergeleng2.

"Hek eleh...kau ne..Lembap betullah..Aku fikirkan kau dah tunggu kat pondok depan tu.".rengus Dayana tak puas hati.

"Heee.sorry lah Ezz.aku baru balik dari kebun getah ayah aku tadi.Dia minta tolong kumpulkan getah2 yang sudah di proses tu.Tu yang aku lambat tu.Makan pun alu tak sempat.Sorry tau.Kau janganlah marah".terang Hazizi.Membuatkan Dayana berasa serba salah.

"Hemm yelah2..aku pergi kat sana.Tapi kau jangan lambat tau.Cair mekap aku ne kang".gurau Dayana lagi.Hazizi di talian hanya tergelak kecil.

"Okey2.aku tunggu kau datang".

"Yelah".jawab Dayana pendek.

Usai sahaja talian di matikan.Dayana kembali meletakkan telefonnya ke dalam poket.

Ezz Dayana meneruskan perjalanannya ke rumah Hazizi.Jarak antara rumahnya dan rumah Hazizi memang jauh.Namun mereka memang kawan rapat semenjak kecil lagi.Cuma Hazizi sekolah dekat tempat lain.Dia pula sekolah dekat kampung itu.Sekolah Menengah Harapan Pasir Putih.

Tiba2 jalannya terhalang.Tapi dalan erti kata lain.Jalannya DIHALANG oleh sekumpulan pemuda yang bermotor.

Rimas Dayana dilakukan seperti itu.

"Haii adik manis.Nak ke mana tu ?".soalan yang amat menjengkelkan Ezz Dayana.Kalau hensem tak apa juga.Ini ? Muka macam kingkong..ada hati nak mengurat.Dia bukannya tergoda pun.Malah nak termuntah segala isi2 perut.

"Amboi sombongnya.Tapi takpe.Abang lagi suka perempuan sombong".ujar satu suara pula.Lelaki yang berpakaian serba biru.Baju biru.Seluar biru.Helmet biru.Motor biru.Nasib sahaja mukanya tak biru.Tunggu dibirukan olehnya kejap lagi.. Lei !

"Sana lah sikit.Aku nak lalu".kata Dayana.Dia berjalan ke kiri.Kena halang.Dia nak berjalan ke kanan.Traficc tak berlesen tu tetap menghalang laluannya.

Nafas geram di tarik perlahan.

"Wehhh.aku nak lalu lah..Ketepi lah sikit.Ishhh ! ".maki Ezz Dayana lagi.Tangannya cuba menolak motor2 itu.Namun apalah dayanya sebagai seorang wanita.

Pandangan tajam dari mata2 pemuda itu terhadap dirinya mengerunkan Ezz Dayana.Dah lah laluan getah yang dia lalu ketika itu sunyi.Penoreh2 getah mungkin dah balik ke rumah masing2.

Keempat2 pemuda tadi turun dari motor mereka masing2 sebelum menuju ke arah Ezz Dayana.

Gadis hanya mampu berundur setapak demi setapak ke belakang.Badannya tiba2 mengigil.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now